Persatuan Hipertensi Malaysia Menyeru Pemantauan Tekanan Darah Di Rumah Secara Berkala

Kuala Lumpur, 5 Ogos 2020  – Hipertensi membabitkan kira-kira satu dalam setiap tiga orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas; 35.3% menghidap hipertensi atau tekanan darah tinggi (140/90 atau lebih tinggi). Bagaimanapun, bagi setiap dua pesakit yang didiagnosis, ada tiga lagi pesakit yang kekal tidak didiagnosis dan tidak dirawat kerana penyakit ini berkembang tanpa sebarang simptom, menyebabkan mereka berisiko untuk mendapat serangan jantung dan strok.[i]

Walaupun dalam tinjauan OMRON Healthcare yang dijalankan baru-baru ini mendapati bahawa 85% daripada 504 responden telah memeriksa tekanan darah mereka tahun lalu, 42% berpendapat tekanan darah mereka tidaklah serius atau memerlukan pemantauan secara berkala. Satu pertiga atau 34% berasakan bahawa pemeriksaan tekanan darah setiap kali mereka berjumpa doktor sudah memadai, bagaimanapun dengan hipertensi yang menjadi semakin lazim dalam kalangan orang mudai, maka ia menjadi semakin kritikal bagi rakyat Malaysia untuk memahami kepentingan pemantauan tekanan darah yang berkala supaya mereka boleh menerapkan perubahan gaya hidup dan mendapatkan rawatan pada peringkat awal, kerana langkah-langkah ini lebih berkesan.

Perkara ini menjadi sangat penting sekarang kerana pesakit hipertensi didapati mengalami kesan yang lebih buruk akibat COVID-19 berbanding individu yang sihat.[ii]

“Tekanan darah tinggi, atau hipertensi, adalah pembunuh senyap dan penyebab utama serangan jantung serta strok. Peluang anda untuk mendapat penyakit ini meningkat dengan usia dan masalah kesihatan kronik yang sedia ada. Ini bermakna, jika anda menghidap diabetes, obesiti atau kolesterol tinggi, anda lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini. Jika anda ada sejarah hipertensi dalam keluarga, anda berdepan dengan peluang 50% lebih tinggi untuk menghidap penyakit ini – yang membuatkan anda lebih berisiko mendapat strok, serangan jantung atau masalah buah pinggang, terutama jika tekanan darah anda tidak dikawal dengan baik,” kata Dr Mohd Arifin Mohd Ali, Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia (MSH). “Disebabkan kadar pesakit hipertensi kian meningkat dalam kalangan orang dewasa yang lebih muda, maka setiap orang dewasa perlu memantau tekanan darah mereka secara berkala, dari umur 18 tahun ke atas.”

Oleh kerana hampir 70% orang dewasa Malaysia berisiko mengalami peningkatan tekanan darah[iii] dan hanya 37.4% daripada pesakit yang dirawat mencapai tahap tekanan darah yang terkawalError! Bookmark not defined., kesedaran lebih besar menjadi kunci untuk mengurangkan kadar kelaziman hipertensi dalam masyarakat.iii Dalam usaha untuk membantu mengenalpasti mereka yang berisiko tinggi, OMRON bekerjasama dengan MSH menghasilkan senarai semak-diri yang mudah untuk menggalakkan responden memeriksa tekanan darah mereka, dan berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat mengenai cara mencegah atau merawat hipertensi yang tidak didiagnosis.

“Di OMRON, kami berkongsi objektif yang sama dengan Persatuan Hipertensi Malaysia, iaitu untuk mengurangkan beban hipertensi. Di OMRON, kami mempunyai visi yang dipanggil GEN 0 (Gen Sifar) – ini merujuk kepada generasi yang tidak ditentukan oleh usia, satu generasi yang bebas daripada serangan jantung dan/atau strok. Sebagai peneraju dalam alat pemantauan di rumah, ini adalah harapan kami untuk masa hadapan dan kami sangat berterima kasih kepada semua pakar kesihatan yang membuka laluan menuju ke sasaran ini,” kata Alexis En, Pengarah Pemasaran Serantau, OMRON Healthcare Asia Pasifik.

Untuk maklumat selanjutnya, sila kunjungi bit.ly/HypertensionSelfCheck untuk mengambil senarai semak-diri dan laman web Persatuan Hipertensi Malaysia (www.msh.my) untuk penerangan lanjut tentang penyakit tekanan darah tinggi.


[i] Ministry of Health Malaysia. Clinical Practice Guidelines for the Management of Hypertension, 5th Edition (2018)

[ii] Wei-jie G, Wen-hua L, He J. Comorbidity and its impact on 1590 patients with COVID-19 in China: A nationwide analysis. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC7098485/pdf/ERJ-00547-2020.pdf Accessed 3 April 2020.

[iii] Mahadir Naidu, B., Mohd Yusoff, M. F., Abdullah, S., Musa, K. I., Yaacob, N. M., Mohamad, M. S., Sahril, N., & Aris, T. (2019). Factors associated with the severity of hypertension among Malaysian adults. PloS one, 14(1), e0207472. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0207472.   

© 2023 BlackButterfly DesignArts