Perkhidmatan Kesihatan Mental Dalam Talian – Skybi Menawarkan Penjagaan Kesihatan Mental Yang Berpatutan dan Berkualiti

Inisiatif pemeriksaan kesihatan mental dan konsultansi percuma dilancarkan bagi menangani keperluan kesihatan mental individu dan golongan berisiko
Skybi juga memberi tumpuan kepada inisiatif khidmat masyarakat mereka yang terbaharu, dengan fokus untuk menyediakan perkhidmatan dengan kadar serendah RM10 untuk pelajar dan golongan B40
Khidmat mereka ditawarkan di seluruh Malaysia dengan kadar 25% lebih rendah daripada penyedia perkhidmatan luar talian konvensional

Kuala Lumpur, 5 April 2022 – Kesan buruk akibat pandemik Covid-19 sepanjang dua tahun lalu telah memberikan sinar kepada kepentingan penambahbaikan penjagaan kesihatan mental di Malaysia dari beberapa segi, termasuklah kesedaran, ketercapaian, kos, dan kualiti.

Kadar bunuh diri di Malaysia meningkat hampir 150% dalam tempoh separuh pertama tahun 2021 berbanding tahun lepas – tanda jelas kemerosotan kesihatan mental. Menyedari kepentingan menangani hal ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa Kerajaan Malaysia akan memperuntukkan sejumlah wang bagi menambah baik pendigitalan perkhidmatan kesihatan mental melalui teknologi bagi memperluas capaian.

Bagi menyokong usaha ini, Skybi, sebuah platform perkhidmatan mental dalam talian, telah melancarkan dua inisiatif baharu, Pemeriksaan Kesihatan Mental Percuma untuk Semua dan Program Khidmat Masyarakat Kesihatan Mental Skybi, dengan tujuan untuk menjadikan penjagaan kesihatan mental lebih tercapai untuk golongan-golongan yang paling berisiko dan terkesan – sama ada dalam golongan B40 atau mereka dengan mempunyai keadaan khusus.

Melalui program tersebut, Skybi memperuntukkan enam sukarelawan daripada golongan profesional dan pelatih kesihatan mental bagi menyediakan konsultasi kesihatan mental secara percuma untuk mereka di seluruh negara melalui platform dalam talian mereka. Sehingga kini, program tersebut telah memberi kesan positif kepada ramai individu, menjurus kepada rancangan untuk menjadikannya sebuah program kekal.

Program Khidmat Masyarakat Kesihatan Mental Skybi pula menawarkan harga serendah RM10 untuk membolehkan sesi terapi mampu dihadiri oleh mereka dengan masalah kewangan, tanpa mengurangkan kualiti perkhidmatan. Pelajar juga boleh mendapat manfaat melalui perkhidmatan tersebut. Melalui perkhidmatan khidmat masyarakat ini, Skybi telah bekerjasama dengan Uni Enrol & Edukaji bagi menyediakan para pelajar dengan bengkel-bengkel kemahiran insaniah.

Selain itu, Skybi juga mengadakan webinar percuma untuk golongan terabai dengan mendidik mereka mengenai kesihatan mental dan membuang stigma berkaitan meminta bantuan untuk kesihatan mental. Antara topik yang telah dibincangkan termasuk pencegahan bunuh diri, pengurusan tekanan, serta Bengkel Bantuan Kecemasan Psikologi untuk guru-guru dan penjaga, bagi membantu mereka mengenal pasti mereka yang memerlukan sokongan dari segi emosi.

Skybi juga menawarkan perkhidmatan mereka kepada golongan bekerja, seperti perkhidmatan kesihatan mental untuk staf korporat, dan sokongan untuk pasukan HR bagi menilai pekerja mereka dengan penilaian psikologi dan karier melalui analisa sikap dan keperluan staf, bagi membantu pasukan kerja mereka beradaptasi dan bersedia menghadapi persekitaran yang sentiasa berubah disebabkan revolusi industri dan pandemik. Untuk ini, Skybi telah bekerja dengan klien seperti Dapat Vista, Crowdo dan Big Domain (Colla).

Merujuk kepada inisiatif tersebut, Kai Lin Ng, Timbalan Presiden Operasi Skybi dan pengamal kesihatan mental berdaftar dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam bidang tersebut berkata, “Kini, tidak dapat dinafikan lagi bahawa terdapat keperluan mendesak untuk peningkatan penjagaan kesihatan mental. Hal ini terutamanya untuk mereka yang berpendapatan rendah dan mungkin lebih berisiko tinggi namun kadang-kadang tidak mampu untuk mendapatkan bantuan profesional untuk kesihatan mental mereka. Memahami perkara ini, Skybi telah mengambil langkah untuk tidak hanya melancarkan kempen sementara bagi menangani masalah ini, tetapi juga menjadikan program jangkauan untuk kesihatan mental teras utama organisasi kami.”

Menyedari bahawa semua rakyat Malaysia memerlukan akses kepada penjagaan kesihatan mental, Skybi menawarkan perkhidmatan kesihatan mental dalam talian yang mengutamakan kos yang berpatutan dan penjagaan profesional yang berkualiti. Melalui sebuah platform digital, Skybi dapat mendekati rakyat Malaysia dari seluruh pelosok negara melalui sesi yang dianjurkan mereka walaupun di lokasi terpencil.

Sistem dalam talian itu juga membolehkan sesi dijalankan pada pelbagai tempoh masa untuk disesuaikan dengan jadual kerja dan kehidupan rakyat Malaysia yang pelbagai. Sebagai tambahan, sistem janji temu dan terapi dalam talian ini juga membolehkan klien mendapatkan bantuan daripada keselesaan rumah atau ruang peribadi mereka sendiri, seterusnya membantu mereka mengelak daripada stigma yang sering dikaitkan dengan bantuan kesihatan mental.

Pendekatan dalam talian itu juga telah membantu Skybi menjimatkan kos operasi, yang seterusnya membolehkan mereka menawarkan kadar 25% lebih rendah daripada pusat-pusat operasi fizikal lain. “Sebagai sebuah perusahaan sosial, sasaran kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia mencapai kesejahteraan mental dan kebahagiaan seperti yang dirasakan oleh kanak-kanak, tanpa mengira kedudukan sosial mahupun kewangan mereka. Kami faham bahawa terdapat beberapa faktor yang menghalang individu daripada mendapatkan bantuan kesihatan mental yang mereka perlukan. Melalui Skybi, kami berharap untuk dapat menangani setiap isu ini secara sistematik, tidak kira dari segi masa atau geografi, mahupun kemampuan dan ketanpanamaan,” tambah Kai Lin.

Bagi memastikan perkhidmatan yang berkualiti, Skybi hanya menggunakan khidmat golongan profesional berdaftar yang terdiri daripada 18 pengamal berlesen dan 8 pelatih kaunseling. Mereka berkebolehan menjalankan sesi kaunseling/psikoterapi dengan mahir, dan menangani pelbagai senario dan keadaan, termasuklah terapi individu, terapi perkahwinan, terapi keluarga, dan kaunseling korporat, antara lainnya.

Skybi juga dibimbing oleh sebuah lembaga penasihat dengan purata 15 tahun pengalaman industri. Amanda Sabri membawa kepakaran beliau dalam penyelesaian digital sebagai penasihat kanan Skybi. Henry Tye, Pengarah IT dan Pemasaran Skybi, berpengalaman selama 26 tahun dalam industri, dan berkepakaran dalam penyelesaian awan dan pertumbuhan perniagaan. Jin Hui Wong pula menyumbang kepada Skybi dengan mengumpulkan RM1.8 juta dalam pusingan “seed”, berkat pengalaman beliau dalam senario modal teroka Asia Tenggara.

Platform dalam talian Skybi terhasil daripada aspirasi mereka untuk menggunakan teknologi awan dan menawarkan pengalaman yang mudah digunakan dan  diperkemas bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan emosi. Pengguna hanya perlu log masuk ke dalam platform tersebut dan isi survei ringkas bagi membolehkan Skybi memahami keperluan mereka. Seterusnya, Skybi akan memadankan mereka dengan kaunselor atau ahli psikologi yang sesuai dan membolehkan pengguna menjadualkan sesi pada bila-bila masa yang sesuai. Skybi juga menawarkan sesi terapi secara bersemuka sekiranya diingini pelanggan.

“Kami ingin membangunkan Skybi untuk menjadi platform sehenti di mana pengamal kesihatan mental dari pusat-pusat lain secara dalam talian juga boleh terlibat, seterusnya memberikan rakyat Malaysia akses yang lebih luas kepada perkhidmatan kesihatan mental, tidak kira lokasi,” ujar Kai Lin.

Selari dengan aspirasi mereka untuk mendekati masyarakat, Skybi telah bekerjasama dengan Cowork Venture (Dana Teroka Korporat), Big Domain Colla Team (Platform Teknologi Kerja), dan ARC Parenting Group (Platform LearnParenting). Baru-baru ini, mereka telah menjalin kerjasama dengan UNIIQ Kombucha untuk kempen ‘This is Me’ mereka yang bertujuan untuk memperjuang penerimaan dan kesedaran diri.

Sekiranya anda memerlukan sokongan atau kaunseling, Skybi boleh dihubungi melalui aplikasi WhatsApp di +6011-1984 4028, atau hantarkan emel ke [email protected]. Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan mereka, sila layari https://myskybi.com/

© 2023 BlackButterfly DesignArts