Perjalanan Ke PMPL MY/SG S4: PUBG Mobile National Championship Kembali dengan Hadiah Tunai Sebanyak RM100,000!

PUBG MOBILE National Championship kini kembali dengan tawaran hadiah tunai sebanyak RM100,000 dan peluang ke liga profesional, PMPL MY/SG Musim ke-4

KUALA LUMPUR, 16 MEI 2021 – PUBG MOBILE National Championship (PMNC) telah menjadi satu pertandingan PUBG MOBILE yang ditunggu-tunggu oleh pemain PUBG MOBILE sebagai sebahagian daripada rangkaian liga profesional. Untuk tahun 2021, PUBG MOBILE dengan bangganya mengumumkan kerjasama mereka bersama Yoodo dan juga Xiaomi untuk PMNC kali ini untuk memberikan pemain PUBG MOBILE yang ingin mendapatkan peluang melayakkan diri ke PUBG MOBILE Pro League MY/SG Musim ke-4 (PMPL MY/SG Musim ke-4).

PMNC 2021 akan bermula pada 1 Jun sehingga 18 July 2021 dan akan merangkumi beberapa kategori yang berbeza (Skuad, Solo, dan Wanita) dan menawarkan hadiah tunai sebanyak RM100,000. Perlawanan layak PMNC akan memberikan peluang kepada pemain-pemain di seluruh Malaysia dan akan dibahagikan kepada 4 zon yang berbeza (Zon Erangel, Zon Sanhok,

Zon Miramar, dan Zon Karakin).

Zon Erangel – Sabah, Sarawak, Kelantan

Zon Miramar – Perak, Penang, Perlis, Kedah

Zon Karakin – Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor

Zon Sanhok – Terengganu, Pahang, Johor, Melaka

Dengan ini, pasukan dan pemain yang layak dari kategori Skuad dan Solo akan maju ke Final Zon yang akan berlangsung sepanjang empat minggu, dan akan bertarung untuk mendapatkan slot mereka ke Grand Final. Pada masa yang sama, Grand Final akan bermain dengan 16 pasukan yang terdiri daripada 12 pasukan dari kategori Skuad dan juga 16 pemain dari kategori Solo akan membentuk pasukan mereka sesama mereka. Tambahan juga, Grand Final ini akan berlangsung dengan perlawanan Final di mana pasukan layak daripada kategori Wanita untuk mengukuhkan lagi persaingan antara wanita di dalam industri esukan. Pendaftaran untuk kesemua kategori akan bermula pada 16 Mei 2021.

“Yoodo teruja untuk meneruskan lagi peranan kami sebagai Telco Digital Rasmi untuk PUBG MOBILE National Championship (PMNC), terutamanya permulaan kami ke dalam dunia e-sukan bersama PMNC pada tahun 2018. Kami mempunyai juara di antara pemain kami di dalam semua peringkat dan berbangga untuk mengumumkan kerjasama bersama PUBG MOBILE selama tiga tahun ini telah membuahkan hasil untuk membentuk pemain-pemain ini.

Pada masa yang sama, kerjasama ini telah menyumbang kepada peningkatan kepada ekosistem tanah air di Malaysia,” kata Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo.

“Dengan siri PUBG MOBILE Pro League yang telah berlangsung dengan jayanya pada beberapa musim yang lepas, kami teruja untuk memberikan lebih banyak peluang dan keterujaan kepada pemain PUBG MOBILE dan peminat permainan atas talian ini. PMNC akan menjadi suatu platform yang penting kepada mereka yang hendak bermain di PMPL MY/SG Musim ke-4. Pada masa yang sama, kami berbangga untuk bekerjasama bersama Yoodo dan juga Xiaomi untuk meningkatkan lagi PMNC ini,” kata Oliver Ye, Pengarah PUBG MOBILE SEA.

Untuk perjalanan ke PMPL MY/SG Musim ke-4, empat pasukan yang tertinggi dari Grand Final PMNC akan mendapatkan slot ke liga, manakala tempat ke-5 sehingga ke-10 akan mencuba sekali lagi dengan bermain sebagai pasukan Wild Card di Grand Final Perlawanan Kelayakan PMPL MY/SG, di mana 4 lagi pasukan akan mendapatkan slot ke liga tersebut.

Pemain yang ingin menyertai PMNC boleh mendaftarkan diri melalui laman web rasmi PMNC di http://pubgmobile.pmnc2021.com/ bermula 16 Mei 2021.

Tunggukan pengumuman lanjut di laman web rasmi http://pubgmobile.pmnc2021.com/ dan juga di Facebook rasmi PUBG MOBILE, https://www.facebook.com/PUBGMOBILE.MY.OFFICIAL dan https://www.facebook.com/PUBGMobileEsportsMalaysia

© 2023 BlackButterfly DesignArts