Perjalanan Dalam Negeri Meningkat – Jualan Tiket Bas Melonjak 37% Sempena Raya Haji

Menurut redBus, aplikasi tempahan tiket bas no. 1 di Malaysia, permintaan untuk bas semasa Raya Haji terus meningkat.

Kuala Lumpur, 2 Ogos 2022 – Rakyat Malaysia kini telah mula melakukan perjalanan dengan bebas yang dibuktikan dengan peningkatan permintaan untuk pengangkutan awam seperti bas antara bandar, menurut redBus, platform e-tiket bas terbesar di dunia. redBus mencatatkan peningkatan sebanyak 37% dalam jualan tiket bas sepanjang minggu menjelang ketibaan Raya Haji berbanding minggu yang sama pada bulan sebelumnya. Dengan permintaan domestik yang semakin meningkat untuk perjalanan bas, laporan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia kini berasa yakin untuk berulang-alik menggunakan pengangkutan awam tatkala kita beransur kembali kepada corak perjalanan seperti mana yang sudah dijadikan kebiasaan sebelum dunia dilanda pandemik.

Menurut redBus, lebih 100,000+ tiket bas telah dijual dalam tempoh 1 minggu menjelang Raya Haji untuk pulang ke kampung demi meluangkan masa bersama yang tersayang. Permintaan tertinggi untuk perjalanan bas adalah untuk laluan KL ←→ Melaka dan KL ←→ Johor Bahru. Industri yang menyaksikan pertumbuhan tertinggi dalam jualan tiket berbanding bulan sebelumnya ialah di KL pada 50%, Pulau Pinang pada 44% dan Perak pada 42%. Permintaan yang meningkat ini juga telah membolehkan pengusaha bas untuk kembali menyediakan perkhidmatan penuh dimana lebih daripada 110 pengendali bas telah pun menyediakan 3000+ laluan di seluruh negara pada musim Raya Haji yang lalu.

Prakash Sangam, Ketua Pegawai Eksekutif redBus berkata, “Kami mula melihat permintaan yang semakin meningkat untuk bas transit antara bandar di Malaysia. Ini jelas menyatakan ketibaan fasa baharu selepas negara dibelenggu pandemik dimana rakyat Malaysia kini berkeyakinan tinggi untuk melakukan perjalanan tanpa sekatan di seluruh negara. Perayaan Raya Haji telah menyaksikan semangat yang tinggi di kalangan orang ramai untuk melancong dan trend terkini menunjukkan permintaan yang tinggi untuk pulang ke kampung. Kami juga melihat keyakinan pengguna ini sebagai sentimen positif untuk ekonomi Malaysia kerana kami menjangkakan sektor perjalanan bas akan berkembang kira-kira 30% dalam tempoh 6 bulan yang akan datang dengan penambahan sehingga 5000 pekerjaan baharu dalam sektor perjalanan bas Malaysia dalam tempoh yang sama.”

Krishnan Ramaswami, Naib Presiden Kanan – SEA Business of redBus seterusnya menambah “Kami di redBus kekal berusaha untuk menjadi lebih bertanggungjawab terhadap keselamatan pelanggan, pemandu dan alam sekitar, kami juga sedang memulakan pelan komprehensif termasuk sistem tempahan tanpa kertas, pas perjalanan untuk pengguna kerap, penyediaan perkhidmatan laluan tambahan dan perkhidmatan feri untuk terus memacu pengedaran dalam talian. Kami turut bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan dan beberapa pengendali bas untuk menambah baik lagi sektor pengangkutan dengan menyokong trend seluruh dunia untuk masa depan yang mampan dan berdaya tahan.”

Untuk maklumat lanjut tentang redBus dan kemas kini terbaharunya, sila kunjungi laman web rasmi redBus, halaman Facebook atau Instagram.

© 2023 BlackButterfly DesignArts