Percutian Idaman Menanti Anda!

Nikmati Percutian Yang Dinantikan Dengan Promosi Jualan Baucar MY Next Vacation, Bermula Hari Ini Sehingga 31 Mac, Bagi Penginapan Sehingga 31 Januari 2022

Kuala Lumpur, 5 Mac 2021 –  Setelah lama menangguh rancangan percutían idaman dan penggembaraan ke luar negara, tiada masa seperti sekarang untuk menerokai keindahan kampung halaman dan menyalakan khayalan pengembaraan dengan promosi baucar terbaru dari Lexis Hotel Group, MY Next Vacation. Promosi istimewa ini memberikan peluang kepada pelancong untuk menyemarakkan semula saat-saat romantis dengan kolam renang persendirian atau percutían yang santai bersama keluarga dan sahabat handai.

Mulai kini sehingga 31 Mac 2021, para pelancong berpeluang menikmati penjimatan sebanyak 49% untuk setiap bilik-bilik terpilih yang ditawarkan di Lexis Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson, Lexis Hibiscus Port Dickson dan Lexis Suites Penang. Pelancong yang berminat perlu membuat tempahan bilik yang diingini sebelum hari Rabu, 31 Mac 2021 di https://stg.lexishibiscuspd.com/  untuk  sebarang tarikh penginapan mulai hari ini sehingga 31 Januari 2022, tertakhluk pada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

“Selepas berbulan-bulan menjalani PKP, inilah masanya untuk merancang percutian yang diimpikan. Para pelancong boleh raikan bersama yang tersayang dengan percutian yang menyeronokkan di persisiran pantai serta berjemur di bawah sinaran matahari di hotel-hotel dan resort-resort kami di Port Dickson dan Pulau Pinang.

Di masa yang penuh ranjau ini, lebih dari sebelumnya, keselesaan, kesihatan dan keselamatan para tetamu dan rakan sekerja, tetap menjadi tumpuan kami. Kami terus menerapkan falsafah yang membimbing dalam kecemerlangan perkhidmatan di Lexis, ketika kita melalui masa yang mencabar ini, disamping mengekalkan mutu kebersihan tertinggi untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan semua para tetamu dan rakan sekerja”, kata Mandy Chew Siok Cheng, Presiden, Lexis Hotel Group.

“Apabila anda melangkah masuk ke pusat peranginan kami, anda akan disambut dengan persekitaran yang selamat, oleh itu anda lebih tertumpu untuk menikmati sepenuhnya penginapan anda tanpa rasa bimbang dan merasai keseronokan yang tidak dapat dilupakan bersama orang yang tersayang”, tambahnya.

Nikmati Percutian Yang Dinantikan Dengan Promosi Jualan Baucar MY Next Vacation, Bermula Hari Ini Sehingga 31 Mac, Bagi Penginapan Sehingga 31 Januari 2022

Setiap baucar adalah sah bagi setiap penginapan untuk satu malam sahaja dan dalam tempoh penginapan dari 5 Mac 2021 sehingga 31 Januari 2022. Pakej promosi ini adalah tertakhluk pada terma dan syarat yang ditetapkan.

Jaminan Kesihatan & Keselamatan di Lexis Hotel Group

Kesejahteraan tetamu dan rakan sekerja akan sentiasa menjadi keutamaan di Lexis Hotel Group. Kumpulan ini telah melaksanakan langkah berjaga-jaga yang ketat di semua hotel dan resortnya untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan para tetamu dan rakan sekerja, semasa keadaan COVID-19:

  • Borang pengisytiharan kesihatan semasa ketibaan
  • Pemeriksaan suhu dan polisi pelitup separuh muka wajib sebagai protokol standard
  • Peningkatan frekuensi dan permerhatian yang penuh terhadap pembersihan mendalam dari semua permukaan dan kawasan sentuhan tinggi yang digunakan oleh para tetamu di seluruh hotel dan resort
  • Penggunaan pembersih dan disinfektan bertujuan perubatan di setiap kawasan
  • Penggunaan pembersih dan disinfektan kelas perubatan di seluruh kediaman hotel
  • Peningkatan frekuensi pembersihan penapis udara dan sistem penghawa dingin untuk memastikan kualiti udara yang optimum
  • Restoran, mesyuarat dan majlis-majlis disertakan dengan langkah berjaga–jaga untuk menghormati jarak fizikal dan amalan kebersihan dan keselamatan makanan yang dipertingkatkan
Nikmati Percutian Yang Dinantikan Dengan Promosi Jualan Baucar MY Next Vacation, Bermula Hari Ini Sehingga 31 Mac, Bagi Penginapan Sehingga 31 Januari 2022
© 2023 BlackButterfly DesignArts