Menyasarkan untuk membuka lebih daripada 10 restoran menjelang 2023
Malaysia, 8 September 2022 – Berita baik untuk semua peminat Pepper Lunch! Restoran hidangan stik DIY atau “masak sendiri” itu kini mengalu-alukan Pepper Lunch Malaysia dan Boga Group sebagai francaisi induk di Malaysia. Setelah memasuki pasaran Malaysia pada 2019, usaha sama ini menjanjikan potensi yang amat menarik iaitu pembukaan lebih banyak lagi cawangan Pepper Lunch menjelang 2023.
Pepper Lunch adalah restoran “stik segera” Jepun yang mempunyai hampir 500 cawangan di seluruh dunia. Menampilkan konsep baharu hidangan berasaskan stik seperti Sizzling Steak, Pasta, Curry Rice, dan hidangan istimewanya Pepper Rice, Pepper Lunch menjanjikan pengalaman kulinari yang dinamik dan segar untuk dinikmati oleh semua orang pada harga mampu milik.
Pengarah Pepper Lunch Malaysia, Goh Ching Mun berkata, “Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan Boga Group untuk terus mengembangkan lagi operasi kami di Malaysia. Kami percaya bahawa pengalaman mereka sebagai francaisi induk di Indonesia akan memberikan manfaat kepada kami dan membimbing kami ke arah yang betul bagi membolehkan lebih ramai lagi pelanggan menikmati Pepper Rice yang digemari ramai.”
Setelah membuka restoran pertamanya di Ofuna, Kanagawa pada 1994, Pepper Lunch membolehkan para pelanggannya menjadi ketua chef mereka sendiri. Restoran itu menyediakan bahan-bahan yang terbaik dan segar untuk dimasak dengan menggunakan teppan (plat besi) panas yang telah dipatenkan, di mana para pelanggan boleh merasai pengalaman memasak hidangan mengikut cita rasa mereka sendiri. Bagi mereka yang sukakan kelainan, pelanggan boleh bereksperimen dengan menggunakan sos istimewa yang disediakan bagi mencipta rasa mereka sendiri. Percayalah apabila kami katakan, ianya pasti menyelerakan!
Pengarah Presiden Boga Group, Kusnaidi menyatakan bahawa permintaan terhadap Pepper Lunch semakin meningkat, maka tidak hairanlah kenapa kumpulan itu telah membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Pepper Lunch Malaysia bagi menjadi francaisi induk di Malaysia. “Kami berharap untuk terus bekerjasama agar kami dapat terus membangun dan berkembang di Malaysia. Matlamat kami ialah untuk membuka 20 cawangan dalam tempoh 5 tahun dan kami percaya bahawa Pepper Lunch Malaysia merupakan rakan kongsi yang ideal bagi merealisasikan rancangan pengembangan kami.”
Di Pepper Lunch, hidangan dimasak dengan menggunakan alat memasak elektromagnet. Plat besi yang digunakan boleh dipanaskan sehingga mencapai suhu 260C dalam hanya 70 saat dan kekal panas pada suhu kira-kira 80C selama lebih daripada 20 minit. Daging yang digril pada julat suhu tersebut akan kekal lembut dan berjus. Plat besi itu akan memastikan makanan kekal panas untuk suatu tempoh yang lebih lama supaya pelanggan dapat menikmati sepenuhnya hidangan yang padat dengan rasa.
Pada masa ini, antara hidangan yang paling popular di Pepper Lunch ialah Sirloin Steak,Beef Pepper Rice, Chicken Pepper Rice, Beef Aglio Olio dan Cheesy Omelette Chicken/Beef. Dengan pengumuman francaisi induk di antara Pepper Lunch Malaysia dan Boga Group ini, tiada perubahan akan dilakukan ke atas menu sedia ada. Walau bagaimanapun, beberapa item baharu akan diperkenalkan dari masa ke masa.
SFBI (Asia-Pacific) Pte Ltd ketika ini adalah francaisor untuk Pepper Lunch di Asia.