Penyedia Penyelesaian Pembuatan Elektronik CNERGENZ Berhad lantik UOB Kay Hian Securities sebagai Penaja Jamin Untuk Penyenaraiannya di Pasaran ACE

Syarikat meterai perjanjian untuk IPO Pasaran ACE

Kuala Lumpur, 4 April 2022CNERGENZ Berhad (“CNERGENZ” atau “Syarikat”), sebuah penyedia rumusan pembuatan elektronik berpangkalan di Pulau Pinang, mengkhusus dalam teknologi peletakan permukaan (“SMT”) bagi industri elektronik dan semikonduktor (“Industri E&S”), mengumumkan bahawa Syarikat itu telah menandatangani  perjanjian taja jamin dengan UOB Kay Hian Securities (M) Sdn. Bhd. (“UOB Kay Hian”) hari ini bagi tawaran awam permulaan (“IPO”) terhadap Pasaran ACE di Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”).

CNERGENZ telah memperoleh kelulusan untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Securities dan menyasarkan untuk melancarkan Prospektus pada April 2022.

Aktiviti IPO melibatkan terbitan awam 100.0 juta dan tawaran untuk jualan sebanyak 50.0 juta terbitan saham dengan cara penempatan persendirian.

Daripada terbitan awam itu, 25.0 juta terbitan saham akan dibuka untuk permohonan kepada rakyat Malaysia, 10.0 juta saham akan diperuntukkan kepada permohonan daripada pengarah dan kakitangan yang layak serta orang yang telah menyumbang kepada kejayaan CNERGENZ Group (“Kumpulan”) (“Orang yang Layak”), 52.75 juta saham akan diperuntukkan bagi tawaran persendirian kepada pelabur yang dikenal pasti dan 12.25 juta saham akan diperuntukkan kepada tawaran persendirian bagi pelabur Bumiputera yang dikenal pasti dan diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (“MITI”).

UOB Kay Hian akan menaja jamin agregat 35.0 juta terbitan saham, yang terdiri daripada 25.0 juta saham di bawah terbitan awam dan 10.0 juta saham diperuntukkan kepada Orang yang Layak bedasarkan perjanjian taja jamin yang ditandatangani.

Ketua Pegawai Eksekutif CNERGENZ, En. Lye Yhin Choy, berkata, “Penyenaraian ini akan membolehkan kami mengukuhkan CNERGENZ,sebagai penyedia rumusan pembuatan elektronik yang utama di Malaysia di samping meningkatkan kehadiran pasaran kami di Thailand dan Vietnam, negara-negara yang mendapat manfaat daripada aliran pelaburan yang kukuh ke dalam Industri E&S.”

Ketua Pegawai Eksekutif UOB Kay Hian, En. David Lim berkata, “UOB Kay Hian gembira dapat bekerjasama dengan CNERGEZ dalam proses IPO ini. Syarikat ini mempunyai rekod dan pengalaman yang baik dalam Industri E&S sejak tahun 2004. Kami gembira dapat bekerja dengan CNERGENZ dalam mencapai sasaran penyenaraian ini.”

CNERGENZ bekerjasama rapat dengan rangkaian lebih 50 pembekal untuk menawarkan penyelesaian berkualiti untuk pelanggannya, membina rangkaian yang kukuh dan menyumbang kepada pembangunan dan pertumbuhan perniagaan CNERGENZ.

CNERGENZ memberi perkhidmatan kepada pelanggan domestik dan antarabangsa di Malaysia, Vietnam dan Thailand. CNERGENZ mempunyai asas pelanggan lebih daripada 100 syarikat tempatan dan multinasional yang beroperasi di dalam Industri E&S, yang terdiri daripada pengilang reka bentuk bersepadu (IDM), pemasangan semikonduktor penyumberan luar dan penyedia perkhidmatan ujian (OSATs) dan penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik (EMSs), sebahagian daripadanya merupakan pelanggan CNERGENZ sejak lebih 15 tahun.

© 2023 BlackButterfly DesignArts