Pelan insurans inovatif bantu penjimatan sehingga 40 peratus untuk premium insurans
Malaysia, 19 Mei 2021 – Pacific & Orient Insurance Co Bhd (POI) penyedia insurans kenderaan yang mengenengahkan konsep ‘kurang memandu, kurang membayar’ pertama di Malaysia, baru-baru ini melancarkan permainan online interaktif, ‘Shortcut by PrOmilej’, untuk menyebarkan mesej kepada pengguna yang mereka tidak perlu membayar lebih untuk insurans kenderaan sekiranya mereka kurang memandu.
Melalui kempen ini, POI ingin mewujudkan kesedaran tentang insurans kenderaannya, PrOmilej, yang berdasarkan jumlah batu (mileage), dan boleh didapatkan oleh pengguna secara terus melalui laman web atau aplikasi mudah alih. Dengan pendekatan lain daripada yang lain, PrOmilej menawarkan insurans kenderaan berdasarkan jangkaan kiraan batu tahunan. Dengan pilihan untuk membuat penambahan (top-up) perbatuan, skim inovatif ini menyediakan tiga pilihan: kurang daripada 5,000km, 10,000km dan 15,000km dengan penjimatan sehingga 40 peratus untuk premium insurans kenderaan komprehensif.
Muzir Kassim, Ketua Pegawai Eksekutif P&O Insurance berkata, “Selain daripada kesan kewangan, hasil sampingan akibat pandemik COVID-19 termasuklah kurang menguna kenderaan oleh sebab perintah kawalan pergerakan (PKP) dimana pekerja pejabat bekerja dari rumah dan kurang berulang ke tempat kerja.”
“Melalui produk PrOmilej, kami menawarkan peluang kepada pengguna untuk memilih sebanyak mana mereka ingin memandu dalam setahun dan hanya membayar untuk jumlah pemanduan tersebut. Walau bagaimanapun, produk ini juga bersifat fleksibel kerana ciri yang membolehkan pelanggan membuat penambahan perbatuan, dengan tambahan bayaran premium sekiranya jangkaan perbatuan yang dibuat adalah lebih rendah berbanding yang diperlukan.”
Ciri penambahan perbatuan atau ‘top up’ ini membolehkan pelanggan mengawal sebanyak mana mereka ingin membayar untuk insurans kenderaan dan pada bila-bila masa diperlukan,” tambah beliau.
Kempen ‘Shortcut’ memberi peluang kepada peserta untuk memenangi pelbagai hadiah bernilai sehingga RM88,000, termasuk hadiah utama sebuah Proton X50 baharu. Ketika kempen ini diumumkan, Muzir menambah:
“Kami teruja melancarkan permainan percuma menyeronokkan ini, yang juga menitikberatkan keunikan produk kami: cari laluan paling dekat, KURANG MEMANDU, untuk jadi pemenang! Sesuai dengan nama yang diberikan, pengguna berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dengan meneka laluan paling dekat dalam masa yang tersingkat.”
Kempen ini berlangsung mulai 14 Mei hingga 11 Julai, dan pengguna boleh menyertainya di www.poi2u.com.
Markah akan dikumpul sepanjang tempoh kempen dan pengguna disarankan untuk bermain setiap hari untuk meningkatkan peluang mereka untuk memenangi hadiah mingguan atau hadiah utama pada penghujung kempen.