Pengeluar Jenama NIVEA, Beiersdorf Berjanji Meningkatkan Sokongan Antarabangsanya dengan Sumbangan Sebanyak 50 juta Euro

Malaysia, 27 Julai 2020 – Pada 29 Mar, 2020 Beiersdorf AG mengumumkan sumbangan antarabangsa sebanyak 50 juta Euro untuk membantu komuniti dalam menangani pandemik COVID-19.

Stefan De Loecker, Ketua Pegawai Eksekutif Beiersdorf berkata: “Empat bulan sudah berlalu, sejak sumbangan pertama kami sampai diWuhan. Sejak itu COVID-19 telah diisytiharkan sebagai krisis global. Kita berada dalam situasi ini bersama. Sebagai sebuah syarikat kami ingin fokus sumbangan kami ke atas beberapa kumpulan masyarakat prihatin yang lebih memerlukan bantuan dan sokongan untuk melindingi mereka

Justeru, Beiersdorf Group memperuntukkan 50 juta Euro untuk menangani krisis terutama di pusat penularan penyakit ini dan juga di rantau yang mempunyai sistem penjagaan kesihatan awam yang kurang memuaskan. Kami akan bekerjasama dengan pasukan dari organisasi antarabangsa dan pihak berkuasa tempatan untuk menyokong mereka yang memerlukan bantuan.

NIVEA Liquid Hand Sanitizer and NIVEA Creme Donation 03
L to R: Shahrul Guntur, Assistant Administrative Officer of Hospital Kuala Lumpur and Norazah Azha, Head of Corporate Communications Hospital Kuala Lumpur receiving the donation from NIVEA.

Antara langkah-langkah segera yang diambil oleh Beiersdorf secara global adalah:

  • Sumbangan sebanyak 1,000,000 liter cecair pembasmi kuman. Beiersdorf telah mengaktifkan kilang-kilang di lima benua untuk menghasilkan cecair pembasmi kuman itu.
  • Sumbangan sebanyak sekurang-kurangnya 5,000,000 produk penjagaan kulit dan tangan NIVEA untuk kakitangan perubatan di seluruh dunia untuk melindungi tangan dan kulit mereka.
  • Sokongan kewangan langsung kepada NGO, organisasi antarabangsa dan rakan kongsi tempatan Beiersdorf Group yang turut menghadapi cabaran hebat buat masa ini.
  • Beiersdorf Group bertekad untuk menyokong komuniti tempatan, dan komited untuk menggandakan sumbangan yang dipadankan dengan derma peribadi dari mana-mana kakitangannya.
NIVEA Liquid Hand Sanitizer and NIVEA Creme Donation 01
L to R: – Noraniza bt Abdul Rahman and her colleague from the Public Relations Unit of Hospital Sungai Buloh receiving the donation from NIVEA.

Di peringkat tempatan, untuk menunjukkan tahap PENJAGAAN dan sokongan yang sama, Beiersdorf Malaysia turut mengambil langkah-langkah berikut:

  • Sumbangan sebanyak 5,000 botol NIVEA Liquid Hand Sanitizer 125ml kepada hospital-hospital tempatan.
  • Sumbangan sebanyak 23,000 tin NIVEA Creme 150ml kepada hospital-hospital tempatan.

Stefan De Loecker menambah: “Ini adalah satu krisis bersejarah dengan magnitud luarbiasa. Kami yakin bahawa menangani COVID-19 memerlukan usaha, kesepaduan dan kerjasama erat yang signifikan. Kami memanggil program kami “Care Beyond Skin”. Ia mencerminkan komitmen kami untuk mencapai melampaui teras perniagaan kami – iaitu memberikan penjagaan kulit kepada orang ramai – untuk memaksimumkan sumbangan kami.”

© 2023 BlackButterfly DesignArts