Malaysia, 27 Julai 2020 – Pada 29 Mar, 2020 Beiersdorf AG mengumumkan sumbangan antarabangsa sebanyak 50 juta Euro untuk membantu komuniti dalam menangani pandemik COVID-19.
Stefan De Loecker, Ketua Pegawai Eksekutif Beiersdorf berkata: “Empat bulan sudah berlalu, sejak sumbangan pertama kami sampai diWuhan. Sejak itu COVID-19 telah diisytiharkan sebagai krisis global. Kita berada dalam situasi ini bersama. Sebagai sebuah syarikat kami ingin fokus sumbangan kami ke atas beberapa kumpulan masyarakat prihatin yang lebih memerlukan bantuan dan sokongan untuk melindingi mereka
Justeru, Beiersdorf Group memperuntukkan 50 juta Euro untuk menangani krisis terutama di pusat penularan penyakit ini dan juga di rantau yang mempunyai sistem penjagaan kesihatan awam yang kurang memuaskan. Kami akan bekerjasama dengan pasukan dari organisasi antarabangsa dan pihak berkuasa tempatan untuk menyokong mereka yang memerlukan bantuan.
Antara langkah-langkah segera yang diambil oleh Beiersdorf secara global adalah:
Di peringkat tempatan, untuk menunjukkan tahap PENJAGAAN dan sokongan yang sama, Beiersdorf Malaysia turut mengambil langkah-langkah berikut:
Stefan De Loecker menambah: “Ini adalah satu krisis bersejarah dengan magnitud luarbiasa. Kami yakin bahawa menangani COVID-19 memerlukan usaha, kesepaduan dan kerjasama erat yang signifikan. Kami memanggil program kami “Care Beyond Skin”. Ia mencerminkan komitmen kami untuk mencapai melampaui teras perniagaan kami – iaitu memberikan penjagaan kulit kepada orang ramai – untuk memaksimumkan sumbangan kami.”