Pengalaman Paling Unik: Wonderpark Melaka Bersedia Merancakkan Kempen Tahun Melawat Melaka 2024 dengan Menyatukan Hiburan dengan Pembelajaran

Pengalaman Paling Unik: Wonderpark Melaka Bersedia Merancakkan Kempen Tahun Melawat Melaka 2024 dengan Menyatukan Hiburan dengan Pembelajaran
Tarikan terbaru di Wonderpark Melaka, Candyworld Selfie Zone — untuk menangkap memori indah bersama insan tersayang!

Kuala Lumpur, 5 Februari 2024 — Wonderpark Melaka, taman tema keluarga tertutup yang tersohor di Melaka, Malaysia kini sedia untuk dikunjungi mulai tahun 2024 selepas projek naik tarafnya baru-baru ini. Sebagai sebuah destinasi pilihan pelancongan bagi keluarga, golongan muda, sekolah dan kumpulan pendidikan, Wonderpark Melaka menyuntik nafas baharu kepada hiburan keluarga dengan menyatukan keseronokan tanpa had dan pembelajaran kreatif bagi semua peringkat umur di Malaysia.

Wonderpark Melaka menjemput semua tetamu, tanpa mengira usia, untuk mengalami pelbagai aktiviti “Creative-fun” yang dirancang untuk mencetuskan imaginasi dan kreativiti, serta meningkatkan tumpuan mereka pada kegembiraan tanpa had dan juga pembelajaran kreatif. Bersempena Tahun Melawat Melaka 2024, Wonderpark Melaka berhasrat mengukuhkan kedudukannya sebagai antara tarikan pelancong yang terbaik di Melaka, selaras dengan komitmen berterusannya untuk melakukan penambahbaikan dan memperkenalkan permainan serta tarikan baharu.

Wonderpark Melaka menyediakan pelbagai pengalaman interaktif dan mencabar untuk semua tetamu. Pada masa ini, ia menawarkan lebih 30 permainan menarik yang direka bagi memenuhi citarasa dan keperluan setiap ahli keluarga, daripada Giant Playground Section hinggalah ke STEM4D Max Classroom. Projek naik taraf terbarunya juga membawa pelbagai tarikan baharu termasuk Candyworld Selfie Zone baharu, kiosk foto kamera 360°, dan Karaoke Zone yang dipertingkatkan.

Pengalaman Paling Unik: Wonderpark Melaka Bersedia Merancakkan Kempen Tahun Melawat Melaka 2024 dengan Menyatukan Hiburan dengan Pembelajaran

“Kami berusaha untuk mewujudkan satu ruang yang bukan sahaja membolehkan seisi keluarga berseronok, tetapi juga memperkayakan minda mereka dengan pengalaman pembelajaran kreatif. Kami komited untuk menyediakan persekitaran yang selamat, menarik dan praktikal bagi mencetuskan rasa ingin tahu serta memupuk minat belajar dalam kalangan tetamu muda kami,” kongsi Ketua Pemasaran Wonderpark Melaka, Roy Sharul.

Pengalaman Paling Unik: Wonderpark Melaka Bersedia Merancakkan Kempen Tahun Melawat Melaka 2024 dengan Menyatukan Hiburan dengan Pembelajaran

Wonderpark Melaka dibuka dari 10.00 pagi hingga 7.00 petang. Ia menawarkan harga tiket amat berpatutan dari hari Isnin hingga Khamis untuk orang dewasa, iaitu RM25 sahaja. Harga tiket pada hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah adalah RM30, disertakan lagi dengan baucar percuma yang bernilai RM30 untuk diskaun makanan dan minuman. Lebih menarik lagi, warga emas berumur 65 tahun ke atas boleh menikmati kemasukan percuma pada semua hari dalam seminggu, manakala golongan berkeperluan khas boleh menikmati diskaun 50% bagi harga tiket. Kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun juga boleh menikmati Wonderpark Melaka pada harga yang sangat berpatutan, manakala kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah akan mendapat kemasukan secara percuma. Tawaran harga tiket adalah RM25 dari hari Isnin hingga Khamis; dan RM30 pada hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah serta tiada had waktu untuk bermain dan belajar di Wonderpark Melaka.

Pengalaman Paling Unik: Wonderpark Melaka Bersedia Merancakkan Kempen Tahun Melawat Melaka 2024 dengan Menyatukan Hiburan dengan Pembelajaran

Selain aktiviti-aktiviti hebat, taman tema ini juga menawarkan pelbagai Pakej Hari Jadi yang memberi memori indah untuk hari istimewa si kecil anda — termasuk makanan, hiasan dan hiburan yang disediakan oleh pasukan Wonderpark Melaka. Selain itu, Pakej Lawatan Sambil Belajar juga disediakan untuk para pelajar — termasuk satu tiket masuk, satu hidangan makanan, dan satu kit pendidikan yang mengandungi silibus untuk aktiviti-aktiviti ilmiah yang berlangsung di sekitar taman itu. Ini bukan sahaja menjanjikan lawatan sehari yang menyeronokkan, tetapi juga bermanfaat untuk pembelajaran mereka.

Bagi merancakkan lagi cuti sekolah yang bakal datang, Wonderpark Melaka teruja untuk mengumumkan pelancaran promosi cuti sekolah Tahun Baharu Cina 2024 — Banyak Ong Holi-yay Escape! Melalui promosi itu, tetamu yang membeli tiket tarikan baharu: Candyworld Selfie Zone, Karaoke Zone yang dipertingkatkan, dan 360° Photo Booth melalui laman rasmi Wonderpark, platform e-dagang rakan kongsi, atau secara ‘walk-in’, akan berpeluang memenangi satu iPad dan  Lucky Angpow!

Tunggu apa lagi? Jom kunjungi Wonderpark Melaka di Lot 2F-2C, 2nd Floor, The Shore Shopping Gallery, Melaka, untuk cuti sekolah yang bermanfaat dan menyeronokkan!

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.wonderpark.my/.

Pengalaman Paling Unik: Wonderpark Melaka Bersedia Merancakkan Kempen Tahun Melawat Melaka 2024 dengan Menyatukan Hiburan dengan Pembelajaran – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts