Penemuan Mengagumkan di Karahantepe dan Göbeklitepe: Arca Manusia Terbesar dan Patung Haiwan Berwarna yang Pertama

Kuala Lumpur, 24 OKTOBER 2023 – Penemuan baharu  dicatatkan di Göbeklitepe dan Karahante iaitu antara tapak Neolitik tertua di dunia. Ukiran manusia dan haiwan telah ditemui semasa penggalian baru-baru ini yang dijalankan di sembilan tapak arkeologi. Ia merupakan sebahagian daripada projek Taş Tepeler (Timbunan Batu) yang memberi penerangan mengenai kisah prasejarah, sekali gus membawa kepada penemuan penting di peringkat global.

Arca Manusia: Contoh Seni Prasejarah yang Mengagumkan

Penemuan Mengagumkan di Karahantepe dan Göbeklitepe
Arca Manusia Terbesar dan Patung Haiwan Berwarna yang Pertama
Penemuan Mengagumkan di Karahantepe dan Göbeklitepe Arca Manusia Terbesar dan Patung Haiwan Berwarna yang Pertama

Penggalian di Karahantepe baru-baru ini turut menemukan arca manusia terbesar yang diketahui pada zaman berkenaan. Arca setinggi 2.45meter itu yang mungkin bakal bergelar contoh seni prasejarah yang paling mengagumkan dengan ekspresi wajah sebenar, terpahat dengan rapi pada sebuah bangku. Arca figura lelaki dalam keadaan duduk itu memperlihatkan bahagian tulang rusuk, tulang belakang dan bahu manusia yang bernyawa. Di kawasan yang sama, terdapat ukiran burung hering yang diletakkan di hadapan bangku di mana pinggan batu turut ditemui.

Khinzir hutan di Göbeklitepe:  patung warna bersaiz sebenar  

Penemuan Mengagumkan di Karahantepe dan Göbeklitepe
Arca Manusia Terbesar dan Patung Haiwan Berwarna yang Pertama

Ketika penggalian dijalankan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, patung khinzir liar bersaiz sebenar yang diperbuat daripada batu kapur telah ditemui dalam struktur D di Göbeklitepe. Ukiran berkenaan yang menunjukkan sisa pigmen merah, putih dan hitam pada permukaannya, merupakan contoh pertama bersaiz sebenar berwarna yang ditemui sejak zamannya hingga ke hari ini. Patung khinzir hutan tersebut yang dijumpai di Göbeklitepe telah ditemui di atas bangku yang disertai dengan beberapa hiasan iaitu simbol berbentuk H, bulan sabit, dua ekor ular, dan tiga wajah atau topeng manusia.

Göbeklitepe: Tapak yang Mengubah Sejarah

Terletak kira-kira 18 kilometer ke timur laut pusat bandar Şanlıurfa, berhampiran dengan perkampungan Örencik, Göbeklitepe merupakan antara legasi paling penting dalam sejarah manusia. Menerusi penyertaan ke-18 Türkiye dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO, tapak arkeologi ini telah banyak mengubah pemahaman kita mengenai masyarakat pemburu-pengumpul seperti pada Zaman Neolitik. Usaha penggalian pertama di Göbeklitepe bermula pada tahun 1995, dan banyak penemuan telah digali dalam tempoh yang singkat termasuk tiang berbentuk T dengan motif haiwan dan bentuk geometri, pelbagai ukiran manusia dan haiwan, peralatan batu dan tulang di samping tinggalan seperti tumbuhan dan tulang haiwan yang menggambarkan pemakanan pada zaman berkenaan. Hasil kerja di Göbeklitepe memberikan pandangan penting tentang kehidupan di penempatan dan gaya hidup produktif dengan wujudnya salah satu daripada perubahan paling ketara dalam sejarah manusia. Ia juga mendedahkan begitu banyak maklumat baharu mengenai kehidupan sosial, seni bina, dan seni sepanjang zaman ini yang mengetengahkan kewujudan masyarakat yang sangat maju dalam peringkat awal Zaman Neolitik.

Taş Tepeler: Tanah Transformasi Hebat

Penemuan Mengagumkan di Karahantepe dan Göbeklitepe
Arca Manusia Terbesar dan Patung Haiwan Berwarna yang Pertama

Di Türkiye yang sudah sekian lama bergelar tanah tamadun purba, pelbagai projek penggalian arkeologi dan pemulihan dijalankan di kawasan bersejarah bagi memastikan kelestarian warisan budaya. Negara tersebut kini menerajui dunia dari segi bilangan yang paling banyak mengendalikan  projek arkeologi. Bilangan penggalian dan kajian arkeologi di Türkiye dijangka mencecah 750 projek menjelang 2023.

Penggalian arkeologi di negara ini merupakan perjalanan merentasi masa yang mendedahkan kisah silam dan menghubungkan kita dengan warisan manusia. Kajian tapak kontemporari di wilayah tertentu memberikan pemahaman yang lebih holistik mengenai kisah silam. Salah satu projek seumpamanya yang dijalankan baru-baru ini ialah Taş Tepeler. Skop projek di rantau berkenaan yang dijalankan di bawah pimpinan Profesor Necmi Karul – ketua fakulti Jabatan Arkeologi Prasejarah di Universiti İstanbul, memahami aspek teknologi, ekologi dan sosial bagi masyarakat manusia pertama yang menjalani kehidupan di penempatan mereka. Tinjauan permukaan yang dijalankan di Tanah Tinggi Şanlıurfa membawa kepada penemuan penempatan kontemporari yang berhampiran dengan Göbeklitepe. Penempatan ini secara kolektifnya dirujuk sebagai Taş Tepeler (Timbunan Batu), termasuklah Karahantepe, Sayburç, Sefertepe, Harbetsuvan Tepesi, Gürcütepe, Çakmaktepe, Medik, Kurttepesi, Taşlıtepe, Ayanlar, Yoğunburç dan Yeni Mahalle, selain daripada Göbeklitepe. Dalam skop projek berkenaan yang mempunyai beberapa contoh terawal di dunia membabitkan kehidupan di penempatan dan kerumitan sosial, penyelidikan masih berterusan di sembilan tapak arkeologi. Penggalian di Karahantepe telah menemukan struktur monumen yang serupa di Göbeklitepe. Menerusi penyelidikan arkeologi, tapak tersebut terus memberi sumbangan dengan memberikan penjelasan tentang sejarah manusia.

© 2023 BlackButterfly DesignArts