Pendekatan Kesihatan di Malaysia dari Rawatan kepada Pencegahan

Oleh Dr. Rimbawan, Ahli Lembaga Penasihat Herbalife

Pendekatan Kesihatan di Malaysia 
dari Rawatan kepada Pencegahan

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Malaysia, seumpama negara-negara lain, telah menghadapi peningkatan yang ketara bagi penyakit tidak berjangkit (NCD). Perubahan daripada masyarakat yang terdiri kebanyakkannya dari golongan agraria kepada masyarakat yang lebih urban dan perindustrian telah membawa pelbagai cabaran kesihatan. Ketika kita melalui perubahan ini, fokus telah beralih dari sekadar merawat penyakit kepada mencegahnya. Peranan nutrisi menjadi sangat penting disini.

Penjagaan kesihatan secara pencegahan ataupun preventive healthcare adalah lebih daripada sekadar pengelakan penyakit. Sebaliknya, preventive healthcare ialah mengekalkan kesihatan optimum. Ini merangkumi diet seimbang, senaman teratur, dan kesejahteraan mental. Wujudnya pelbagai manfaat dari pendekatan ini, termasuk pengesanan awal masalah kesihatan yang mungkin wujud, penjimatan kos yang ketara dengan mengurangkan keperluan untuk rawatan perubatan yang mahal, dan yang paling penting, peningkatan kualiti hidup.

Peranan Pendidikan Pemakanan

Di Malaysia, terutamanya dengan pelbagai makanan di sekeliling kita, pemahaman terhadap pemakanan adalah sangat penting. Kebolehan untuk membezakan pilihan makanan yang sihat adalah kemahiran yang harus dibina dari usia muda. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mempunyai maklumat yang secukupnya berkenaan nutrien yang diperlukan oleh badan kita dan bagaimana untuk mendapatkannya agar dapat mempersiapkan diri dengan pengetahuan tentang nutrien penting yang diperlukan oleh badan kita dan bagaimana untuk mendapatkannya melalui diet seimbang. Sebagai contoh, dengan mengambil cukup vitamin D, ia dapat membantu badan menyerap kalsium, salah satu kunci utama untuk tulang yang kuat.

Mengimbas kembali tabiat diet kita selama dua dekad yang lalu, terdapat perubahan yang ketara ke arah makanan yang lebih tinggi gula, garam, dan lemak. Perubahan ini berkait dengan peningkatan NCDs. Namun, ada hikmahnya: kesedaran yang meningkat di kalangan rakyat Malaysia tentang pentingnya diet seimbang dan senaman teratur, seperti yang terungkap dalam Kajian Keutamaan Kesihatan Herbalife 2023.

Penjagaan Kesihatan Secara Pencegahan Menjangkaui Nutrisi

Penjagaan kesihatan secara pencegahan, preventive healthcare, tidak terhad kepada nutrisi; ia melibatkan gaya hidup dan risiko persekitaran. Misalnya, mengurangkan risiko serangan jantung bukan sahaja melibatkan diet tetapi juga pilihan gaya hidup seperti mengelakkan dari merokok.

Bagi mereka yang sukar untuk menyimbangkan jadual yang padat dengan pemakanan sihat, suplemen dapat memainkan peranan dalam pengambilan khasiat yang secukupnya. Produk yang ditawarkan oleh Herbalife, sebagai contoh, menyediakan cara yang mudah untuk memastikan pengambilan nutrien jika  kekurangan masa.

Melaksanakan Penjagaan Kesihatan Secara Pencegahan di Rumah

Pendekatan Kesihatan di Malaysia 
dari Rawatan kepada Pencegahan

Rakyat Malaysia boleh mengamalkan penjagaan kesihatan secara pencegahan, preventive healthcare, di rumah dengan mendidik diri tentang nutrisi, memilih untuk memasak hidangan yang lebih sihat, melakukan aktiviti fizikal secara konsisten, dan mengekalkan kebersihan peribadi yang baik. Memahami label makanan juga penting dalam membuat pilihan diet yang sesuai.

Peranan Penting Ibu Bapa dalam Membentuk Generasi yang Lebih Sihat

Pendekatan Kesihatan di Malaysia dari Rawatan kepada Pencegahan

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk tabiat makan yang sihat kepada anak-anak. Lebih penting lagi, bukan hanya sekadar mengajar, tetapi juga mengamalkan tabiat pemakanan dan gaya hidup sihat di rumah. Penyediaan hidangan yang bernutrisi dan menarik untuk kanak-kanak adalah langkah menuju pembinaan generasi masa depan yang lebih sihat.

Penjagaan kesihatan secara pencegahan merupakan tanggungjawab yang memerlukan usaha sama individu, keluarga, pendidik, dan penggubal dasar untuk berganding bahu dalam menjadikan Malaysia negara yang lebih sihat. Sambil kita terus mengharungi cabaran kesihatan moden, marilah kita sama-sama beringat bahawa perjalanan ke arah kesejahteraan bermula dengan pilihan yang sihat dan sesuai setiap hari oleh setiap individu.

Pendekatan Kesihatan di Malaysia dari Rawatan kepada Pencegahan – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts