Pembukaan Pra-pelancaran Taman Tema Genting SkyWorlds Pada 8 Februari 2022

Tiket akan dijual bermula 4 Februari 2022

Kuala Lumpur, 31 Januari 2022 – Taman tema Asia Tenggara yang paling dinanti-nantikan bakal dibuka pada 8 Februari 2022! Tiket akan dijual melalui Laman Web Genting SkyWorlds (gentingskyworlds.com) dan Aplikasi Genting SkyWorlds bermula jam 10 pagi pada 4 Februari 2022.

Sempena pembukaan pra-pelancaran ini, Genting SkyWorlds akan menawarkan diskaun 20% ke atas harga tiket penuh bagi kunjungan dari 8 Februari sehingga 31 Mac 2022. Semasa tempoh pembukaan pra-pelancaran, akses Virtual Queue (VQ) dan Photo+ percuma akan disediakan, di mana para pengunjung boleh memuat turun dan berkongsi kandungan foto digital tanpa had. Harga tiket penuh adalah seperti berikut:

Jenis TicketHarga Tiket Penuh (RM)Harga tiket selepas diskaun 20% sempena pembukaan pra-pelancaran (RM)
Standard (Ketinggian melebihi 110 cm)189151
Kanak-kanak (90cm ke 110cm) /
Warga emas berumur 60 tahun ke atas / OKU
161128
Kanak-kanak (Ketinggian di bawah 90cm)PERCUMAPERCUMA
Taman Tema Genting SkyWorlds
Pemandangan Penuh Andromeda Base

“Kami sudah bersedia untuk akhirnya menunjukkan taman tema kami kepada dunia, dengan pembukaan pra-pelancaran kami menjelang 8 Februari 2022 ini. Dibina dengan nilai pelaburan melebihi USD$800 juta, tarikan bertema baharu ini bakal melonjakkan nama Pahang dan Malaysia di persada pelancongan dunia. Pembukaan taman tema ini akan turut menyumbang kepada sektor pelancongan dan ekonomi dengan kewujudan ribuan peluang pekerjaan,” kata Lee Thiam Kit, Ketua Operasi Perniagaan dan Strategi, Genting Malaysia Berhad.

Selepas membeli tiket secara dalam talian, para pengunjung digalakkan untuk memuat turun aplikasi Taman Tema Genting SkyWorlds yang tersedia dengan percuma di Google Play, Apple App Store dan Huawei AppGallery. Aplikasi ini bukan sahaja akan memberi panduan yang komprehensif dengan maklumat masa nyata (real-time) berkenaan Genting SkyWorlds, malah ia juga membolehkan para pengunjung untuk mengemudi dan melawat taman tersebut secara maya agar mereka dapat merancang aktiviti yang mereka minati terlebih dahulu, serta mencari arah dan jalan untuk ke destinasi mereka. Antara ciri-ciri aplikasi ini ialah, masa penungguan akan dipaparkan di aplikasi tersebut dan para pengunjung bolehlah merancang masa mereka untuk permainan, tarikan dan persembahan yang tersedia pada hari itu; menerima tawaran promosi dan baucar diskaun; mendapatkan maklumat tempat-tempat makan, membeli-belah, permainan, serta perkhidmatan Photo+ yang canggih.

Taman Tema Genting SkyWorlds
Epic Voyage to Moonhaven

“Buat pertama kalinya di Asia Tenggara, aplikasi ini juga telah diintegrasikan dengan teknologi Virtual Queue (VQ), satu ciri pintar yang mampu mengurangkan masa menunggu yang lama dalam barisan fizikal dengan memberikan kebebasan kepada para pengunjung untuk melakukan aktiviti pilihan mereka DAN pada masa yang mereka boleh memilih sendiri! Pemegang tiket berkumpulan juga boleh masuk secara berkumpulan sekiranya mereka menggunakan aplikasi Genting SkyWorlds VQ. Aplikasi ini turut membolehkan pemegang tiket melihat cadangan aktiviti berdasarkan pilihan peribadi mereka, dan menerima notifikasi secara masa nyata untuk tempahan tarikan, ketersediaan, dan hiburan menarik” kata Greg Pearn, Naib Presiden, Ketua Operasi Taman Tema, Resorts World Genting.

“Dalam tempoh pra-pelancaran ini, Genting SkyWorlds akan menawarkan diskaun 20% ke atas harga tiket, sementara sesetengah tarikan masih di bawah proses pentauliahan dan tidak tersedia untuk menerima para pengunjung.  Usaha membuka sebuah taman tema di masa pandemik ini adalah sesuatu yang amat mencabar, dan walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memastikan setiap tarikan dapat dibuka, masih terdapat sebahagian kecil tarikan yang memerlukan masa yang lebih lama untuk disiapkan. Walaubagaimanapun, pasukan kami sedang bekerja keras untuk memastikan tarikan-tarikan ini dapat dibuka di masa terdekat,” kata Greg Pearn.

Taman Tema Genting SkyWorlds
Central Park – Asteroid Arcade

Dengan keluasan 26 ekar di ketinggian 6,000 kaki dari aras laut, Taman Tema Genting SkyWorlds bakal membawa para pengunjung mengembara ke sembilan ‘dunia’ yang diinspirasikan oleh filem dan pengembaraan, menggabungkan Harta Intelek (IP) asli, dan juga keseronokan serta keterujaan bertemakan filem di dalam permainan dan tarikan bertaraf dunia. Genting SkyWorlds juga telah mengeluarkan video ‘behind-the-scene’ dengan gambaran keseluruhan taman tema dan anda boleh menontonnya di sini!

Adakah anda teruja? Kunjungilah laman web atau muat turun aplikasi Genting SkyWorlds untuk menempah tiket-tiket anda hari ini!

Untuk maklumat lanjut, sila layari gentingskyworlds.com atau ikuti laman media sosial kami di FacebookInstagramYouTube dan Twitter.

Pembukaan Pra-pelancaran Taman Tema Genting SkyWorlds Pada 8 Februari 2022 – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts