Pemaju Hartanah Seremban 2 Membangunkan Aplikasi LikeS2 Untuk Membantu Perniagaan Tempatan Di Seremban 2

IJM Land melancarkan aplikasi komuniti yang direka secara eksklusif untuk membantu dan menghidupkan semula perniagaan kecil di Seremban 2

Seremban, 6 Oktober 2021 – Malaysia kini bergerak pantas untuk mencapai sasaran kadar vaksinasi lengkap dan Negeri Sembilan sudah pun dikategorikan sebagai Fasa 4 sejak akhir September dan ini bermaksud pintu perniagaan sudah boleh dibuka semula. Walau bagaimanapun, ada beberapa perniagaan kecil dan tempatan yang menghadapi cabaran untuk bertahan sepanjang pandemik ini lalu menjejaskan kebertahanan mereka. Dalam usaha untuk mendorong perniagaan di Seremban 2, pemaju hartanah terkemuka IJM Land telah melancarkan aplikasi mudah alih pertama mereka yang bertemakan gaya hidup iaitu LikeS2. Aplikasi inovatif ini direka secara eksklusif untuk menyampaikan berita dan perkembangan terkini mengenai perbandaran tempatan, dan juga bertujuan untuk membantu perniagaan tempatan untuk mempromosikan perkhidmatan mereka untuk menjangkau komuniti di luar Seremban.

Pandemik COVID-19 telah menyebabkan banyak perniagaan mengalami kerugian dan adayang terpaksa ditutup. Setiap negara dari timur ke barat dan setiap peringkat masyarakat, tidak mengira perniagaan yang besar atau kecil, kebanyakannya terkesan akibat keadaan yang tidak boleh dielakkan. Dengan pengumuman pihak kerajaan baru-baru ini yang membenarkan pembukaan semula sektor ekonomi negara, pemilik perniagaan kini mula meningkatkan usaha mereka untuk kembali aktif dalam industri masing-masing. IJM Land mengambil kesempatan ini untuk membantu peniaga tempatan dengan menghubungkan komuniti dengan perkhidmatan yang mereka perlukan.

Dato’ Hoo Kim See, Pengurus Besar Kanan IJM Land Berhad menerangkan bahawa aplikasi ini bukan sahaja mampu memberi peluang kepada perniagaan di Seremban 2 untuk mudah berkomunikasi dengan pelanggan, malah ia juga bertujuan untuk menawarkan peluang untuk memasuki pasaran yang lebih luas.

“Sekatan pergerakan akibat daripada pandemik Covid-19 ini telah memaksa banyak perniagaan ditutup atau tidak dapat dijalankan seperti dahulu. Aplikasi LikeS2 mampu membantu perniagaan untuk beroperasi dalam talian dan pada masa yang sama, memberi peluang kepada penduduk Seremban 2 untuk mencari sumber pendapatan baharu. Kami di IJM Land membina LikeS2 dengan harapanperniagaan di Seremban 2 dan para peniaga mampu berhubung dengan komuniti dan juga untuk membantu mereka yang kehilangan perkerjaan untuk mencari punca pendapatan yang baharu,” kata Dato’ Hoo.

Pemaju Hartanah Seremban 2 Membangunkan Applikasi Likes2 Untuk Membantu Perniagaan Tempatan Di Seremban 2

Melalui LikeS2, perniagaan di perbandaran Seremban 2 berpeluang untuk mempromosikan dan mengembangkan perniagaan, produk, dan perkhidmatan mereka tanpa sebarang bayaran. Selain itu, mereka yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik juga dapat mencari sumber pendapatan lain melalui LikeS2. Pelbagai peluang perniagaan dari rumah seperti katering, kongsi kereta, penjagaan kanak-kanak dan banyak lagi melalui ciri-ciri yang disediakan diaplikasi tersebut. LikeS2 juga menyediakan berita pelancaran produk, acara atau aktiviti kemasyarakatan, promosi hartanah oleh IJM Land, info untuk kecemasan, promosi makanan dan minuman, dan banyak lagi perniagaan lain.

“Dengan pembukaan semula sektor perniagaan, dan masyarakat kini lebih cenderung menggunakan perkhidmatan dalam talian, kami yakin bahawa aplikasi mudah alih ini mampu membantu perniagaan di sekitar Seremban 2 untuk lebih dikenali. Komuniti tempatan juga dapat mengakses  info kejiranan setempat, tempat-tempat menarik di sekitar mereka, tempat makan baharu, dan banyak lagi,” kata Dato’ Hoo.

“Aplikasi yang sentiasa dikemas kini dengan info-info semasa di sekitar kawasan Seremban 2 dapat membantu peniaga berkomunikasi dengan masyarakat menggunakan mod yang berbeza. Ia juga membolehkan masyarakat mengikuti perkembangan terbaharu yang mampu menyemarakkan kemeriahan Seremban 2 diantara penduduk dan pelawat.”

Aplikasi boleh dimuat turun dari Google Play Store (pengguna Android) atau iOS AppStore (pengguna iOS):

Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.likes2.user

iOS AppStore: https://apps.apple.com/us/app/likes2/id1547272294

© 2024 BlackButterfly DesignArts