Pelancaran ‘Soulmates’ Di Toppen Shopping Centre Bagi Menghubungkan Usahawan Muda Dan Pengusaha Baru Ke Ruang Niaga Yang Fleksibel

Johor Bahru, 21 Oktober 2021 – Toppen Shopping Centre kini memperkenalkan Soulmates sebagai sebuah platform yang bertujuan menyokong perniagaan tempatan pada masa yang mencabar ini. Bagi usahawan muda, peniaga kecil dan pengusaha baru, Soulmates merupakan sebuah platform ruang yang lengkap, fleksibel dan boleh disewa mengikut jam atau hari.

Pengusaha dapat menyediakan perkhidmatan kecantikan, kesihatan, kecergasan dan asas kemahiran dalam suasana yang selesa dan profesional kerana selain ia direka khas menjadi tempat tumpuan sehenti, kemudahan berada di dalam persekitaran pusat beli-belah menjadikan Soulmates pilihan ideal.

Buat masa ini, Soulmates mempunyai enam ruang perniagaan yang unik dengan konsep dan keluasan yang berbeza yang boleh digunakan oleh ahli terapi kecantikan, jurusolek dan tukang urut. Soulmates juga menawarkan sebuah studio yang diperincikan dengan cermin dinding penuh yang menjadikan ia lokasi ideal bagi jurulatih kecergasan, tarian dan yoga mengadakan kelas bagi komuniti di Johor Bahru. Guru seni dan perancang majlis juga boleh mengadakan kelas, bengkel dan acara di studio Soulmates. Harga sewaan bermula dari hanya RM10 sejam dengan penggunaan minimum selama 2 jam tanpa deposit.

“Berikutan pembukaan semula ekonomi, ramai individu dan pengusaha giat mencari peluang untuk memulihkan, memulakan perniagaan dan berhubung dengan para pelanggan secara selamat. Situasi lanskap perniagaan yang mencabar menjadikan mereka juga mempertimbangkan harga yang berpatutan, fleksibiliti, persiapan yang minimum dengan risiko yang rendah. Oleh itu, kami yakin Soulmates menjadi pilihan terbaik yang dapat memenuhi keperluan para usahawan muda, perniagaan kecil, pengurus runcit, perancang majlis dan lain-lain lagi”, kata Vasilisa Kuznetsova selaku Centre Manager di Toppen Shopping Centre. “Di Toppen, bukan sahaja ruang perniagaan yang disediakan malahan kami juga menyokong individu yang
ingin memulakan perniagaan merealisasikan idea perusahaan mereka.”

Pelancaran ‘Soulmates’ Di Toppen Shopping Centre Bagi Menghubungkan Usahawan Muda Dan Pengusaha Baru Ke Ruang Niaga Yang Fleksibel
Toppen Shopping Centre – Soulmates – Ruby

Pihak pengurusan Toppen sentiasa mengutamakan keselamatan dah kesejahteraan pelanggan. Perlaksanaan sanitasi di antara setiap penggunaan dan kerja pembersihan kerap merupakan piawaian keselamatan Soulmates di waktu pandemik ini.

Toppen berharap Soulmates dapat memberi faedah kepada lebih banyak perkhidmatan dan memperluas tawaran ke pusat membeli-belah lain di bawah portfolio Ikano Centres di masa yang akan datang.

Tempahan Soulmates di Toppen akan dibuka pada 25 Oktober 2021 dan sedia digunakan bermula dari jam10.00pagi hingga 10.00malam setiap hari. Penyertaan adalah bagi individu dan pemilik perniagaan yang dilengkapi vaksin dan melepasi tempoh 14 atau 28 hari sahaja. Tempahan perlu dibuat selewat-lewatnya 2 jam sebelum waktu penggunaan dengan minimum 2 jam setiap sesi, tertakluk kepada ketersediaan.

Bersempena pelancaran Soulmates, dapatkan tawaran tempahan ruangan Soulmates secara percuma dari 25 Oktober hingga 7 November 2021. Caj pembersihan sebanyak RM10 per sesi dikenakan. Promosi adalah terhad dan tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://soulmates.my/, hubungi kami di talian 07-277 3188 atau lawati kami di Toppen Shopping Centre, 33A, Jalan Harmonium, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor.

© 2023 BlackButterfly DesignArts