Pelancaran Semula Paydibs Mencorak Semula Fintech untuk Peniaga Moden

Paydibs kembali dengan imej baharu dan penyelesaian sedia masa depan.

Pelancaran Semula Paydibs Mencorak Semula Fintech untuk Peniaga Moden

KUALA LUMPUR, 13 JUN 2025 – Paydibs, peneraju berpengalaman dalam bidang pembayaran digital, melangkah ke fasa baharu dengan identiti fintech masa depan, pasukan kepimpinan yang dinamik, serta hala tuju yang lebih jelas untuk memacu pertumbuhan perniagaan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Setelah sekian lama membangunkan inovasi di sebalik tabir, Paydibs tampil dengan momentum baharu, dipacu oleh kepimpinan berpengalaman dalam pembayaran, simpanan nilai dan pembiayaan digital, serta disokong oleh tenaga profesional yang arif dalam perkhidmatan kewangan digital.

Fasa baharu ini mengukuhkan kedudukan Paydibs sebagai peneraju inovasi yang berpandangan jauh, dengan fokus yang jelas terhadap pertumbuhan. Dengan asas teknologi yang diperbaharui, sambungan langsung kepada rangkaian pembayaran kebangsaan, serta pengalaman mesra peniaga yang lancar, Paydibs kini bersedia untuk berkembang dalam pasaran yang merangkumi lebih daripada 60 penyedia perkhidmatan pembayaran. Dengan visi yang lebih jelas, keupayaan yang dipertingkatkan dan aspirasi yang tinggi, Paydibs yakin untuk terus maju ke hadapan.

Sebagai langkah permulaan, Paydibs bakal memperkenalkan pelbagai inovasi yang direka khas untuk memenuhi keperluan peniaga masa kini. Antara penawaran utama ialah peranti pembayaran serbaguna yang menggabungkan pembayaran melalui QR dan kad bagi sistem pesanan di premis, semuanya dalam satu peranti yang praktikal. Solusi ini direka untuk memudahkan operasi harian pengusaha perniagaan runcit, F&B, dan perkhidmatan. Peranti ini turut disokong oleh kitaran penyelesaian yang lebih pantas, termasuk pembayaran T+1 dan juga T+0 pada hari yang sama (tertakluk kepada terma dan syarat), membolehkan PKS mendapat akses kepada aliran tunai dengan segera di samping mengekalkan kawalan risiko yang kukuh dan berasaskan data.

Paydibs juga sedang merangka penyelesaian pembiayaan bersepadu yang direka untuk memudahkan perniagaan yang layak mendapatkan akses kepada modal kerja melalui penilaian kredit berasaskan transaksi. Pendekatan ini memperkemas proses pinjaman dengan memanfaatkan data transaksi masa sebenar bagi menilai tahap kelayakan, sekali gus memudahkan peniaga yang layak mendapatkan akses kepada modal kerja secara lebih mudah dan cepat.

Dalam usaha menambah nilai di titik jualan, Paydibs telah bekerjasama dengan MCash untuk menawarkan perkhidmatan pembayaran bil dan tambah nilai yang bersepadu melalui terminal baharunya. Kerjasama ini membolehkan setiap peranti berfungsi sebagai hab serba guna, yang memudahkan urusan pelanggan dan membuka peluang pendapatan tambahan kepada peniaga.

Dari segi pemerolehan pembayaran, Paydibs kini beroperasi dengan sambungan terus kepada sistem pembayaran negara, bank pemeroleh dan rakan kongsi saluran pembayaran. Ini membolehkan pemprosesan secara terus tanpa gangguan (straight-through processing), seterusnya menjadikan transaksi lebih pantas dan menjimatkan kos, serta pengalaman operasi yang lebih lancar secara menyeluruh.

Kemajuan ini mencerminkan matlamat baharu Paydibs: Payment Inclusion. Beyond Transactions., yang disokong oleh pendekatan terbaharu: “Pay In. Payout. Finance.”. Pendekatan ini mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai rakan niaga yang dipercayai bagi menyokong pertumbuhan perniagaan secara menyeluruh dalam landskap perdagangan yang sentiasa berubah.

Paydibs juga telah dilantik secara rasmi sebagai Rakan Digital di bawah inisiatif Geran Digital Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) MADANI BSN, sebuah inisiatif kebangsaan bertujuan meningkatkan penyertaan digital dan keterangkuman kewangan dalam kalangan perusahaan yang kurang diberi keutamaan. Pengiktirafan ini mengukuhkan lagi peranan Paydibs sebagai pemangkin transformasi perniagaan secaramenyeluruh dan berskala.

Dengan keupayaan yang dipertingkat, identiti baharu dan platform yang dibina selaras dengan keperluan perniagaan masa kini, Paydibs kini bersedia memainkan peranan yang lebih aktif dalam memacu ekonomi digital yang semakin pesat. Dalam era di mana perniagaan memerlukan rakan teknologi yang cekap dan tangkas, syarikat ini terus komited untuk membentuk masa depan pembayaran, di mana ia bukan sekadar memindahkan wang semata-mata; tetapi turut memacu pertumbuhan, mengukuhkan hubungan pelanggan dan membuka akses kepada keterangkuman kewangan yang lebih luas.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelancaran semula Paydibs, produk yang akan datang dan peluang kerjasama, sila layari https://paydibs.com/.

© 2024 BlackButterfly DesignArts