Pelancaran Redi2Infaq.Com Dengan Kerjasama RediPay Sdn Bhd Dan Pusat Wakaf MAIWP Sdn Bhd

Syarikat RediPay Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai salah satu penyedia gerbang pembayaran menggunakan sistem digital yang dikenali sebagai Al-Qayyim (Ejen Kutipan Wakaf Tunai) oleh Pusat Wakaf MAIWP Sdn. Bhd. melalui Redi2Infaq.com

Kuala Lumpur, 4 Mac 2022 – Portal Redi2Infaq.com telah dirasmikan portal Redi2Infaq.com dengan Pusat Wakaf MAIWP Sdn. Bhd. bagi membolehkan masyarakat dapat menyumbang kepada program-program wakaf melalui portal. Pelancaran portal telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan disaksikan oleh Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif RediPay Sdn. Bhd., Encik Adam Dahlan, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Wakaf MAIWP Sdn. Bhd., Encik Zainuddin Mohd Salleh dan juga tetamu-tetamu kehormat.

Tandatangan perjanjian telah disempurnakan oleh Encik Adam Dahlan, Ketua Pegawai Eksekutif RediPay Sdn. Bhd. bersama Pusat Wakaf MAIWP Sdn. Bhd. yang diperhatikan oleh YB Menteri dan para tetamu kehormat. “Kami merasa berbesar hati atas perlantikan sebagai Al-Qayyim dan amat teruja dapat memainkan peranan dalam melestarikan program wakaf” kata Ketua Pegawai Eksekutif RediPay Sdn. Bhd.

RediPay Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan kemudahan gerbang pembayaran secara atas talian. Tambahan pula, terdapat beberapa sistem perkhidmatan yang dikendalian oleh RediPay Sdn. Bhd., antaranya adalah Redi2Infaq.com, Redi2Stay.com, RediCar, RediGold, dan banyak lagi. Namun begitu, RediPay Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang berlandaskan pematuhan syariah.

Pada 25th januari 2022, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah melancarkan Tahun Wakaf Wilayah Persekutuan 2022 dan telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Justeru, Pusat Wakaf MAIWP Sdn. Bhd. telah meraikan tahun 2022 sebagai tahun mempromosikan dan melestarikan kutipan wakaf melalui 9 sektor wakaf iaitu sektor perumahan, pendidikan ilmu, sosial, kecemasan, ekonomi, kesihatan, sains dan teknologi, latihan dan budaya, dengan menggunakan pendekatan elektronik dan teknologi semasa untuk membolehkan kutipan wakaf tunai dengan rakan strategik Pusat Wakaf MAIWP Sdn. Bhd.

Terkini, RediPay Sdn. Bhd. dan Redi2Infaq.com telah dilantik sebagai penyedia gerbang pendigitalan daripada Pusat Wakaf MAIWP Sdn. Bhd. Dengan perlantikan ini, secara tidak langsung kerjasama antara Pusat Wakaf MAIWP Sdn. Bhd. dengan RediPay Sdn. Bhd. telah terjalin.

Atas dasar perlantikan ini, RediPay Sdn. Bhd melalui Redi2Infaq.com akan menumpukan sistem wakaf selain sistem infaq bersama Pusat Wakaf MAIWP Sdn. Bhd. Oleh itu, Redi2Infaq.com akan menjadi tunjang utama bagi Redipay Sdn. Bhd. menjadi Al-Qayyim (Ejen Kutipan Wakaf Tunai).

© 2024 BlackButterfly DesignArts