Pelancaran Hellmann’s Dengan Sos Salad Baharu!

Sajian detik enak Hellmann’s dengan tiga perisa eksklusif untuk rakyat Malaysia

Hellmann’s meraikan ketibaan rasminya di Malaysia hari ini dengan pelancaran tiga sos salad baharu yang lazat. Diperbuat daripada ramuan sebenar bagi menampilkan yang terbaik kepada sajian makanan mudah, tiga varian sos salad dari Hellmann’s iaitu Roasted Sesame, Smoky Thousand Island dan Smoky Caesar dicipta khusus untuk menambahbaikkan keenakan rasa salad yang dihidangi.

Sentiasa berusaha untuk menyajikan kenikmatan makanan terbaik, jenama perasa terkenal ini berterusan mencabar tanggapan salah bahawa pemakanan sihat selalunya membosankan dengan hidangan salad yang tidak mempunyai sebarang rasa. Dengan menggunakan ramuan sebenar, sos salad Roasted Sesame dari Hellmann’s dirumus khas untuk memberikan rasa bijan panggang yang lebih kaya bagi meningkatkan rasa salad. Mengikut konsep yang sama, Hellmann’s juga menggabungkan rasa smoky yang unik kepada sos salad Thousand Island dan Caesar untuk menghasilkan hidangan salad yang lebih mengujakan dan beraroma.

“Hellmann’s terkenal di seluruh dunia kerana kami menggunakan ramuan sebenar untuk mencipta rasa yang enak dan berkualiti. Bagi Hellmann’s, keutamaan kami adalah untuk menyajikan detik makanan sebenar yang mengujakan bagi rakyat Malaysia. Walaupun sos salad Hellmann’s bukan hidangan utama di dalam sesuatu juadah, ia adalah tambahan sempurna untuk meningkatkan rasa sesuatu sajian – menjadikan sesuatu hidangan biasa kepada luar biasa’’ kata Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman, Unilever Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada usaha jenama untuk mengubah hidangan biasa kepada luar biasa, Hellmann’s menjalin kerjasama dengan kumpulan kafe makanan sihat tempatan, La Juiceria Superfoods untuk mencipta bersama menu salad yang sihat lagi lazat seperti Asian Duck Salad, Super Protein Caesar Salad dan Avocado Kale Quinoa Salad untuk rakyat Malaysia. Kolaborasi strategik ini dicetuskan menerusi usaha Hellmann’s untuk menggalakkan pemakanan lebih sihat selain memberi inspirasi kepada para rakyat Malaysia untuk menambahkan keterujaan dalam waktu makan masing-masing bersama Hellmann’s.

Nikmati rasa enak Hellmann’s hari ini dengan memilih sajian sos salad baharu Roasted Sesame, Smoky Thousand Island dan Smoky Caesar di semua pasar raya utama, pasar raya besar dan laman e-dagang seperti Lazada dan Shopee.

Sos salad Hellmann’s Roasted Sesame, Smoky Thousand Island dan Smoky Caesar didapati di dalam botol 210ml pada harga runcit yang disyorkan iaitu RM9.00 setiap satu.

Tiga salad baharu penciptaan bersama Hellmann’s dan La Juiceria Superfoods boleh didapati dengan harga RM21.90 setiap satu di semua kedai La Juiceria Superfoods, termasuk platform penghantaran makanan GrabFood, bermula sekarang sehingga 29 Februari 2020.

Untuk maklumat lanjut dan berita terkini, ikuti Hellmann’s Malaysia di Facebook (https://www.facebook.com/HellmannsMY) atau layari laman web Unilever’s Total Foods  (https://www.nakmakanapa.com.my/).

© 2023 BlackButterfly DesignArts