Pavilion Bukit Jalil Dinobatkan Sebagai Gedung Beli-belah Terbaik Dunia Memenangi di  “FIABCI World Prix D’Excellence 2024”

Pengiktirafan terkini gedung beli-belah ini menetapkan penanda aras global baru sebagai peneraju kecemerlangan lestari bagi gedung beli-belah berfokuskan komuniti.

Pavilion Bukit Jalil Dinobatkan Sebagai Gedung Beli-belah Terbaik Dunia Memenangi di  “FIABCI World Prix D’Excellence 2024”

Kuala Lumpur, 2 June, 2024 – Pavilion Bukit Jalil, destinasi gedung beli-belah gaya hidup ikonik di Kuala Lumpur telah dianugerahkan sebagai Pemenang Emas Dunia dalam kategori Gedung Beli-belah di Anugerah FIABCI World Prix D’Excellence 2024. Majlis penyampaian anugerah yang baru-baru ini diadakan di Singapura menandakan pencapaian penting bagi Pavilion REIT serta industri rangkaian Gedung Beli-belah di Malaysia.

Anugerah FIABCI World Prix D’Excellence terkenal dengan proses penilaiannya yang ketat dan prestij antarabangsa, mengiktiraf projek hartanah cemerlang yang mewujudkan kecemerlangan dalam reka bentuk, pembangunan, dan kemampanan. Tahun ini, jawatankuasa penilai FIABCI Antarabangsa yang terdiri daripada lebih 60 juri dari 35 negara, mengiktiraf Pavilion Bukit Jalil sebagai “Gedung Beli-Belah Terbaik Dunia”.

Dikenali sebagai “The Icon of Connectivity”, gedung beli-belah ini menganjurkan sambutan yang merangkumi persembahan pelbagai budaya untuk delegasi pemimpin global FIABCI dari Amerika Utara, Eropah, Afrika, dan Malaysia. Dr Yu Kee Su, ahli lembaga pengarah FIABCI International turut hadir bersama Presiden FIABCI USA, Carla Kidd, Presiden FIABCI Italia, Luca Bigliardi, dan Presiden FIABCI Malaysia, Datuk Firdaus Musa.

Penganjur yang menyambut delegasi FIABCI World ini adalah Puan Sri Cindy Lim, Pengerusi Eksekutif Pavilion Group bersama ahli lembaga pengarah Pavilion REIT.

Lawatan  delegasi ini memaparkan kepentingan gedung beli-belah ini kepada sektor global dan tarikannya sebagai destinasi yang mesti dikunjungi di peringkat antarabangsa.

Berucap di acara tersebut, Patrick Liau Kong Voon, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pavilion REIT berkata, “Anugerah ini adalah bukti komitmen Pavilion Bukit Jalil terhadap kecemerlangan dalam menyediakan pengalaman membeli-belah yang tiada tandingan dan bertaraf piawaian emas dalam industri Gedung Beli-belah”.

Pavilion Bukit Jalil Dinobatkan Sebagai Gedung Beli-belah Terbaik Dunia Memenangi di  “FIABCI World Prix D’Excellence 2024”

Dengan keluasan sewaan yang meliputi lebih 1.8 juta kaki persegi merentasi lima tingkat, gedung beli-belah ini menawarkan gabungan pengalaman beli-belah yang mengasyikkan, termasuk pelbagai pilihan tempat makan, hiburan dinamik, dan tawaran gaya hidup yang telah memikat hati berjuta-juta pengunjung.

“Pengambilalihan strategik Pavilion Bukit Jalil telah menjadi penambahan aset penting kepada portfolio kami, mencerminkan komitmen kami untuk melabur dalam aset berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan pengguna yang semakin meluas,” kata Patrick.

Patrick seterusnya berkata bahawa dijangkakan gedung beli-belah ini akan mencapai kadar pengisian sewaan melebihi 90% menjelang akhir tahun 2024, menandakan kemampuan dan keyakinan yang kukuh daripada peniaga yang bersemangat untuk menyertai gedung beli-belah tersohor yang telah memenangi anugerah ini.

“Pengambilalihan Pavilion Bukit Jalil adalah keputusan yang tepat, dengan pembangunan dan penambahan  gedung beli-belah yang memenangi anugerah kepada portfolio terkini, ianya seiring dengan kejayaan Pavilion Kuala Lumpur yang juga telah memenangi emas di Anugerah FIABCI World Prix D’Excellence pada tahun 2009.”

“Kami tetap komited kearah kecemerlangan pembangunan gedung beli-belah yang berkualiti tinggi, diurus serta direka dengan baik, dan memenangi anugerah,” katanya.

Beliau juga berkata, penyewa Pavilion Bukit Jalil dijangka akan berprestasi lebih baik kerana kadar penyewaannya kini stabil. Ini akan membolehkan pihak pengurusan memberi tumpuan ke arah perkembangan gabungan runcit yang sedia ada serta mempercepatkan pertumbuhan membeli-belah, dan meningkatkan pengalaman membeli-belah.

Komitmen Pavilion Bukit Jalil terhadap kelestarian dan penciptaan ruang bermakna untuk komuniti, yang telah menghasilkan nilai positif dan berganda bagi kawasan sekitarnya memainkan peranan yang penting mempengaruhi para kakim dalam penilaian anugerah ini.

Patrick mengaitkan kejayaan Pavilion Bukit Jalil dengan saiz, lokasi, daya penarik pengunjung yang semakin berkembang di kawasan tersebut, dan acara-acara antarabangsa yang sering diadakan di gedung beli-belah tersebut.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pendokong Pavilion REIT dan mengucapkan setinggi  penghargaan kepada “Qatar Investment Authority”, salah satu autoriti pelaburan terkemuka di dunia, kerana menjadi rakan jangka panjang dan pelabur dalam visi Pavilion REIT.

“Kami akan terus menggabungkan kekuatan kami, memanfaatkan sumber kami, dan melaksanakan tindakan strategik, dengan bekerjasama dengan pihak berkepentingan kami untuk mempromosikan industri gedung beli-belah Malaysia di peringkat dunia,” katanya.

Untuk meraikan kemenangan Anugerah Emas Dunia ini, Pavilion Bukit Jalil merancang untuk  melancarkan beberapa kempen pada minggu-minggu akan datang yang melibatkan  pengalaman berinteraksi secara langsung dan memberi ganjaran kepada pelanggan setia juga rakan kongsi perniagaan.

Pavilion Bukit Jalil Dinobatkan Sebagai Gedung Beli-belah Terbaik Dunia Memenangi di  “FIABCI World Prix D’Excellence 2024” – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts