Panggilan Yoodo Untuk #Yoonity Menentang Lipas Terbang

Kini Masanya untuk Rakyat Malaysia Bersatu dan Menentang  Musuh Sebenar

27 Ogos 2020, KUALA LUMPUR – Siapa di antara kita yang tidak pernah ditakuti oleh lipas terbang? Menjerit dan memukul sambil berusaha melarikan diri dari ‘buruan’ serangga bersayap ini. Yoodo – perkhidmatan mudah alih ubah suai sepenuhnya dan 100% digital pertama di Malaysia memahami penderitaan yang dilalui dan berpendapat bahawa sudah tiba masanya kita bersatu dan menentang perkara ini.

Yoodo telah melancarkan iklan Hari Merdeka yang dramatik dan unik – bertajuk  ‘ Not Your Normal Merdeka Ad #yoonity‘. Iklan tersebut menggambarkan rakyat Malaysia menentang sepenuhnya serangga berkaki enam ini. Dengan ini,  Yoodo ingin bersatu dengan semua rakyat Malaysia dan membawa #Yoonity sepanjang bulan patriotik ini.

Iklan ini menampilkan sekumpulan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, bangsa, agama, dan kawasan. Ia bermula dengan mereka berkumpul di dalam satu bilik seolah-olah sebagai satu eksperimen sosial mengenai perpaduan yang mengharukan , tetapi keadaan menjadi kacau-bilau selepas lipas terbang dibawa masuk ke dalam bilik. Apa yang berlaku seterusnya adalah teras iklan ‘Not Your Normal Merdeka Ad #yoonity’ ini.

“Secara serius, tidak kira apa pun tumpuannya, semangat  kitasebagai rakyat Malaysia merupakan sesuatu yang benar-benar  menyatukan kita semua,” ujar Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo. “Kami bangga dengan status kami sebagai syarikat tempatan, dan kami telah membuktikannya semenjak dua tahun kebelakangan ini melalui pelbagai  inisiatif  dalam segmen sasaran utama kami – teknologi, esukan, sukan aktif, muzik dan hiburan – semuanya bertujuan untuk menghubung dan meningkatkan komuniti Malaysia.”

Yoodo menyerap semangat Hari Kebangsaan dan menyeru rakyat Malaysia untuk bangkit dan bersatu menentang ancaman lipas terbang melalui  petisyen dalam talian. Petisyen ini menyeru kesemua spesies lipas terbang untuk mendapat hukuman yang setimpal dengan ‘jenayah’ yang mereka lakukan terhadap rakyat Malaysia. Petisyen ini turut  menuntut hukuman denda RM5,000 atau dua tahun penjara lipas atau kedua-duanya sekali untuk mana-mana lipas yang berani terbang ke muka sesiapa sahaja. Sebagai ganjaran, penandatangan petisyen yang berani berpeluang memenangi barang-barang eksklusif anti-lipas Yoodo yang merupakan t-shirt, pelekat dan beg tote.

‘Not Your Normal Merdeka Ad #yoonity’ adalah cara Yoodo yang unik dan menghiburkan untuk menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia bersatu demi  tujuan yang sama. Sama ada ia mengenai lipas terbang atau makanan tempatan kegemaran, kita boleh bersatu dalam pelbagai cara. Merdeka ini, kami ingin menumpukan kepada ikatan tersebut untuk Malaysia yang lebih bersatu,” sambungnya.

Yoodo juga melancarkan peraduan Instagram dengan AR filter khas yang bertemakan lipas terbang. Untuk menyertainya, peserta perlu membuat hantaran Instagram story menggunakan filter tersebut,  tag @yoodomy  dan serta tanda pagar #yoonity, dan pastikan akaun anda berada pada tetapan umum. 20 pemenang akan memenangi barangan eksklusif #yoonity sepanjang  peraduan berlangsung bermula daripada 2 hingga 16  September ini.

Dalam pada itu, Yoodo mengadakan promosi 10% pulangan tunai untuk pengguna yang beralih daripada perkhidmatan mudah alih yang lain. Promosi ini  memberikan  pengguna Yoodo pulangan tunai sehingga RM50 untuk tiga pembaharuan pelan. Jumlah tersebut akan dikreditkan ke dalam Yoodo Wallet pengguna untuk pembelian seterusnya.

Untuk menonton video Not Your Normal Merdeka Ad #yoonity  dan menandatangani petisyen, sila layari laman sesawang www.yoodo.com.my/yoonity.

Panggilan Yoodo Untuk #Yoonity Menentang Lipas Terbang
© 2023 BlackButterfly DesignArts