Kerja membersih telah memperoleh erti yang baharu sejak penularan wabak COVID-19, termasuk pada saat ini meskipun pemberian vaksin sedang berleluasa di seluruh negara. Ramai yang telah memastikan semburan penyahjangkit disimpan di rumah agar kediaman kita dapat dilindungi daripada ancaman kuman dan pelbagai mikrob. Tapi apakah masalahnya?
“Ramai yang membersih dengan cara yang salah,” ujar Li Bo, Jurutera Aplikasi Serantau bagi Divisyen Solusi Komersial. “Kebanyakan kita tidak sedar bahawa istilah membersih, menyahjangkit, dan mensanitasi mempunyai makna yang berbeza dan setiap satu daripadanya mungkin melibatkan penggunaan produk-produk yang berbeza serta membuahkan hasil yang berbeza kepada permukaan yang diaplikasikan.”
Secara anekdot menerusi perbualan yang dibuat dengan para pelanggan, 3M telah mendapati bahawa rata-rata pengguna sebenarnya mungkin tidak berjaya mengecapi hasil penyahjangkitan yang mereka inginkan. Malangnya, teknik “sembur dan lap serta merta” hanya mampu membuang kotoran atau habuk yang jelas kelihatan pada sesuatu permukaan. Jadi, kita haruslah membetulkan istilah kerja-kerja membersih yang kita gunakan:
Setelah pengambilan vaksin menjadi lebih berleluasa dan SOP juga dilonggarkan, maka bilangan individu yang mengunjungi rumah anda juga mungkin akan meningkat. Oleh itu, anda haruslah meminimumkan risiko berlakunya pencemaran pada mana-mana permukaan di kediaman anda. Ia boleh dilakukan dengan:
Pertama sekali, bersihkan kotoran atau habuk menggunakan span penyental kalis calar seperti Scotch-Brite® Scrub Sponge untuk menyental dan mengelap permukaan yang diinginkan sehingga bersih.
Kemudian, gunakan semburan penyahjangkit seperti 3M™ TB Quat Disinfectant Ready-To-Use Cleaner yang telah diluluskan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (US EPA), atau badan tempatan yang setara dengannya untuk memastikan ia berkesan dalam melawan virus. Produk-produk yang diluluskan oleh US EPA lazimnya memaparkan nombor pendaftaran EPA pada labelnya dan label produk juga sepatutnya menyenaraikan virus-virus yang dapat dibasmi oleh produk berkenaan.
“Sebelum melakukan kerja-kerja penyahjangkitan, pengguna harus membaca dan mematuhi langkah yang digariskan pada label produk. Ia mungkin mengandungi butiran penting yang kebanyakan kita sering terlepas pandang,” jelas Li Bo. “Apa yang ramai individu tidak sedar adalah, untuk menjamin keberkesanan produk penyahjangkit yang digunakan, bahan kimia ini perlu dibiarkan untuk tempoh tertentu setelah ia disemburkan pada sesuatu permukaan, lazimnya disebut sebagai tempoh tunggu atau ‘dwell time’,”
Tempoh tunggu sesuatu produk mungkin berbeza daripada yang lain, justeru arahan pada label produk menjadi lebih mustahak untuk dibaca.
“Kebanyakan kita juga lazimnya menggunakan bahan penyahjangkit dalam kuantiti yang sangat kecil. Untuk memastikan permukaan yang disasarkan dinyahjangkit dengan sebetulnya, seluruh permukaan tersebut haruslah dibasahkan dengan bahan ini,” tambah Li Bo.
Setelah tempoh tunggu telah tamat, gunakan kain mikrofiber untuk mengelap seluruh bahan penyahjangkit tadi.
“Kerja pembersihan dan penyahjangkitan dapat dilakukan dengan betul hanya bila langkah-langkah ini patuhi. Dengan membiasakan amalan yang mudah ini, anda boleh melindungi diri dan keluarga anda,” simpul Li Bo.