Keahlian Menyeluruh Membolehkan Para Pelanggan Menikmati Diskaun 25%
Kuala Lumpur, 1 December 2021 – Dine-in kini kembali dan begitu juga tawaran eksklusif dan menarik yang disajikan oleh foodpanda Malaysia! Dengan pelancaran pandapro tahun ini, ahli-ahli kini boleh menikmati diskaun sebanyak 25% untuk Dine-in dari mana-mana restoran rakan kongsi yang terpilih.
Mengulas mengenai pelan eksklusif langganan bulanan ini pada pelancaran eksklusif tersebut, Jay Ar Juan, Pengarah Komersial, foodpanda Malaysia berkata, pandapro bukan sahaja mempromosikan penjimatan yang lebih besar, ia juga mempromosikan gaya hidup dan pengalaman yang unik. Tawaran baharu ini merupakan sebahagian daripada insiatif foodpanda untuk membantu para penjual menjadikan Dine-in lebih menarik dan mendorong lebih ramai pengunjung ke restoran. “Matlamat kami ingin membantu memulihkan semula ekonomi, terutamanya pada waktu sekarang, di mana rakyat Malaysia kini sudah boleh bergerak seperti sedia kala dan kembali kepada rutin Dine-in. Kami ingin memastikan mereka mendapat pengalaman terbaik dan tiada cara yang lebih bagus untuk melakukannya melainkan dengan pelbagai tawaran eksklusif. Kami percaya bahawa adalah penting bagi kami untuk bersatu sebagai rakyat Malaysia untuk membantu antara satu sama lain pada saat-saat genting.”
pandapro kini boleh didapati di seluruh negara, sementara Dine-in kini dibuka kepada para pelanggan di lokasi-lokasi terpilih.
“Dengan harga RM14.90 sebulan untuk masa terhad, kami telah berusaha untuk memastikan pandapro mampu untuk dinikmati oleh semua. Selain itu, pandapro juga boleh didapati dalam pelan jangka panjang untuk lebih penjimatan, dengan hanya RM13.50 sebulan untuk tempoh 6 bulan atau RM11.90 sebulan untuk pelan selama 12 bulan. Melalui pelan langganan mampu milik ini, kami berharap dapat mempertingkatkan pengalaman kesemua pengguna foodpanda, dari penghantaran makanan dan perkhidmatan pengambilan ke kedai-kedai foodpanda, pandamart dan juga Dine-in,” tambah Jay Ar.
Pada majlis pelancaran tersebut, Jay Ar mengumumkan foodpanda akan melancarkan jualan istimewa sehingga diskaun sebanyak 74% bermula daripada 1 hingga 15 Disember 2021 untuk pelan jangka panjang. Sepanjang tempoh ini, pelan langganan pandapro selama 6 bulan hanya RM12.50 sebulan dan RM7.90 sebulan untuk pelan 12 bulan. Harga sebenar pandapro untuk sebulan ialah RM29.90.
Jay Ar turut berkongsi, “Kami sedang bekerjasama dengan lebih ramai rakan kongsi untuk memperkenalkan pelbagai pilihan kepada pelanggan pandapro untuk masa hadapan dan berharap dapat memberikan pengguna-pengguna kami lebih banyak faedah yang akan memberi manfaat kepada mereka serta rakan kongsi kami. Dengan apa yang kami lakukan ini, kami percaya ia memberikan kemudahan tambahan kepada para pengguna dengan hanya beberapa klik.”
Buat masa ini, pandapro merupakan program Dine-in terbaik di Malaysia dengan lebih 700 restoran. Para pengguna boleh menebus diskaun sebanyak 25% untuk maksimum tiga kali bagi setiap kedai sebulan dan sekali untuk setiap kedai sehari. Selain itu, tawaran tersebut adalah sah selama 7 hari seminggu pada bila-bila masa sepanjang waktu operasi restoran kecuali pada cuti umum terpilih.
Antara restoran popular yang terdapat di pandapro termasuklah The Majapahit Restaurant & Bar, Pier 12, Powerplant, Jaan @ Four Points By Sheraton dan The Spread @ The Gardens Hotel. Selain itu, para pelanggan juga boleh menikmati makanan dan minuman kegemaran masing-masing daripada rangkaian restoran popular seperti Chatime, Dave’s Deli, Pasta Panas dan banyak lagi.
Selain diskaun sebanyak 25% untuk Dine-in, pandapro juga menawarkan diskaun eksklusif kepada ahli-ahli sebanyak 15% ke atas, selain diskaun biasa yang diberikan untuk penghantaran daripada lebih 20,000 restoran rakan kongsi yang terpilih dalam foodpanda. Mereka juga akan menikmati 12 penghantaran percuma untuk pesanan melebihi RM25 dan diskaun tambahan 5% untuk pesanan Pick-Up serta dua baucar diskaun 20% untuk pesanan pandamart dan shops.
Dapatkan semua tawaran hebat ini dengan melanggan pelan baharu pandapro sekarang. Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang pandapro.