Perisian peneraju industri, PAN-OS, yang baru dipertingkatkan guna pengkomputeran awan untuk mengesan ancaman evasif dengan lebih pantas dan berkesan berbanding sebarang perisian yang terdapat di pasaran sebelum ini
Kuala Lumpur, 16 Februari 2022 — Palo Alto Networks (NASDAQ: PANW), yang telah 10 kali menjadi peneraju network firewalls, hari ini mengumumkan Nebula, iaitu peningkatan terkini bagi perisian PAN-OS syarikat tersebut yang merupakan peneraju industri, untuk membantu mengesan serangan hari sifar (zero-day) yang evasif dan boleh melumpuhkan organisasi, dan menghentikan serangan tersebut dengan serta-merta.
PAN-OS® 10.2 Nebula mengumpul, menganalisis dan mentafsirkan kemungkinan ancaman hari sifar (zero-day) pada masa nyata dengan menggunakan Inline Deep Learning — yang julung kali diperkenalkan dalam bidang keselamatan rangkaian. Hasilnya adalah pencegahan enam kali lebih pantas dan pengesanan 48% lebih banyak ancaman evasif, yang mengatasi mana-mana perisian yang terdapat sebelum ini. Nebula juga memperkenalkan AIOps — perkhidmatan keselamatan Palo Alto Networks yang ke-10 — dan perkhidmatan Advanced Threat Prevention baharu, pada masa yang sama meningkatkan Advanced URL Filtering, DNS Security, IoT Security dan perkhidmatan keselamatan lain yang berkaitan.
“Sebelum ini, serangan siber negara bangsa dianggap sebagai jenis serangan termaju yang paling jarang berlaku. Bagaimanapun, hari ini, semua jenis penyerang mempunyai senjata termaju di hujung jari mereka, oleh itu setiap organisasi harus menganggap bahawa mereka akan menjadi sasaran serangan tahap negara bangsa,” kata Lee Klarich, ketua pegawai produk, Palo Alto Networks. “keselamatan rangkaian moden memerlukan pendekatan yang benar-benar baharu. Hari ini, Palo Alto Networks telah membawakan pendekatan baharu tersebut dalam ML-Powered Next-Generation Firewalls dengan memanfaatkan kuasa pemprosesan awan untuk mengupayakan Deep Learning Inline. Kami percaya bahawa inilah caranya keselamatan rangkaian akan dilaksanakan pada masa akan datang.”
“Dalam tahun 2021, lebih daripada 10,000 kes keselamatan siber telah dilaporkan di Malaysia, di mana penipuan, cubaan menceroboh dan kod hasad merupakan tiga ancaman utama. Oleh kerana penyerang siber kini menggunakan teknologi yang lebih terkini dan maju, setiap organisasi harus membuat anggapan bahawa mereka berkemungkinan menjadi sasaran bagi sebarang serangan siber. Pendekatan yang terkini adalah perlu dalam menghadapi ancaman ini.” kata David Rajoo, Ketua Kejuruteraan Sistem, Palo Alto Networks, Malaysia. “ Kami telah membawakan pendekatan baharu tersebut melalui ML-Powered Next-Generation Firewalls dengan memanfaatkan kuasa pemprosesan awan untuk mengupayakan Deep Learning Inline. Kami percaya bahawa inilah caranya keselamatan rangkaian akan dilaksanakan pada masa akan datang”
Perkhidmatan keselamatan yang ditambah dan dipertingkatkan termasuklah:
“Pendekatan keselamatan lazimnya terlalu bergantung kepada keadaan di mana mangsa awal dieksploitasikan. Namun begitu, dalam situasi masa kini di mana penyerang siber begitu tangkas dan cekap, organisasi memerlukan pencegahan masa nyata untuk melindungi persekitaran mereka,” kata John Grady, penganalisis kanan di Enterprise Strategy Group (ESG). “Palo Alto Networks menyedari isu-isu ini dan sedang meluaskan keupayaan pembelajaran mesinnya dengan meletakkan pengesanan Deep Learning Inline untuk mencegah serangan sebelum sempat ia menjejaskan mangsa pertama.”
“Platform berasaskan Machine Learning oleh Palo Alto Networks yang merupakan peneraju industri ini menggunakan teknik yang membantu pelanggan menangani ancaman yang canggih dan memenuhi keperluan dari hujung ke hujung di serata keselamatan network, endpoint, dan cloud. Syarikat ini membolehkan perusahaan melangkaui perlindungan ancaman yang biasa dengan membina kedudukan dan daya tahan keselamatan yang mantap,” kata Rajarshi Dhar, penganalisis industri, Frost & Sullivan.
Ketersediaan
Kami menjangkakan bahawa semua firewalls yang sedang dalam penghantaran pada ketika ini akan dapat dipertingkatkan kepada Nebula mulai Mac. Sesetengah ciri memerlukan langganan perkhidmatan keselamatan tertentu.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai PAN-OS 10.2 Nebula boleh didapati di sini, atau sertai acara pelancaran maya mulai 22 Mac untuk mengetahui dengan lebih lanjut.