Pakar Pemakanan Lancar Resepi Sihat Yang Diinspirasikan Dari Makanan Kegemaran Tempatan

KUALA LUMPUR, 26 OGOS 2021 – Tiga pakar pemakanan dari farmasi preskripsi terbesar di Malaysia, Farmasi Alpro, telah bergabung untuk melancarkan resepi hidangan sarapan tempatan yang lebih sihat diinspirasikan dari makanan kegemaran tempatan.
Inisiatif dari pakar nutrisi dan pemakanan dari Farmasi Alpro bertujuan untuk mendorong lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengamalkan pemakanan yang lebih sihat dan mereka telah men tiga sarapan kegemaran rakyat Malaysia yang amat unik, iaitu roti canai sarang burung, tosai dan mee kolo Sarawak.

Pengarah Jenama, Promosi dan Pemasaran Dagangan Alpro, Lee Yin Chen berkata, “Bukan rahsia lagi yang rakyat Malaysia memang gemar mencuba makanan-makanan tempatan. Namun begitu, orang ramai haruslah lebih peka terhadap peningkatan kadar obesiti di Malaysia terutamanya di sebalik pandemik Covid-19 ini,” kata Chen.

“Malaysia mempunyai antara kadar obesiti yang tertinggi di benua Asia dan ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk tabiat pemakanan yang tidak seimbang, kekurangan aktiviti fizikal dan pengamalan gaya hidup yang kurang aktif dalam kalangan masyarakat. Menerusi kempen Championing A Healthy and Vibrant Malaysia , kami berharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat untuk mengamalkan pemakanan yang lebih seimbang dan gaya hidup yang aktif,” tambah beliau.

Roti ‘Wholemeal’ Sarang Burung oleh pakar pemakanan Nor Anieza binti Abas

Pakar Pemakanan Lancar Resepi Sihat Yang Diinspirasikan  Dari Makanan Kegemaran Tempatan

Diinspirasikan dari hidangan ‘roti canai sarang burung’ yang tular di media sosial pada tahun yang lepas, pakar diet Nor Anieza binti Abas telah mencipta resepi ‘Roti Wholemeal Sarang Burung’ dengan memberikan sentuhan yang lebih sihat dan kurang lemak. Dengan menggantikan roti canai dengan roti mil penuh ataupun wholemeal, Nor Anieza telah menyediakan hidangan sarapan yang rendah kalori dan kurang lemak,sesuai untuk semua golongan masyarakat.
“Resipi mudah dibuat ini mengandungi jumlah kalori yang lebih rendah jika dibandingkan dengan ‘roti canai sarang burung’. Saya juga telah menggunakan bahan-bahan yang mudah diperoleh dalam mencipta resipi ini bagi memudahkan semua orang untuk mencuba hidangan ini di rumah,” kata Anieza.

Pakar Pemakanan Lancar Resepi Sihat Yang Diinspirasikan Dari Makanan Kegemaran Tempatan

‘Thosai Diet Sihat’ oleh pakar pemakanan Deva Bhargunan

Pakar Pemakanan Lancar Resepi Sihat Yang Diinspirasikan Dari Makanan Kegemaran Tempatan

Thosai adalah hidangan sarapan yang terkenal di Malaysia dan ia biasanya dihidangkan bersama kari dan chutney. Mudah didapati di kebanyakan restoran India dan gerai mamak, pakar pemakanan Deva Bhargunan telah mencipta ‘Healthy Diet Thosai’, sebuah versi thosai yang lebih sihat dan mengandungi karbohidrat yang lebih rendah. Untuk resepinya, Deva telah menggantikan tepung beras dengan supplemen pemakanan ‘Metabolic Sauver’ yang membantu mengawal kadar gula dalam darah untuk pesakit diabetes.
“Antara faktor utama penyakit kencing manis yang tidak terkawal makin berleluasa dalam kalangan masyarakat adalah disebabkan oleh pengambilan karbohidrat yang berlebihan dalam kehidupan seharian kita. ‘Healthy Diet Thosai’ adalah pilihan yang mesra diabetes kerana tepung beras telah digantikan dengan serbuk Metabolic Sauver yang membantu meningkatkan kepekaan insulin dan mencegah lonjakan gula dalam darah,” kata Deva.

Pakar Pemakanan Lancar Resepi Sihat Yang Diinspirasikan Dari Makanan Kegemaran Tempatan

‘Mee Kolo Ayam’ oleh pakar pemakanan Ivy Hew

Pakar Pemakanan Lancar Resepi Sihat Yang Diinspirasikan Dari Makanan Kegemaran Tempatan

Berasal dari ‘Bumi Kenyalang’, Mee Kolo adalah hidangan mi kering yang digemari ramai di rantau Borneo. Demi mencipta resepi Mee Kolo yang lebih sihat dan juga mesra Muslim, pakar pemakanan Ivy Hew telah memilih untuk hanya menggunakan bahan-bahan yang sihat seperti dada ayam (daging tanpa lemak), sayur bak choy, lobak merah dan juga minyak zaitun dalam resepinya.

“Idea di sebalik resipi ini adalah untuk mencipta hidangan Mee Kolo yang lebih seimbang dari segi nutrisi dan bersesuaian dengan nisbah Quarter-Quarter Half ataupun ‘Suku-Suku-Separuh’ yang disyorkan pakar. Saya juga menggunakan minyak zaitun sebagai asas hidangan ini untuk menyediakan versi Mee Kolo yang lebih sihat,” kata Ivy.

Pakar Pemakanan Lancar Resepi Sihat Yang Diinspirasikan Dari Makanan Kegemaran Tempatan

Dengan misi untuk menyediakan produk, perkhidmatan dan nasihat penjagaan kesihatan profesional demi kesejahteraan masyarakat, Alpro berharap untuk terus mencetus impak positif di tanah air melalui pelbagai inisiatifnya.

“Kami berharap untuk memanfaatkan jangkauan atas talian dan rangkaian lebih dari 140 cawangan di seluruh negara demi memupuk sebuah komuniti yang sihat dan sejahtera. Kami juga mempunyai kumpulan pakar sedia ada yang menawarkan nasihat pemakanan dan konsultasi diet secara percuma di semua cawangan dan juga melalui laman Facebook kami. Orang ramai juga boleh menghubungi pihak kami untuk konsultasi percuma di talian 019-7021923 atau 019-6129006,” tambah Chen.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai resipi makanan sihat Alpro yang akan datang dan untuk mendapatkan suplemen dan produk kesihatan yang selamat dan berkualiti tinggi, sila kunjungi laman web Alpro, www.alpropharmacy.com.

© 2023 BlackButterfly DesignArts