Pakar Hiasan Rumah Terkemuka Malaysia The Makeover Guys Melancarkan Inisiatif Penjenamaan Semula

Tema rekaan dalaman yang baru untuk tempoh terhad “Seriously Cereal” turut diperkenalkan sempena dengan pembaharuan jenama

Kuala Lumpur, 9 Februari 2022 – The Makeover Guys (TMOG), penyedia perkhidmatan hiasan rumah yang terkemuka di Malaysia telah melancarkan identiti visual baharu dalam usaha penjenamaan semula syarikat bagi menampilkan usaha TMOG dalam meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan. Inisiatif penjenamaan semula ini turut disertai dengan pelancaran “Seriously Cereal”, tema rekaan dalaman dalam tempoh yang terhad yang hanya ditawarkan kepada pelanggan sehingga 30 April 2022.

Sejak TMOG mula dilancarkan pada tahun 2015, syarikat teah membantu lebih 4,000 orang pemilik rumah untuk mengubah kediaman mereka menjadi unit yang dihias oleh pereka hiasan dalaman melalui pengubahsuaian pintar yang menggunakan formula yang mengimbangi nilai estetika dan ciri praktikal sebuah ruang dalaman. Perkhidmatan mesra bajet yang ditawarkan oleh syarikat sentiasa membantu para pelabur hartanah memperoleh kadar sewa dan hasil yang lebih tinggi untuk unit-unit mereka. Selain itu, TMOG menawarkan rekaan hiasan semula rumah “berkualiti Instagram” pada kadar yang mampu untuk pemilik kediaman yang tinggal di rumah mereka sendiri. TMOG juga terkenal dengan proses pengubahsuaian rumah tanpa masalah dalam masa 30 hari berbanding tempoh berbulan-bulan yang diambil oleh syarikat hiasan semula yang lain.

The Makeover Guys Logo
Logo baru The Makeover Guys menarik perhatian lebih ramai pengguna menerusi maskot lebih mesra dan menyeronokkan.

Pelaksanaan penjenamaan semula TMOG juga termasuk logo baharu yang menampilkan maskot yang lebih mesra dan menyeronokkan bertujuan menarik minat pemilik rumah muda. Warna kuning telah dipilih sebagai warna hero yang baharu untuk mewakili syarikat. Melalui maskot, warna dan identiti visual yang baharu, TMOG membawakan pendekatan jenama yang kreatif, memiliki reka bentuk, menyeronokkan dan menarik.

“Perkhidmatan dan produk kami sentiasa direka untuk mencerminkan The Makeover Guys sebagai sebuah syarikat hiasan semula kediaman yang mampu milik dan boleh dipercayai. Kami juga mengutamakan pengalaman tanpa masalah yang dipacu oleh teknologi menerusi platform reka bentuk pengalaman pelanggan (CX) kami. Selepas mendapat kepercayaan dalam industri dan jumlah pelanggan yang semakin meningkat, syarikat memerlukan imej baharu untuk mencerminkan keupayaan kami membuat inovasi dan menyesuaikan diri untuk berubah terutama sekali dalam tempoh selepas pandemik,” kata Gavin Liew, Rakan Pengurus dan Pengasas Bersama The Makeover Guys.

Pendekatan Organik ‘Seriously Cereal’

Sempena dengan inisiatif penjenamaan semula, TMOG memperkenalkan tema reka bentuk dalaman “Seriously Cereal” edisi terhad yang diilhamkan oleh elemen-elemen semula jadi dan organik dalam reka bentuk tema. Tema ini memberi penekanan terhadap warna-warna semula jadi dan mesra seiring dengan trend reka bentuk dalaman global masa kini.

Seriously Cereal menampilkan tona warna termasuk warna coklat seperti bijirin, warna beige seperti rumput pampas dan warna-warna semula jadi yang lain. Pada masa yang sama, TMOG turut menggabungkan perabot organik dengan bentuk yang unik sebagai penampilan menarik yang mewakili jenama TMOG.

Pemilik kediaman yang memilih tema rekaan dalaman Seriously Cereal akan menerima pengubahsuaian bagi dinding utama, perabot, hiasan rumah, lantai, katil dan peralatan tidur, langsir, kabinet dan bahagian dapur serta lampu dan kipas.

“Menerusi pemerhatian terhadap trend global, kami mendapati gaya hiasan kini lebih menjurus kepada pilihan warna yang lebih inklusif dan reka bentuk masa hadapan. Langkah seterusnya bagi The Makeover Guys adalah memberi tumpuan kepada mencipta tema baharu yang neutral jantina, berfokuskan kedamaian dan mesra alam. Pengguna kini semakin mendekati alam semula jadi dan perubahan gaya hidup ini akan membuatkan mereka memilih ruang kediaman tenang dan santai yang meraikan kehidupan yang lebih ringkas,” tambah Gavin lagi.

Seriously Cereal akan menjadi tema baharu yang menarik dalam pelbagai pilihan reka bentuk hiasan dalaman yang ditawarkan oleh TMOG untuk para pemilik kediaman hari ini. Antara pilihan tema reka bentuk lain yang ditawarkan termasuklah Odette, Symphony, Bold Latte, Muji, Executive, Urban Zen, Minimalist Grey dan Urban Chic.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang The Makeover Guys, sila layari www.themakeover.my.

© 2023 BlackButterfly DesignArts