Memperkenalkan Pil Tunggal dengan Dua Bahan Aktif untuk Meningkatkan Kepatuhan Pada Rawatan dan Membantu Pesakit Mencapai Matlamat Rawatan Kolesterol LDL, Dilancarkan Sempena Hari Jantung Sedunia
Kuala Lumpur, 1 Oktober 2024 – Organon, sebuah syarikat penjagaan kesihatan global, dengan bangganya mengumumkan pelancaran RosuZet®, terapi kombinasi dos tetap 2-dalam-1 yang berfungsi untuk menurunkan kolesterol LDL (LDL-C). RosuZet® menggabungkan dua bahan aktif, rosuvastatin dan ezetimide ke dalam satu pil, dengan mekanisme tindakan yang saling melengkapi untuk menghalang penyerapan kolesterol dan biosintesis kolesterol, justeru menyediakan pilihan rawatan yang berkesan untuk membantu pesakit mencapai matlamat rawatan LDL-C. 1
Pelancaran ini yang dijadualkan bersempena dengan Hari Jantung Sedunia, disasarkan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan memantau paras LDL-C dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Bilal Somra, Pengarah Eksekutif dan Ketua Negara Pengasas bagi Organon Malaysia, menyatakan semangat syarikat untuk memperkenalkan RosuZet® sebagai terapi inovatif. Terapi ini menunjukkan keupayaan untuk menurunkan paras LDL-C dengan lebih intensif berbanding monoterapi statin, di samping mengekalkan profil keselamatan yang sesuai.[1]
“Pelancaran RosuZet® adalah sejajar dengan misi Organon untuk menyediakan ubat-ubatan yang berkesan untuk mereka yang ingin mencapai tahap kesihatan yang baik setiap hari. Kami teruja untuk menawarkan rawatan yang bukan sahaja berkesan tetapi lebih boleh diterima oleh pesakit yang menghadapi kesukaran mengawal paras LDL-C yang tinggi,” kata Bilal.
“Pelancaran RosuZet® bersempena dengan Hari Jantung Sedunia bertujuan untuk memberi peringatan kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang berumur 40 tahun ke atas, untuk mengekalkan tahap LDL-C mereka,” tambah Bilal.
RosuZet® boleh didapati dengan preskripsi doktor di klinik GP, hospital dan farmasi berdekatan anda. Adalah disyorkan untuk berunding dengan doktor anda untuk rawatan yang sesuai jika anda mengalami hiperlipidemia.
[1] ROSUZET® Prescribing Information. Organon (Malaysia), [13 June, 2023]