Oldtown White Coffee Meraikan Warisan Dengan Penawaran Baharu

Menghormati warisan dengan penampilan segar dan pengenalan perisa terbaharu

Kuala Lumpur, 15 Disember 2022 – Jenama kopi putih tempatan kegemaran rakyat Malaysia, OLDTOWN, meraikan warisan dengan penampilan logo dan reka bentuk pek yang baharu. Setiap pek OLDTOWN White Coffee kini menampilkan ilustrasi terkini yang menggambarkan Bandaraya Ipoh zaman dahulu. Logo ini bertujuan untuk memperingati tempat lahirnya jenama OLDTOWN White Coffee yang masih dihasilkan di Ipoh sehingga hari ini.

Selain daripada reka bentuk pek yang diperbaharui, OLDTOWN meraikan keunikan citarasa rakyat Malaysia dengan pengenalan perisa terbaharu, OLDTOWN White Coffee Perisa Karamel Masin dan perisa yang diinspirasikan sajian kopi di kopitiam, OLDTOWN Smooth Roast Kopi Kurang Gula.

Fiona Tan, Pengurus Besar, JACOBS DOUWE EGBERTS Malaysia (JDE) berkata, “Jenama OLDTOWN mementingkan warisan dan budaya, namun seni ciptaan Kopi Putih kami sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman untuk memenuhi kehendak semasa. OLDTOWN White Coffee kekal menggunakan resipi ‘3-bean-blend’ dan hari ini, kami teruja untuk memperkenalkan OLDTOWN White Coffee Perisa Karamel Masin yang menambahkan lagi tawaran Kopi Putih kami dengan perisa kontemporari yang pasti menjadi kegemaran ramai.”

OLDTOWN Smooth Roast Kopi Kurang Gula turut mengujakan dengan penggunaan serbuk kopi mikro untuk menghasilkan perisa asli kopi ‘kopitiam’ yang disempurnakan lagi dengan lapisan crema seperti kopi yang dibancuh di kopitiam.

Pilihan perisa OLDTOWN White Coffee yang pelbagai boleh didapati di semua pasaraya utama di seluruh Malaysia. Pengguna juga boleh membeli secara dalam talian melalui Kedai Utama OLDTOWN di Shopee dan Lazada. Untuk meraikan era baharu ini, OLDTOWN akan memberikan Pek Percubaan OLDTOWN secara percuma berserta diskaun 20% dengan pembelian pek kopi campuran OLDTOWN terpilih melalui cawangan[1] dan kedai dalam talian[2]yang terpilih. Promosi ini berlangsung hingga 31 Disember 2022, sementara stok masih ada.

“Di Asia, makanan dan minuman memainkan peranan yang penting dalam warisan dan budaya kita. Kita percaya bahawa masa perlu diluangkan untuk menghasilkan hidangan yang sempurna dan ia sudah menjadi tradisi untuk berkumpul sesama keluarga dan sahabat sambil menikmati keenakan juadah yang dihidang. OLDTOWN berbesar hati untuk memastikan rasa makanan dan minuman lokal kekal relevan pada masa kini dan kami sentiasa berusaha untuk mencipta produk mengikuti perkembangan zaman yang mencerminkan budaya tempatan – inilah yang menjadikan OLDTOWN jenama kopi asli yang sebenar,” kata Fiona.

Untuk maklumat lanjut tentang OLDTOWN, produk, informasi terkini, dan promosi, sila layari  laman web rasmi OLDTOWN atau Halaman Facebook OLDTOWN


[1] Dapatkan 2 Pek Percubaan OLDTOWN (terdiri daripada 2x uncang kopi) dengan setiap pembelian 1 pek OLDTOWN White Coffee (15s), OLDTOWN Milk Tea (13s), atau Nan Yang Kopi O (20s) di outlet yang mengambil bahagian.

[2] Beli mana-mana 2 pek OLDTOWN White Coffee Salted Caramel Flavoured atau OLDTOWN Kopitiam Creations Smooth Roast Kopi Less Sugar dari OLDTOWN White Coffee Lazada atau Shopee flagship store dan nikmati diskaun 20%.

© 2023 BlackButterfly DesignArts