OGAWA Malaysia Melangkah Masuk Ke Tahun Baru Dengan Pembukaan Semula Kedai Konsep Smart Retail

OGAWA mempersonifikasikan kecanggihan dan inovasi dengan pembaharuan identiti jenama dan kedai konsep pintar di Mid Valley Megamall.

Kuala Lumpur, 10 Disember 2021 – Tahun baharu yang akan tiba mendatangkan peluang untuk perniagaan membina semula demi memenuhi keperluan semasa khalayak ramai. Berbekalkan pengetahuan hasil pengalaman yang lalu, OGAWA Malaysia berkembang daripada inisiatif semasa mereka untuk menyediakan pengalaman baharu dalam kedai yang sepenuhnya di OGAWA Concept Store di Mid Valley Megamall dengan memperkenalkan hibrid teknologi pintar dan pengalaman gaya hidup yang dipertingkatkan untuk menghasilkan pengalaman dalam kedai yang lebih menarik minat rakyat Malaysia.

Di bawah konsep baharu ini, OGAWA akan menawarkan pilihan teknologi, inovasi, kehidupan global dan tawaran pengalaman terbaik yang sesuai dengan pelanggan zaman moden. Daripada estetika dalaman kedai kepada identiti jenama logo yang dipertingkatkan, OGAWA Concept Store menandakan satu lagi babak transformasi yang mengintegrasikan kehidupan pintar dan pengalaman kedai fizikal yang merealisasikan “Kehidupan Pintar” secara mudah.

Datuk Lim Mee Ling, CEO dan Executive Director OGAWA Malaysia berkongsi bahawa pertimbangan yang mendalam telah diberikan kepada setiap elemen kedai dan jenama, yang kemudiannya diterjemahkan kepada persekitaran membeli-belah yang lebih selesa, lebih pintar dan sihat untuk pelanggan mereka.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan versi terkini kami untuk pengalaman dalam kedai OGAWA. Sebagai jenama Kesihatan dan Kesejahteraan yang terkenal di peringkat antarabangsa yang berkembang pesat pada skala global, peningkatan sebegini melalui reka bentuk dan konsep yang inovatif akan meningkatkan lagi pengalaman pelanggan kami yang mencari mesin urut dan teknologi kesihatan yang berkualiti tinggi.”

Reka bentuk kedai dilengkapkan dengan gabungan teknologi pintar dan pengalaman gaya hidup dengan menggunakan warna mawar keemasan dan putih sebagai warna utama yang dipadankan dengan kombinasi kayu untuk menghasilkan reka bentuk ruang yang seimbang dan harmoni. Penggunaan aliran pancaran cahaya menyerlahkan lagi kualiti produk dan secara semula jadi melembutkan penjuru dinding lalu menghubungkan pelbagai ruang dengan lancar untuk pengalaman yang mengasyikkan buat pelanggan. Lekapan bulat direka dengan paparan yang mempunyai tiga tahap ketinggian untuk menampilkan produk kecil dan ini menyenangkan pelanggan melihat produk yang ditawarkan lalu menggalakkan interaksi langsung dengan produk-produk tersebut. Logo OGAWA juga diberi wajah baharu daripada warna hijau yang sudah pun dikenali kepada warna putih yang sofistikated – mencerminkan ketetapan OGAWA untuk membawa kesejahteraan kepada semua di seluruh dunia.

“Setelah pertimbangan dan penyelidikan yang teliti, kami telah menghasilkan reka bentuk dan konsep dalaman baharu yang menandakan kemodenan dan inovasi dengan elemen utama yang menyampaikan misi dan orientasi kami sebagai peneraju kesihatan global, sambil kekal kepada reputasi kami yang sentiasa mengembangkan teknologi kesihatan dan produk untuk meningkatkan gaya hidup orang ramai di seluruh dunia, untuk hari ini dan hari esok.

“Kami mahu pelanggan kami menikmati kehidupan yang menyenangkan, maju dan sihat apabila mereka berada dalam keselesaan rumah mereka sendiri, tetapi juga dengan integrasi gaya hidup pintar yang wujud dalam setiap isi rumah rakyat kita. Oleh itu, bukan sekadar kedai biasa, di OGAWA Concept Store, kami mencipta persekitaran yang selesa lagi futuristik di mana apabila mereka melangkah masuk ke kedai kami, ia bagaikan melangkah masuk ke rumah sendiri.”

Perkhidmatan pelanggan yang dinaik taraf juga boleh dinikmati apabila anda melawat OGAWA Concept Store dimana ruang eksklusif VVIP didedikasikan khas untuk para pelanggan yang telah lama menyokong jenama ini. Para pelanggan juga boleh merasai produk unggulan OGAWA, Master Drive AI 2.0 yang dibina dengan sehingga 5,184 kombinasi urutan untuk menyediakan penyelesaian kesihatan yang luas, menampilkan Kecerdasan Buatan (AI) termaju termasuk pengecaman muka, Health Tracker and Scanner™, dan Penganalisis Automatik Berkuasa AI yang menggunakan algoritma untuk mengumpul dan mengurus data untuk menyesuaikan kombinasi urut khas buat anda dengan senarai penyelesaian yang diprogramkan untuk menyasarkan bahagian badan yang bermasalah.

Sempena Pembukaan Semula mereka, OGAWA akan menawarkan diskaun eksklusif Krismas dimana pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 50%, dengan pelan 0% sehingga 68 bulan, hanya tersedia di cawangan OGAWA.

Untuk maklumat lanjut mengenai OGAWA Concept Store atau kemas kini terkini, sila layari https://www.ogawaworld.net/.

© 2023 BlackButterfly DesignArts