Lampin yang baru dilancarkan ini ringan, nipis, bebas bahan kimia, mempunyai penyerapan unggul, pengedaran udara yang lebih baik, dan perlindungan anti bocor tiga lapis.
Kuala Lumpur, 20 Ogos 2024 – Offspring Inc., sebahagian daripada Kumpulan SEDANIA, merupakan peneraju produk penjagaan bayi premium yang lestari dengan lebih daripada 170 produk yang menggunakan bahan mesra alam dan pembungkusan boleh terbiodegradasi, serta mempunyai kehadiran runcit yang kukuh di tiga benua, telah melancarkan Lampin FeatherAIR, tambahan terbaru dalam rangkaian lampin bayi yang selamat dan selesa tanpa bahan kimia.
Pelancaran FeatherAIR telah berlangsung di Pavilion Bukit Jalil, bersempena dengan pameran pop-up interaktif jenama itu yang berlangsung selama seminggu di Aras 2, Pavilion Bukit Jalil (berhadapan Tsutaya Books), dari 20 Ogos 2024 hingga 25 Ogos 2024, dari pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.
Lampin inovatif ini, hasil R&D Offspring, hanya setebal 1.5mm dengan kadar penyerapan yang unggul, menampilkan penyerapan sehingga 11X dengan teknologi teras 10-lapisan SapGuard dan 2XSap, menjamin kekeringan 6X dengan perlindungan anti bocor tiga lapis dan pengaliran udara yang lebih baik. Ini menjadikan lampin Offspring FeatherAIR, yang tersedia dalam bentuk seluar dan pita pelekat, sesuai untuk penggunaan siang dan malam. Lebih penting lagi, FeatherAIR juga hipoalergenik, bebas bahan kimia dan klorin, serta disahkan oleh pakar pediatrik dan dermatologi.
Ng Hock Guan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEDANIA berkata, “1 dalam 3 bayi mempunyai kulit sensitif. Kulit bayi adalah rapuh dan kira-kira 30% lebih nipis berbanding orang dewasa, menjadikannya lebih mudah untuk bahan-bahan diserap dan menembusi jauh ke dalam lapisan kulit. Jika penghalang kulit menjadi lemah, kulit boleh menjadi mudah teriritasi kerana imuniti yang lebih rendah. Lampin Offspring FeatherAIR yang baru ini menangani masalah itu dengan penyerapan terbaik dan kekeringan yang tiada tandingan, sambil menawarkan keselesaan yang optimum. Disahkan oleh pakar pediatrik dan dermatologi, ia 100% bebas klorin dan bahan kimia, memastikan keselamatan dan ketenangan minda bagi ibu bapa. Dengan Offspring FeatherAIR yang inovatif, kami sedang mentakrifkan semula standard penggunaan lampin sambil mematuhi piawai etika yang ketat—bebas ujian haiwan dan vegan—untuk memastikan lampin kami lembut dan selamat untuk kulit bayi anda.”
Sementara itu, Offspring turut memperkenalkan Duta Jenama terbarunya, Zahirah MacWilson. “Sebagai seorang ibu, saya sentiasa mencari produk yang bukan sahaja berkesan tetapi juga selamat untuk kulit sensitif anak saya. Offspring FeatherAir telah melangkaui jangkaan saya dengan bahan semula jadi dan formulasi lembutnya. Saya berasa amat lega mengetahui bahawa saya memilih produk yang mesra kepada bayi saya dan juga alam sekitar. Saya juga suka pembungkusan Offspring yang menarik dan mesra pengguna—jelas bahawa jenama ini benar-benar mengambil berat tentang ibu-ibu dan anak-anak mereka,” kata Zahirah.
Sesi perkongsian bersama pakar juga diadakan semasa pelancaran tersebut, di mana pakar-pakar berkongsi testimoni dan pandangan mengenai kekerapan kulit sensitif dalam kalangan bayi baru lahir dan kepentingan menggunakan produk yang betul sedari awal untuk mengurangkan risiko komplikasi kulit. Sepanjang minggu pameran Offspring FeatherAIR Discovery, pelanggan boleh menyertai pameran interaktif Offspring untuk peluang menebus beg hadiah (bernilai RM40) secara percuma, bersama-sama dengan promosi khas yang hanya terdapat semasa pameran.
Dengan pelancaran FeatherAIR, Offspring sekali lagi membuktikan komitmennya untuk memastikan produk yang selamat, lestari dan selesa untuk bayi, termasuk yang mempunyai kulit sensitif. Offspring juga berhasrat untuk memperluas kehadiran runcitnya di Malaysia dan di peringkat antarabangsa, dengan merangkumi lebih banyak titik sentuhan untuk pelanggan.
Rangkaian lampin Offspring FeatherAIR akan tersedia di rangkaian runcit penjagaan diri dan bayi utama seperti AEON, Caring Pharmacy, BIG Pharmacy dan Happikiddo mulai September 2024.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rangkaian baru Offspring FeatherAIR dan produk lain Offspring yang mesra alam, selamat dan mesra bayi, layari www.offspringinc.com atau pasaran e-dagang seperti TikTok, Shopee dan Lazada.