Obesiti Itu Kompleks: Bagaimana Masyarakat dan Pendidikan Pemakanan Boleh Membantu Luigi Gratton, M.D., MPH,Naib Presiden – Kesihatan dan Kesejahteraan, Herbalife

Obesiti Itu Kompleks: Bagaimana Masyarakat dan Pendidikan Pemakanan Boleh Membantu Luigi Gratton, M.D., MPH,Naib Presiden - Kesihatan dan Kesejahteraan, Herbalife

Individu yang mengalami obesiti atau kegemukan hakikatnya menghadapi dua masalah. Bukan sahaja terdapat tanggapan negatif terhadap berat badan berlebihan, tetapi masalah obesiti juga dilihat dari sudut yang terlampau mudah.

Terdapat tanggapan yang salah bahawa punca obesiti adalah disebabkan oleh individu yang mengambil lebihan kalori berbanding yang digunakan, seolah-olah tingkah laku manusia boleh dirumuskan menggunakan persamaan matematik yang mudah. Analisis yang terlalu ringkas ini sebenarnya boleh menimbulkan masalah kerana punca asasnya mungkin kompleks dan sekali gus menafikan kesukaran menguruskan berat badan seseorang.

Jika usaha mengatasi obesiti begitu senang dan mudah untuk dilakukan, mengapa pula obesiti dikatakan sebagai epidemik global yang semakin berleluasa dengan kira-kira lebih 800 juta orang kini menanggung penyakit ini? Di Malaysia sahaja, menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023, lebih separuh daripada rakyat Malaysia mengalami obesiti atau berat badan berlebihan (54.4%) dan hampir 2.3 juta orang dewasa hidup dengan tiga penyakit tidak berjangkit (NCD).

Punca Obesiti Memang Kompleks

Ramai orang mungkin tidak memahami sepenuhnya pelbagai punca yang boleh menyebabkan obesiti. Menurut Teori Sistem Kompleks, fenomena yang terdiri daripada interaksi pelbagai komponen yang tingkah laku dan strukturnya sukar difahami boleh dianggap sebagai sesuatu yang kompleks. Ternyata obesiti adalah sejenis masalah kompleks, dan tindakan meringkaskan puncanya kepada satu sebab boleh menjadikan usaha merawat lebih sukar.

Dengan sebab ini, kita perlu menentukan punca obesiti hingga ke akar umbinya dan meningkatkan kesedaran tentang penyakit ini. Pertubuhan Hari Obesiti Sedunia telah mengenal pasti sembilan punca utama obesiti:

  1. Biologi
  2. Makanan
  3. Risiko Genetik
  4. Kemudahan Penjagaan Kesihatan
  5. Peristiwa Hidup
  6. Pemasaran
  7. Kesihatan Mental
  8. Tidur
  9. Tanggapan Negatif

Bagaimanapun, hanya kerana sesuatu bersifat kompleks tidak bermakna masalah tersebut tidak boleh diatasi. Kerumitan sains memberi kita kaedah untuk memahami perkaitan antara semua faktor dan membolehkan kita berhenti sejenak dan memikirkan tentang pendorong utama yang mungkin berada di luar kelaziman.

Memandangkan obesiti dikaitkan dengan masalah seperti hipertensi dan diabetes, yang merupakan faktor risiko bagi punca kematian utama (penyakit kardiovaskular), kita perlu melihat hubungkait di antara semua faktor ini.

Kita hidup dalam dunia kompleks yang saling berinteraksi antara satu sama lain dan memerlukan pendekatan secara meluas, , termasuk pendekatan global, kerjasama antara bidang, pendidikan pemakanan, dasar yang sesuai dan minda yang peka di mana kita sanggup belajar dan menyesuaikan diri berasaskan bukti..

Peranan Pendidikan Pemakanan Untuk Menentang Obesiti

Obesiti Itu Kompleks: Bagaimana Masyarakat dan Pendidikan Pemakanan Boleh Membantu Luigi Gratton, M.D., MPH,Naib Presiden - Kesihatan dan Kesejahteraan, Herbalife

Sebagai sebuah syarikat, komuniti dan platform kesihatan dan kesejahteraan yang terkemuka, Herbalife memperkasakan individu bagi mendapatkan maklumat yang penting dan sewajarnya tentang pemakanan, kesihatan, dan kesejahteraan. Salah satu cara kami ialah dengan mendidik pengguna tentang kepadatan nutrien.

Konsep kepadatan nutrien, yang mengukur berapa banyak khasiat pemakanan yang anda terima bagi setiap kalori yang diambil, adalah penting untuk diet yang sihat. Perlu diingat, apabila memilih antara dua hidangan makanan dengan jumlah kalori yang sama, satu pilihan boleh membekalkan badan anda dengan protein, serat, lemak sihat, vitamin dan mineral yang kita perlukan setiap hari, manakala pilihan lain mungkin membekalkan kalori kosong daripada gula dan lemak tanpa sebarang nutrien penting.

Walaupun di kawasan yang terdapat kurang bekalan makanan berkhasiat, pemakanan sihat boleh diamalkan dengan membuat keputusan serba maklum yang hanya boleh dipelajari menerusi pendidikan. Perubahan tingkah laku ini membantu masyarakat kita menentang obesiti.

Harus diingat bahawa kesihatan adalah bersifat menyeluruh, dan pemakanan seimbang hanyalah sebahagian daripada usaha untuk menikmati kehidupan yang sihat dan bahagia. Amalan senaman yang konsisten dan sokongan masyarakat juga penting untuk mengurangkan berat badan berlebihan dan meningkatkan tahap kesihatan.

Sokongan Masyarakat Mampu Mendorong Perubahan Bermakna

Dengan mengelilingi diri anda dengan individu yang sentiasa memberikan sokongan, dengan kata lain orang yang juga mahu menjalankan kehidupan sihat, anda boleh meningkatkan peluang untuk mencapai matlamat anda.

Satu kajian yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai Pengurusan Obesiti menggalakkan individu yang mengalami obesiti untuk melakukan aktiviti fizikal sederhana selama 150-300 minit atau senaman fizikal intensif selama 75-150 minit seminggu untuk mengurangkan berat badan. Kajian tersebut mendapati bahawa gabungan aktiviti sederhana dan berat, bersama senaman rintangan dan aerobik, membantu mengekalkan kehilangan berat dan meningkatkan fungsi dan kesejahteraan fizikal.

Obesiti Itu Kompleks: Bagaimana Masyarakat dan Pendidikan Pemakanan Boleh Membantu Luigi Gratton, M.D., MPH,Naib Presiden - Kesihatan dan Kesejahteraan, Herbalife

Pengedar Bebas Herbalife memainkan peranan utama dalam masyarakat mereka, dari segi memberikan motivasi kepada insan lain dan menggalakkan aktiviti fizikal secara berkala. Sebagai pembimbing kepada pelanggan, mereka membantu orang lain membuat pilihan lebih sihat dan meningkatkan kesejahteraan mereka, menggunakan alat, latihan dan bahan yang dibangunkan oleh pakar-pakar kami dalam bidang pemakanan, kesihatan dan kecergasan.

Amalan pemakanan yang baik adalah sangat penting untuk menangani cabaran yang timbul daripada bekalan makanan yang tidak terjamin, termasuk obesiti. Apabila mencari cara untuk membekalkan makanan yang kaya dengan nutrien ke tempat-tempat yang kurang mendapat bekalan makanan berkhasiat, sememangnya sukar bagi makanan segar untuk bersaing dari segi kos berbanding makanan yang diproses.

Untuk membantu menyelesaikan masalah ini, Yayasan Keluarga Herbalife kami menyediakan perkhidmatan kritikal sumber dan kepakaran kepada komuniti di seluruh dunia.

Matlamat kami ialah untuk menyediakan makanan sihat dan pendidikan pemakanan kepada kumpulan penduduk yang memerlukan di seluruh dunia, dengan meningkatkan tahap kesedaran, menyumbang produk kaya dengan nutrien dan bekerjasama dengan rakan-rakan global kami. Di Malaysia, menerusi Program Casa Herbalife, kami berganding bahu dengan Good Samaritan Home, Persatuan Hope Mission Welfare, Pertubuhan Kebajikan Amitabha Malaysia, Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim Miskin Rukaiyah, dan Yayasan Chow Kit untuk menyantuni lebih daripada 2,000 kanak-kanak setakat ini dengan menyediakan pendidikan tentang pemakanan yang baik.

Menerusi pendidikan dan sokongan pemakanan, kami akan terus menangani masalah obesiti dalam masyarakat, dengan membantu setiap seorang pelanggan kami.

© 2024 BlackButterfly DesignArts