Nutox Perkenalkan Rangkaian Youth Restoring Sebagai Penyelesaian Terbaik Untuk Kulit Sensitif

KUALA LUMPUR, 01 April 2020 – Ruam, jerawat dan gatal-gatal adalah sebahagian daripada petanda kulit sensitif. Apabila membabitkan produk penjagaan kulit anti-penuaan yang berkesan, ramai yang tidak memberi tumpuan kepada  masalah kulit yang bertindan. Dengan itu, Nutox kini memperkenalkan Rangkaian Nutox Youth Restoring, penyelesaian revolusioner bagi memenuhi keperluan anti-penuaan dan kulit sensitif. Dengan konsep tiada kompromi dalam satu inovasi, ia mensasarkan dua masalah kulit, diperkaya dengan tiga teknologi anti-penuaan yang menjadi tanda pengenalan Nutox untuk kulit sensitif anda.

Dihasilkan untuk memberi manfaat anti-penuaan yang sama tahapnya dengan produk utama Nutox, barisan baru Nutox Youth Restoring ini meningkatkan penghasilan kolagen dan memperbaiki keanjalan kulit tanpa mencetuskan keradangan kulit, membuatkan ia selamat dan berkesan bagi kulit sensitif. Produk ini diformulasi secara teliti supaya ia hipoalergenik & mempunyai pH seimbang dengan menggandingkan bahan lebih lembut untuk melindungi pertahanan kulit. Diperbuat tanpa pewangi berbahaya, paraben, pewarna dan alkohol, rangkaian Nutox Youth Restoring ini telah menjalani ujian dermatologi untuk melawan tanda anti-penuaan tetapi masih kekal lembut pada kulit.

Rangkaian produk terbaru ini terdiri daripada Nutox Youth Restroring Advance Serum Concentrate yang diperkaya dengan bahan penentang-umur yang boleh meresap jauh ke dalam kulit, memperbaiki struktur kulit dan mempercepatkan penghasilan kolagen dan elastin. Walaupun tekstur serum ini ringan dan cukup lembut, ia juga mampu menyokong keperluan kulit sensitif yang sedang menua, membuatkan kulit ketara lebih lembut, licin dan muda selepas digunakan. Dihasilkan menggunakan teknologi yang menjadi tanda pengenalan Nutox, barisan Nutox Youth Restoring ini mengandungi Oxyfusion dan Actigenic+ sebagai tambahan kepada Kolagen Sarang Burung yang memang banyak manfaatnya.

“Di Nutox, kami sentiasa menginovasi untuk menghasilkan formula yang lebih baik bagi memenuhi keperluan kulit yang berbeza. Untuk memastikan produk penjagaan kulit anti-penuaan boleh dicapai oleh mereka yang mempunyai kulit sensitif, kami teruja untuk melancarkan produk baru kami Rangkaian Nutox Youth Restoring yang menawarkan hasil Nutox yang sama iaitu lembut pada kulit sensitif anda! Kami percaya bahawa kami tidak patut berkompromi dalam soal penjagaan kulit sensitif dan mengekalkan kulit muda dan segar seperti mana kami percaya wanita moden perlu diperkasakan untuk menjalani kehidupan sebaik mungkin tanpa ada kompromi,” kata Vicky Lim, Ketua Pemasaran Tohtonku Sdn Bhd.

Bagi mencerminkan kemampuan barisan produk baru ini menangani dua masalah kulit ini secara serentak tanpa beralah, Rangkaian Nutox Youth Restoring    menegaskan mesej kempen “Tiada Kompromi”, bertujuan untuk memberi inspirasi dan menggalakkan wanita di mana sahaja supaya tidak berkompromi dalam soal nilai diri dan gaya hidup mereka.

Rangkaian Nutox Youth Restoring dipasarkan pada harga runcit RM 39 hingga RM 95.90 dan boleh didapati secara online di Watsons, Guardian dan Lazada. Antara produknya adalah:

Untuk keterangan lanjut dan maklumat terkini mengenai Rangkaian Nutox Youth Restoring, kunjungi www.nutox.my atau lawati laman Facebook di https://www.facebook.com/NutoxStayYoung/.

© 2024 BlackButterfly DesignArts