KUALA LUMPUR, 01 Mac 2021 – Jika terdapat satu perkara yang kebanyakan wanita inginkan ia pastinya kulit berseri, sihat dan lembap. Sebagai penduduk Asia, terdapat satu matlamat tetap untuk mendapatkan kulit yang sihat dan berseri dari dalam. Namun demikian, kebimbangan kulit seperti kulit kusam dan kering, jeragat, pori tersumbat dan lapisan pelindung kulit yang lemah menjadi penghalang dalam mencapai matlamat tersebut. Kini, kesemua kebimbangan itu boleh disingkirkan dengan bantuan rangkaian Nutox Renewing Treatment serba baharu dan dipertingkatkan. Pelancaran semula rangkaian Nutox bagi mencapai keremajaan kulit wajah yang sentiasa berseri dan bersinar ini menampilkan produk-produk terkini yang sesuai untuk semua jenis kulit.
Rangkaian Nutox Renewing Treatment bermatlamat bukan sahaja untuk memperbaharui kulit tetapi pada masa sama meningkatkan penghidratan dan keserian kulit menerusi Actistem Gold Nest dan penemuan ulung teknologi Tri-Lumines Complex™ yang dihasilkan khusus untuk memperbaiki kulit yang kusam.
Setiap produk diformulasi khusus untuk membantu menangani kebimbangan kulit yang berpunca daripada stres, kurang tidur dan terlalu terdedah kepada persekitaran yang memudaratkan kulit. Terdiri daripada ramuan-ramuan terbaik yang bertujuan untuk memperbaharui dan meremajakan kulit anda, rangkaian Nutox Renewing Treatment serba baharu juga bebas daripada kandungan paraben dan bahan pewarna.
Selain itu, dua produk utama rangkaian ini – Moisturising Essence and Ampoule – telah terbukti secara klinikal dan diuji secara dermatologi bagi memastikan kulit lebih sihat, lembut dan lembap kepada semua pengguna.
Dengan kandungan melembap yang terbukti secara klinikal bagi menangani masalah kulit kering, Nutox Renewing Treatment Moisturising Essence menyediakan peningkatan segera kelembapan wajah. Esen ini memberikan kelembapan kulit serta-merta yang bertahan sehingga 72 jam, menyerlahkan dengan jelas wajah yang lebih sihat, kulit lembut dan anjal setelah beberapa penggunaan.
Satu lagi produk utama adalah Nutox Renewing Treatment Ampoule yang berperanan sebagai penyelamat multitugas yang membantu pengelupasan dan memperlusi kulit. Formulanya telah terbukti secara klinikal untuk menyerlahkan kulit yang berseri seawal sapuan pertama. Bukan sahaja ampul berkenaan berfungsi penuh sebagai satu produk lengkap tetapi sistem cecair jernih yang tidak melekit padanya juga meningkatkan penyerapan ramuan aktif yang terkandung dalam rangkaian Nutox Renewing Treatment. Ampul ini terbukti menangani masalah kulit kusam dan kelihatan letih untuk memberikan wajah yang lebih muda, berseri dan bersinar.
Mengenai ramuan-ramuan utama pada rangkaian Nutox Renewing Treatment dan manfaat yang disediakannya, Actistem Gold Nest menggalakkan penghasilan kolagen dalam kulit bagi mempertingkatkan seri wajah. Rangkaian baharu itu juga merangkumi penemuan ulung teknologi Tri-Lumines Complex™ yang dikuasai oleh 3 ramuan yang terbukti secara klinikal sebagai bahan mesra kulit iaitu Betaine, Niacinamide dan Kaviar Limau, masing-masing berperanan dalam melembapkan dan memperbaharui kulit serta menjadikan wajah yang lebih berseri.
Eco-Certified GenencareⓇ, atau lebih dikenali sebagai Betaine, memberikan kelembapan berpanjangan pada kulit serta memperkukuhkan lapisan pelindungan kulit, manakala Niacinamide memperhalusi tekstur kulit dan merapatkan pori-pori kulit. Sementara itu, Kaviar Limau, sejenis AHA, adalah bahan pengelupasan semulajadi yang menyingkirkan sel-sel kulit mati. Produk-produk dalam rangkaian baharu ini menampilkan manfaat penuh ramuan-ramuan tersebut dan saling bersesuaian untuk meningkatkan seri wajah dengan memberikan kelembapan kulit selama 72 jam.
“Sebagai sebuah jenama yang bermatlamat untuk mendefinasikan semula kecantikan menerusi rangkaian produk penjagaan kulit, kami memahami peningkatan trend dalam kalangan pelanggan kami terutamanya apabila ia melibatkan kebimbangan terhadap keadaan kulit dan keinginan untuk mencapai hasil yang sempurna. Prihatin dengan keadaan ini, kami amat teruja untuk memperkenalkan rangkaian Nutox Renewing Treatment yang telah diformulasikan dengan rapi untuk menangani pelbagai isu berkaitan penjagaan kulit, pada masa sama memastikan kulit yang lembap berpanjangan bagi memberikan lebih keyakinan dan seri kepada wanita di mana sahaja mereka berada,” kongsi Vicky Lim, Ketua Pemasaran Tohtonku Sdn Bhd.
Bersempena pelancaran semula, Nutox meraikan rangkaian Renewing Treatment serba baharu dengan menganjurkan majlis pelancaran eksklusif secara dalam talian bagi membolehkan semua pihak menikmati pengalaman unik ini. Pelancaran maya ini terdiri daripada beberapa ruang bagi para tetamu untuk berinteraktif dan meneroka penawaran rangkaian Nutox Renewing Treatment, daripada sebuah terowong teknologi yang memaparkan ramuan-ramuan utama sehingga ke sebuah galeri yang membolehkan anda menyaksikan tindakan rangkaian penjagaan kulit tersebut. Orang ramai dijemput untuk menyertai pelancaran yang menyeronokkan ini dari 9 Mac hingga 4 April 2021 bagi merasai pengalaman yang unik yang disediakan, selain menikmati pelbagai promosi eksklusif dan hadiah menarik dengan mengunjungi laman sesawang boostradiance.nutox.my.
Rangkaian Nutox Renewing Treatment ditawarkan dari harga RM26.90 hingga RM88.90 dan boleh didapati di rangkaian serta gedung online Shopee, Lazada, Watsons dan Guardian. Produk-produk dalam rangkaian Nutox Renewing Treatment terdiri daripada: