Nu Skin Memperkenalkan Program Pengurusan Berat Badan Boleh Diperibadikan Menerusi Program ageLOC® TRME® Dalam Pasaran Malaysia

Direka untuk memperkasakan rakyat Malaysia agar lebih sihat dengan program pengurusan berat badan holistik yang telah wujud selama 20 tahun

Nu Skin Memperkenalkan Program Pengurusan Berat Badan Boleh Diperibadikan Menerusi Program ageLOC® TRME® Dalam Pasaran Malaysia

Kuala Lumpur, 20 Jun 2024 – Meneruskan legasi program pengurusan berat badan holistik Nu Skin yang diiktiraf sejak 2004, daripada Program TRA hingga Program ageLOC® TR90®, kini jenama ini teruja untuk memperkenalkan pula pendekatan yang boleh diperibadikan menerusi Program ageLOC® TRME® yang ditambah baik.

Program TRME baharu ini, singkatan bagi “transform me,” direka untuk membantu anda melakukan perubahan penting semasa transisi ke gaya hidup yang lebih sihat. Program ini bertujuan merevolusikan landskap penjagaan kesihatan serta menetapkan standard baharu terhadap keberkesanan dan penyesuaian aktiviti dalam pengurusan berat badan. Seiring dengan gaya hidup sihat yang semakin diamalkan oleh masyarakat, Program ageLOC® TRME® menawarkan aktiviti bersesuaian yang direka untuk memenuhi keperluan spesifik setiap individu dalam mencapai matlamat kesejahteraan dan berat badan mereka.

Nu Skin Memperkenalkan Program Pengurusan Berat Badan Boleh Diperibadikan Menerusi Program ageLOC® TRME® Dalam Pasaran Malaysia

Program ageLOC® TRME® Nu Skin merupakan program transformasi gaya hidup sihat yang merangkumi suplemen dan shake berasaskan sains, pelan pemakanan seimbang yang mudah diikuti serta cadangan aktiviti senaman untuk gaya hidup aktif, disokong dengan aplikasi mudah alih khusus untuk merekodkan kemajuan pengurusan berat badan. Dengan menyasarkan pelbagai aspek kesihatan, Program ageLOC® TRME® bertujuan membantu individu dalam mencapai matlamat badan idaman mereka serta meningkatkan kualiti hidup.

Ciri dan Teknologi yang Unik

Program ageLOC® TRME® memperkasakan rakyat Malaysia untuk mencorakkan sendiri perjalanan mereka dalam pengurusan berat badan yang sihat, yang mana perjalanan setiap individu adalah unik bak cap jari. “Program ini bukan sekadar untuk memenuhi matlamat tertentu, malah program ini juga mengenai mencipta gaya hidup yang sesuai dengan cara hidup anda,” kata Hendrix Wong, Naib Presiden Operasi Pasaran Nu Skin Malaysia dan Brunei, semasa pelancaran rasmi Program ageLOC® TRME®. Program ageLOC® TRME® menggunakan sains proprietari ageLOC®, pengurusan berat badan yang sihat dengan kecergasan dan ketahanan yang tinggi. 

Sains Di Sebalik ageLOC® TRME® 

Program ageLOC® TRME® menyepadukan teknologi sains yang canggih dengan penjagaan kesihatan yang diperibadikan untuk menawarkan penyelesaian holistik dalam pengurusan berat badan. Melalui proses penyelidikan dan pembangunan yang teliti merangkumi ujian formulasi yang meluas, pemilihan bahan, dan pengesahan klinikal, program ini telah dioptimumkan untuk menjamin keberkesanan dan keselamatan. Kajian klinikal telah dijalankan untuk menilai keberkesanannya, menilai parameter seperti pengurusan berat badan dan perubahan komposisi badan.

“Matlamat kami dalam memperkenalkan Program ageLOC® TRME® ini adalah menawarkan penyelesaian holistik menerusi gabungan teknologi sains yang canggih bersama penjagaan kesihatan yang diperibadikan. Dengan menggabungkan bahan-bahan yang dipilih dengan teliti, sistem yang komprehensif, dan pelan pemakanan sihat yang diperibadikan, kami ingin memperkasakan individu untuk mencapai matlamat pengurusan berat badan mereka sambil menjalani gaya hidup yang mampan,” ujar Shelly Hester, Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan Global. Program ageLOC® TRME® memperkasakan individu untuk mencapai matlamat pengurusan berat badan yang mampan sambil menggalakkan kecergasan dan kesihatan menyeluruh.

Pelan Pemakanan ageLOC® TRME® 

Nu Skin Memperkenalkan Program Pengurusan Berat Badan Boleh Diperibadikan Menerusi Program ageLOC® TRME® Dalam Pasaran Malaysia

Pelan Pemakanan ageLOC® TRME® menangani masalah lazim dalam diet tradisional, yang sering mengakibatkan penyimpanan lemak ekoran pengambilan makronutrien yang tidak seimbang. Pengambilan berlebihan sumber karbohidrat yang telah diproses dan lemak pemakanan menyumbang kepada pengumpulan lemak, manakala pengambilan protein yang tidak mencukupi menghalang pembakaran lemak dan pemeliharaan kekuatan otot. 

Untuk mengatasi masalah tersebut, Pelan Pemakanan ageLOC® TRME® menekankan pengambilan seimbang ‘makanan pembakaran,’ ‘makanan penyimpanan’ dan ‘makanan pelindungan’ menggunakan panduan saiz tangan yang ringkas dalam menentukan kuantiti harian bagi pengambilan protein, karbohidrat, buah-buahan serta sayur-sayuran. Pendekatan seimbang ini membantu pengambilan protein secara sama rata sepanjang hari, sekaligus memudahkan perkembangan dan pemeliharaan otot tanpa lemak yang aktif secara metabolik dari semasa ke semasa.

Gaya Hidup Aktif dengan Panduan Senaman 3-3-3-3

Nu Skin Memperkenalkan Program Pengurusan Berat Badan Boleh Diperibadikan Menerusi Program ageLOC® TRME® Dalam Pasaran Malaysia

Tubuh badan dan minda memerlukan aktiviti tetap untuk berfungsi secara optimum. Melibatkan diri dengan senaman fizikal bukan sahaja membantu dalam pengurusan berat badan yang berkesan tetapi juga meningkatkan emosi dan penampilan diri secara keseluruhan. Untuk mencapai hasil yang terbaik, masukkan aktiviti senaman dalam rutin harian dengan sasaran sesi sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Setiap sesi hendaklah berlangsung minimum 30 minit dan mengekalkan kadar denyutan jantung sebanyak 130 denyutan seminit. Kekal komited melakukan rutin ini secara konsisten selama tiga bulan, atau 90 hari, untuk mengalami peningkatan yang ketara dalam kesihatan fizikal dan kesejahteraan mental.

Rekod kemajuan anda dengan aplikasi ageLOC® TRME® 

Aplikasi ageLOC® TRME® diintegrasikan dengan sempurna ke dalam program pengurusan berat badan bagi memberikan gambaran menyeluruh tentang perjalanan transformasi anda dengan memantau data indeks badan, pengambilan makanan, senaman dan pembakaran kalori. Aplikasi ini menawarkan kandungan terpilih untuk informasi dan sumber yang bermanfaat serta membolehkan anda berhubung dengan perunding berpengalaman bagi mendapatkan nasihat serta sokongan yang diperibadikan. Dengan papan pemuka yang interaktif untuk memantu kemajuan secara langsung, aplikasi ini membolehkan pengguna memantau, mengesan dan mengoptimumkan perjalanan pengurusan berat badan mereka, supaya sentiasa di landasan untuk mencapai transformasi serta kesejahteraan yang berkekalan. 

Nu Skin komited untuk menambah baik Program ageLOC® TRME® dengan sentiasa melakukan inovasi untuk memenuhi keperluan pengguna yang semakin meningkat. Perkembangan yang akan datang terhadap Program ageLOC® TRME® berkemungkinan melibatkan peningkatan pada produk atau ciri baharu yang direka untuk mengoptimumkan lagi hasil yang diperoleh. Dalam pada kami terus mengorak langkah ke hadapan, kami ingin menjemput anda untuk turut bersama dalam perjalanan ke arah “A Fitter Malaysia”. Dengan membuat pilihan bijak dan menyambut baik penyelesaian kesihatan yang diperibadikan seperti Program ageLOC® TRME®, kita boleh secara kolektif membina negara yang lebih sihat yang memperlihatkan setiap individu berkembang maju dari segi fizikal, minda danrohani. Untuk maklumat lanjut mengenai Program ageLOC® TRME®, sila layari www.nuskin.com/content/nuskin/en_MY

© 2024 BlackButterfly DesignArts