Kuala Lumpur, 22 Ogos 2024 — Nu Skin Enterprises Inc. (NYSE: NUS), peneraju global dalam kecantikan dan kesihatan, telah dinobatkan sebagai syarikat nombor satu dunia untuk sistem peranti kecantikan dan kesihatan oleh Euromonitor International Ltd., yang menerbitkan penyelidikan pasaran paling komprehensif di dunia dalam industri penjagaan kulit. Nu Skin merupakan syarikat sistem peranti kecantikan dan kesihatan terlaris di dunia berdasarkan penyelidikan serta metodologi khusus Euromonitor yang dijalankan dari April hingga Mei 2024.*
“Kami teruja dengan pertumbuhan komuniti peranti terhubung kami serta menyaksikannya mengangkat Nu Skin sebagai peneraju dalam pasaran peranti kecantikan dan kesihatan di rumah yang berkembang pesat,” kata Steve Hatchett, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Produk Nu Skin. “Portfolio luas Nu Skin merangkumi sistem peranti yang maju, eksklusif dan diperibadikan menawarkan penyelesaian kecantikan serta kesihatan yang mudah, berkuasa, dan pintar. Serum serta rawatan yang dibangunkan secara saintifik oleh kami meningkatkan prestasi peranti, memberikan pengguna hasil yang lebih pantas dan efektif. Pengguna boleh menikmati kemudahan menggunakan peranti kecantikan dan kesihatan ini di rumah untuk mendapatkan hasil yang terbukti secara klinikal.”
“Kami berbesar hati apabila melihat inovasi kami diiktiraf di peringkat global, dan penghargaan ini mengukuhkan lagi komitmen kami terhadap kecemerlangan,” ujar Hendrix Wong, Naib Presiden Operasi Pasaran Nu Skin Malaysia dan Brunei. “Di Malaysia, pengguna kami menyambut baik teknologi canggih dan penyelesaian yang diperibadikan, direka untuk memenuhi keperluan unik pasaran yang pelbagai. Pengiktirafan ini adalah bukti kerja keras dan dedikasi pasukan tempatan kami dalam memberikan penyelesaian kecantikan dan kesihatan yang unggul. Kami komited untuk terus membawakan inovasi terbaik di peringkat global kepada pelanggan di Malaysia.”
Nu Skin menawarkan portfolio peranti kecantikan dan kesihatan yang telah memenangi pelbagai anugerah:
ageLOC® LumiSpa® iO adalah peranti pintar untuk rawatan dan pembersihan kulit yang memberikan kulit yang lebih cerah, sihat dan kelihatan lebih muda sambil menikmati pengalaman seperti di spa dalam hanya dua minit, dua kali sehari. Menampilkan teknologi ‘Micropulse Oscillation’ Nu Skin yang dipatenkan, sistem ageLOC® LumiSpa® iO meningkatkan kecantikan yang boleh diperibadikan ke tahap baharu dengan pilihan rawatan yang sesuai, bimbingan pintar, penjejakan rutin penjagaan kulit dan banyak lagi. ageLOC® LumiSpa® iO yang unik, bersama dengan pendahulunya ageLOC® LumiSpa®, telah menerima lebih daripada 50 anugerah global, termasuk anugerah daripada Cosmopolitan, NewBeauty, Edison, BELLA Magazine, Global Makeup Awards, dan Good Design.
ageLOC® WellSpa iO® adalah peranti kecantikan dan kesejahteraan bersepadu pertama syarikat di lebih 40 pasaran global, direka untuk memberikan kuasa kesejahteraan diri yang menyeluruh, keyakinan tubuh dan peremajaan. Dilancarkan pada 2023, peranti pintar ini membantu memulihkan kesejahteraan, menyegarkan penampilan dan meremajakan tubuh menerusi gaya hidup aktif. ageLOC® WellSpa® telah memenangi beberapa anugerah global pada 2024, termasuk emas untuk Universal Beauty Award bagi kategori Peranti Badan Terbaik, BIG Innovation Award, dan emas untuk Globee Award for Disruptors.
ageLOC® Galvanic Spa® adalah peranti kecantikan di rumah yang paling hebat dan komprehensif daripada Nu Skin, direka untuk memberikan produk rawatan berkuasa elektrik yang dapat memperbaiki kulit dengan ketara. Sistem galvanik yang kompak ini menggabungkan teknologi pintar dan rawatan yang terbukti secara klinikal untuk menggalakkan keremajaan kulit. Serasi dengan pelbagai produk termasuk ageLOC® Galvanic Spa® Facial Gels, Tru Face® Line Corrector, ageLOC® Galvanic Spa® PowerMask, ageLOC® Nutriol® Intensive Scalp & Hair Serum, dan ageLOC® Body Shaping Gel, peranti ini mudah digunakan dalam mana-mana rutin penjagaan. Menggunakan teknologi galvanik dengan pelarasan kendiri yang dipatenkan, ageLOC® Galvanic Spa® mengaktifkan bahan-bahan ageLOC® yang memperbaharui keremajaan untuk meremajakan kawasan utama wajah, rambut dan badan apabila diperlukan.
ageLOC Boost® adalah peranti kecantikan canggih yang direka untuk mentransformasikan kulit yang kusam dan kelihatan letih kepada kulit yang cerah, anjal dan berseri. Digunakan bersama ageLOC Boost® Activating Treatment, peranti inovatif ini menyerlahkan kecantikan semula jadi kulit, menghasilkan kulit yang kelihatan lebih cerah, lebih gebu, serta lebih muda dengan tona kulit yang berseri dan sekata. Mudah digunakan, hanya memerlukan dua minit sehari, ageLOC Boost® System memberikan rangsangan kecantikan dengan setiap aplikasi. Manfaat utama termasuk meningkatkan kecantikan semula jadi kulit untuk penampilan yang lebih cerah, lebih gebu dan lebih anjal, berpotensi mengurangkan penampilan bintik gelap dan hiperpigmentasi, memperbaiki dan meratakan tona kulit untuk kulit yang lebih berseri, mengekalkan kulit yang kelihatan remaja dan mengurangkan tanda-tanda penuaan pramatang, serta melembapkan kulit supaya terasa lebih lembut dan kelihatan lebih sihat. ageLOC Boost® merupakan produk yang telah memenangi anugerah yang diiktiraf di peringkat global oleh organisasi berprestij seperti Golden Bridge Awards 2020 untuk kategori Produk Pengguna, Consumer World Awards 2020 untuk kategori Produk Pengguna Terbaik, Stevie Winner untuk Produk atau Servis Baharu Terbaik Tahun Ini dalam Produk Pengguna dan Produk Isi Rumah, serta BIG Awards for Business 2020 untuk kategori Produk Baharu Tahun Ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk Nu Skin, sila layari www.nuskin.com/content/nuskin/en_MY.