Novelplus Berjaya Disenaraikan Di Pasaran LEAP

KUALA LUMPUR, 1 JULAI 2021NOVELPLUS TECHNOLOGY BERHAD (“NTB” atau “Kumpulan”), pengendali dan pembangun platform menulis dan membaca secara dalam talian sosial, berjaya disenaraikan di Pasaran LEAP Bursa Securities Malaysia Berhad hari ini pada harga RM0.25 sesaham, lebih tinggi berbanding harga tawaran RM0.15 sesaham.

Kumpulan memiliki pelbagai bacaan e-buku yang merangkumi lebih 37,000 novel dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia yang telah diterbitkan dengan ekosistem lebih 2.1 juta pengguna. Sebanyak 10,000 adalah berdaftar sebagai penulis dan bakinya para pembaca.

Platform ini beroperasi di bawah jenama NovelPlus, dengan kandungan diakses menerusi aplikasi mudah alih dan pelayar web Kumpulan. NovelPlus beroperasi menggunakan model freemium di mana pembaca boleh mengakses platform ini secara percuma atau membayar yuran langganan bagi menikmati pengalaman membaca tanpa iklan.

Platform NovelPlus membolehkan pembaca melayari dan memilih e-buku, mengatursusun pengalaman mereka dan menguruskan profil mereka serta berinteraksi dengan penulis yang berdaftar di platform. Bagi penulis pula, platform NovelPlus membolehkan mereka menulis, menyunting dan menyiarkan sendiri novel bersiri mereka, menubuhkan komuniti pembaca mereka dan menerima ulasan serta penghargaan daripada pembaca. Pengiklan juga boleh mengiklan di aplikasi mudah alih dan pelayar web NoveplPlus. Iklan akan disasarkan kepada pengguna yang tidak berlanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif NTB, Crystal Lai, berkata bahawa Kumpulan kini berada di kedudukan lebih baik untuk memfokus kepada perluasan perniagaan baharu dan memburu peluang pertumbuhan masa hadapan selepas berjaya disenaraikan.

“NovelPlus berterusan melakukan inovasi dan berubah demi keperluan para pengguna kami. Ini adalah permulaan evolusi bagi NovelPlus dan kami akan terus melakukan penambahbaikan yang memenuhi keperluan pengguna kami.”

Kumpulan merancang memasukkan kandungan perpustakaannya yang semakin membesar dengan e-buku yang diterbitkan di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia kini, dengan novel bahasa-bahasa lain di Asia Tenggara, di mana e-buku telah menyaksikan pertumbuhan sihat daripada AS$308.1 juta (RM1.3 bilion) pada 2016 menjadi AS$382.9 juta (RM1.6 bilion) pada 2019, iaitu kadar pertumbuhan tahunan dikompaun (“CAGR) sebanyak 7.5%. Melangkah ke hadapan, saiz pasaran e-buku mungkin mencatat CAGR sebanyak 6.4% antara tahun 2020 dan 2022, untuk mencapai AS$461.0 juta (RM1.9 bilion).

TA Securities Holdings Berhad merupakan penasihat, agen penempatan dan penempatan berterusan sah bagi pelaksanaan penyenaraian ini.

Scroll to Top