Novartis Malaysia Menerajui Pemerkasaan Wanita

  • Wanita yang dihormati daripada pelbagai latar belakang menekankan peranan wanita dalam membentuk masa depan penjagaan kesihatan  dan, dengan itu keperluan dalam merapatkan jurang jantina dalam pendidikan dan profesion STEM.
  • Lebih banyak siswazah STEM lelaki diambil bekerja biarpun terdapat lebih banyak peratusan siswazah wanita berkelulusan STEM dari institusi pengajian tinggi tempatan.i
  • Usaha memperkasakan wanita dalam penjagaan kesihatan dan STEM memerlukan kerjasama antara individu, organisasi, dan masyarakat.
Novartis Malaysia Menerajui Pemerkasaan Wanita

Petaling Jaya, 30 Mac 2024 – Norvatis Malaysia mengambil kesempatan bersempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa untuk menekankan kepentingan  kesetaraan jantina dalam memumpuk barisan generasi pemimpin wanita dalam industri Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM). Sebagai mengiktiraf sumbangan wanita dalam industri penjagaan kesihatan, satu program bual bicara bertemakan “Women in Healthcare: Empowering Others to Pay it Forward” telah dianjurkan.

Acara ini menampilkan barisan pembicara terkemuka termasuk Dr Mastura Md Yusof, Ketua Perkhidmatan Onkologi Hospital Pantai; Grace Tam, Anggota Kanan dan Rakan Kongsi Organisasi di Persatuan Pandu Puteri Sedunia (WAGGGS); Elsie Chang, Ketua Pusat Korporat Novartis KL, dan Sheena Fong, Ketua Bidang Terapi, Onkologi, Novartis Malaysia. Antara topik utamanya ialah kepelbagaian, ekuiti, dan keterangkuman (DEI) – kerangka yang kuat tertanam dalam Novartis.

Ini adalah penekanan tepat pada masanya. Wanita masih menjadi minoriti dalam pendidikan dan kerjaya STEM walaupun jumlah pendaftaran wanita di universiti mengatasi lelaki. Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2022 mendedahkan wanita hanya kira-kira 35% daripada jumlah pelajar yang mengikuti ijazah STEM di seluruh dunia.

Melihat kepada kesan sosialn yang lebih luas, ahli-ahli panel menekankan peri pentingnya menggalakkan dan memperkasakan golongan belia, terutamanya dalam melanjutkan pengajian dan kerjaya dalam bidang STEM. Ini penting memandangkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan kekurangan 10 juta pekerja penjagaan kesihatan menjelang tahun 2030, yang memberi kesan terutamanya kepada negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana rendah.

Dr. Mastura Md Yusof, seorang pakar onkologi dan ahli akademik wanita yang terkenal, berkongsi, “Sewaktu awal kerjaya saya, hanya ada beberapa orang pakar onkologi wanita. Bidang ini menuntut pelatihnya untuk komited dalam  aktiviti luar kurikulum, dan ini mencabar bagi wanita dalam mengimbangi tanggungjawab rumah tangga dan menguruskan keluarga yang semakin berkembang. Saya malah tidak digalakkan untuk menyertai bidang ini oleh rakan sekerja senior.

Novartis Malaysia Menerajui Pemerkasaan Wanita
Dr. Mastura Md Yusof, pakar onkologi dan ahli akademik

Mujurlah kita dapat lihat peningkatan jumlah pakar onkologi wanita dalam beberapa tahun kebelakangan kerana kursusnya lebih mudah disertai. Bagaimanapun, wanita mesti aktif memacu perubahan. Ada suatu kali, saya satu-satunya pakar onkologi wanita yang dijemput menyertai sebuah lembaga penasihat. Saya cabar dan mendesak lebih ramai wanita dijemput. Usaha seperti ini penting demi kemajuan penjagaan kesihatan dan STEM.”

Grace, bekas penghidap kanser payudara peringkat lanjut (aBC) yang merupakan contoh seseorang yang menikmati hidup secara penuh, menambah: 

Novartis Malaysia Menerajui Pemerkasaan Wanita
Grace, bekas penghidap kanser payudara

“Sebagai pesakit kanser aBC selama lebih tiga tahun, akses kepada inovasi STEM membolehkan saya untuk terus mengejar minat saya dan pada masa sama mengatasi halangan masyarakat dan perubatan. Mencermikan perkongsian oleh Dr Mastura, saya rasa bersemangat apabila melihat kejayaan yang kita capai dalam menggalakkan penyertaan wanita.

Ini menunjukkan betapa pentingnya untuk memberikan lebih banyak pendedahan kepada mentor wanita dan menyesuaikan program untuk menyemarakkan semangat wanita muda terhadap STEM, yang merupakan sebahagian daripada keperluan strategik WAGGGS.”

Elsie Chang, Ketua Pusat Korporat Novartis KL, dan Sheena Fong, Ketua Bidang Terapi Onkologi di Novartis Malaysia, turut berkongsi pandangan mereka sebagai profesional dalam syarikat penjagaan kesihatan global. Menurut Elsie,“Dalam berusaha mencapai aspirasi budaya kami, fokus kami adalah untuk memupuk satu persekitaran yang inklusif dan saling menghormati bagi semua rakan sekerja, tanpa mengira jantina. Kami berbangga dengan hasil yang telah kami raih untuk mencapai kepelbagaian gender dan kesetaraan gaji melalui Ikrar EPIC kami.

Usaha kami termasuk menghapuskan maklumat gaji lampau semasa membuat tawaran gaji, menjalankan analisis kesetaraan gaji tahunan, membuat pelarasan yang perlu, dan memaklumkan secara telus kedudukan gaji seseorang berbanding penanda aras. Komitmen kami ialah untuk memberikan peluang pertumbuhan yang sama rata kepada semua kakitangan, yang menjadi asas untuk mencapai tenaga kerja wanita yang lebih berkepelbagaian dan kesaksamaan dalam penjagaan kesihatan.”

Sheena Fong, Ketua Bidang Terapi, Onkologi, Novartis Malaysia, menambah,“Di Novartis, kami sudah mengambil langkah-langkah untuk memastikan kesaksamaan jantina tanggungjawab penjagaan.. Kami sudah menambah baik dasar kami dengan menawarkan 14 minggu cuti isteri bersalin kepada kakitangan lelaki. Inisiatif ini memupuk perkongsian setara dalam tanggungjawab sebagai seorang ayah, sekali gus memberikan sokongan yang penting kepada pasangan mereka serta memupuk dinamik keluarga yang lebih menyeluruh.”

Mohamed Elwakil, Presiden Novartis Malaysia, berkata,“Dalam menggalakkan semua untuk memberikan dorongan sama kepada orang lain, kita memerlukan pelbagai pihak memainkan peranan aktif termasuk industri penjagaan kesihatan dan institusi pendidikan. Di Novartis Malaysia, 67% daripada kakitangan kami adalah wanita, dengan hampir 55% daripada mereka memegang jawatan kepemimpinan. Kami komited untuk melatih dan membangunkan wanita dalam STEM. Novartis adalah contoh sebuah organisasi yang bukan hanya menarik wanita yang dinamik dan berkaliber daripada bidang STEM malah turut memaparkan dedikasi dalam memupuk dan mengembangkan bakat wanita dalam bidang tersebut.

Usaha berterusan kami dalam mempromosikan DEI telah menarik bakat wanita yang luar biasa dan diiktiraf sebagai Majikan Terbaik di Malaysia untuk lima tahun berturut-turut.”

Novartis Malaysia Menerajui Pemerkasaan Wanita – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts