Notis Pembukaan Semula Taman Eko Rimba Kanching Dan Chongkak Park dan Resort

Pengumuman pembukaan semula sektor pelancongan domestik bermula 10 Jun  2020 dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) serta perkembangan terkini yang membenarkan taman tema dan taman tema air (termasuk kawasan riadah air) kembali beroperasi pada 1 Julai 2020, adalah sebuah perkembangan yang signifikan kepada operasi sektor pelancongan domestik.

Sukacita dimaklumkan, kawasan pelancongan seliaan Tourism Selangor, Taman Eko Rimba Kanching dan Chongkak Park & Resort kembali beroperasi dan dibuka semula kepada umum bermula 6 Julai 2020. Namun begitu, sebarang aktiviti perkhemahan adalah tidak dibenarkan, sehingga satu masa yang akan diberitahu kelak.

            Waktu operasi: 8.00 pagi sehingga 4.30 petang*

            Had bilangan pengunjung: 300 orang pada satu-satu masa

   *Pengunjung tidak dibenarkan berada di dalam kawasan selepas waktu operasi.

Pengunjung juga perlu mematuhi garis panduan atau SOP terkini yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti berikut:

  • Melalui proses imbasan suhu wajib
    • Mendaftar masuk dengan aplikasi SElangkah: Langkah Masuk dengan Selamat
    • Memastikan jarak sosial 1 meter
    • Digalakkan memakai topeng hidung dan muka
    • Tidak berhimpun atau berkumpul melebihi 10 orang di lokasi
    • Memastikan hanya 5 orang berada di pondok rehat dan gazebo pada satu-satu masa
    • Pelaksanaan aktiviti juga perlu mengambil kira kesesuaian pengendalian aktiviti dan pergerakan, dengan ruang minimum sebanyak 2 meter persegi setiap individu

Diharap orang awam dapat kembali menikmati aktiviti riadah alam semulajadi di Negeri Selangor, namun menitik-beratkan soal keselamatan diri dan pengunjung lain dengan mematuhi secara garis panduan dan SOP yang telah ditetapkan.Untuk sebarang informasi lanjut, sila hubungi talian 016 -2076957 (Fadila) atau layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor; Selangor.Travel.

© 2023 BlackButterfly DesignArts