NIVEA MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA RAJA PERMAISURI AGONG DENGAN SERUM LUMINOUS630 2-DALAM-1 ANTI-BINTIK PENUAAN DAN KEDUTAN BAHARU – JENAMA BERKESAN YANG DIPERCAYAI OLEH TUANKU PERMAISURI

Kuala Lumpur, 1 Oktober 2023 – NIVEA, jenama penjagaan kulit terkemuka di Malaysia hari ini menerima kunjungan terhormat oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM), Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj yang berkenan mencemar duli melawat ke ruang pameran NIVEA sempena Pertandingan Tahunan Rekaan Batik Piala Seri Endon  2023 yang ke-18, bertempat di Pusat Kovensyen Kuala Lumpur (KLCC). NIVEA turut mempersembahkan kepada KDYMM Raja Permaisuri Agong inovasi keterobosan dua faedah terbaru iaitu Serum NIVEA LUMINOUS630 Anti-Bintik Penuaan dan Kedutan. 

Seperti yang diketahui ramai, KDYMM Raja Permaisuri Agong yang disayangi rakyat merupakan pengguna jenama NIVEA sejak muda lagi. “Ia merupakan satu penghormatan untuk berkongsi perkembangan NIVEA LUMINOUS630 dengan Baginda untuk tahun ketiga. Ini adalah detik yang istimewa bagi NIVEA kerana dapat mempamerkan produk inovatif terbaru kami dan juga keberkesanan Serum NIVEA LUMINOUS630 Anti-Bintik Penuaan dan Kedutan yang mampu menangani dua masalah kulit utama iaitu bintik penuaan dan kedutan, dalam 1 botol serum,” kata Ng Hock Guan, Pengurus Serantau untuk Beiersdorf Malaysia & Singapura.

NIVEA turut berbangga kerana berpeluang sekali lagi menjadi rakan penjagaan kulit rasmi untuk Pertandingan Tahunan Rekaan Batik Piala Seri Endon 2023 yang terus menyokong Yayasan Budi Penyayang Malaysia dalam memelihara salah satu warisan tertua Malaysia dengan menyediakan platform untuk memartabatkan lagi seni Batik. “Teras utama Beiersdorf adalah penjagaan yang melangkaui penjagaan kulit. Kami sentiasa mencari peluang untuk bekerjasama bersama rakan kongsi untuk memupuk perkara penting dalam kehidupan ramai. Oleh itu, kami sungguh berbesar hati untuk meneruskan sokongan kami kepada Piala Seri Endon, dimana misinya adalah untuk memupuk dan menjaga warisan batik Malaysia.”

Diiringi oleh Dato’ Leela Mohd Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG), KDYMM Raja Permaisuri Agong dipersembahkan dengan Serum NIVEA LUMINOUS630 Anti-Bintik Penuaan dan Kedutan baharu, yang mengandungi penyelesaian anti-bintik hitam terobosan dunia untuk mengurangkan bintik penuaan dalam 2 minggu; digabungkan dengan formula anti-penuaan untuk mengekalkan struktur kulit dan mengisi kedutan hanya dalam 7 hari. Setiap hasil kajian bukan sahaja diuji makmal, tetapi juga telah disahkan melalui testimoni pengguna Malaysia sebenar. Pada masa yang sama, NIVEA turut mempamerkan maklum balas sahih dan testimoni daripada pengguna yang gembira dengan hasilnya. Dengan penggunaan selama 2 minggu, pengguna melaporkan sekurang-kurangnya 90% pengurangan bintik penuaan dengan peningkatan 95% dalam kecerahan kulit. Selain itu, dalam masa 7 hari, serum ini juga menunjukkan pengurangan kedutan dalam sebanyak 82%.

Sebagai Serum Anti-Bintik No.1 Dunia, NIVEA LUMINOUS630 terus meningkatkan pengalaman penjagaan kulit untuk jutaan penggunanya di seluruh dunia. Selaras dengan komitmen NIVEA yang tidak berbelah bahagi untuk menjaga kulit anda, NIVEA memperkenalkan dua serum baharu kepada rangkaian LUMINOUS630 – Serum NIVEA LUMINOUS630 2-dalam-1 Anti-Bintik Penuaan & Kedutan dan Serum NIVEA LUMINOUS630 Anti-Bintik Bekas Jerawat. Setiap satu disesuaikan dengan keperluan penjagaan kulit khusus untuk mengurangkan semua jenis bintik hitam. Penggemar kecantikan yang ingin mencuba serum terobosan terbaru ini boleh terus ke mana-mana cawangan Watsons untuk merasakan sendiri, rawatan seperti ala diraja.

Serum NIVEA LUMINOUS630 Anti-Bintik Hitam terkenal sebagai Serum Anti-Bintik No.1 Dunia, dikuasakan oleh LUMINOUS630 yang dipatenkan serta terbukti 10X lebih berkesan daripada bahan pencerah yang terkenal untuk mengurangkan bintik hitam dalam masa 2 minggu tanpa membahayakan kulit.

Serum NIVEA LUMINOUS630 Anti-Bintik Penuaan dan Kedutan menggabungkan LUMINOUS630 yang telah dipatenkan dengan formula anti-penuaan yang berkuasa untuk mengurangkan bintik penuaan yang degil dan mengisi kedutan mendalam dalam masa 7 hari sahaja tanpa membahayakan kulit.

Serum NIVEA LUMINOUS630 Anti-Bintik Bekas Jerawat memberikan penjagaan kulit dengan tiga tindakan, diperkayakan dengan LUMINOUS630 yang dipatenkan, Asid Salicylic dan ekstrak Teh Hijau, untuk mengurangkan kesan bekas jerawat, mengecilkan liang pori dan mengawal minyak pada kulit muka.

Untuk maklumat lanjut tentang produk NIVEA dan kemas kini terkini, sila ikuti www.facebook.com/mynivea atau layari https://www.nivea.com.my/.

© 2023 BlackButterfly DesignArts