Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the squirrly-seo domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/functions.php on line 6121
Nikmati Keunikkan Rasa Korea Dengan Kembalinya MB Gangjeong Chicken Yang Pedas Menggoda

Nikmati Keunikkan Rasa Korea Dengan Kembalinya MB Gangjeong Chicken Yang Pedas Menggoda

Nikmati Keunikkan Rasa Korea Dengan Kembalinya MB Gangjeong Chicken Yang Pedas Menggoda

KUALA LUMPUR, 25 APRIL 2025 – Restoran Perkhidmatan Pantas Halal Tempatan (QSR) yang menjadi pilihan rakyat Malaysia, Marrybrown®, kembali menghidangkan menu istimewa untuk tempoh terhad yang diinspirasikan oleh gelombang Hallyu – MB® Gangjeong Chicken! Menampilkan gabungan rasa Korea yang unik dan cita rasa tempatan, hidangan ini pasti memikat selera dengan kombinasi rasa manis, masam dan pedas yang memukau. Menu ini boleh didapati di semua cawangan Marrybrown® di seluruh negara bermulai hari ini.

Pada asalnya, diperkenalkan sebagai menu bermusim, namun MB® Gangjeong Chicken telah berjaya mencuri perhatian dan menjadi kegemaran pelanggan setia Marrybrown® dalam sekelip mata.  Kombinasi rasa manis, masam dan pedas yang menggoda menjadikannya pilihan utama dalam kalangan rakyat Malaysia yang menggemari sesuatu yang luar biasa. Atas permintaan yang tinggi, Marrybrown® telah beberapa kali membawa menu ini sebagai memenuhi kehendak para pelanggan yang menghargai sentuhan unik Marrybrown® dalam menyajikan kelainan.

“Fenomena K-Wave telah mencetuskan minat mendalam terhadap menu berinspirasikan Korea. Setiap kali MB® Gangjeong Chicken diperkenalkan, sambutannya amat memberangsangkan. Walaupun menu ini sering dibawa kembali, kami sentiasa berusaha mempertingkatkan keseimbangan rasa manis dan pedas agar sesuai dengan cita rasa rakyat Malaysia,” kata Encik Daniel Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown®.

Untuk pelancaran terkini, Marrybrown® turut memperkenalkan pembungkusan bertemakan trend Korea yang berwarna-warni dan moden, seiring dengan populariti budaya K-Wave yang semakin berkembang di Malaysia.

  • Kombo Gangjeong Kimchi Rice Bowl (harga dari RM13.90): Nasi berperisa kimchi dipadankan dengan ayam Gangjeong, dihidangkan bersama minuman Fanta® Strawberry.
  • Kombo Gangjeong Chicken Burger (harga dari RM17.90): Peha ayam tanpa tulang yang berjus dan diperap dengan sos pedas Gangjeong, disajikan dalam  roti hitam yang lembut bersama 6 ketul wedges dan minuman Fanta® Strawberry.
  • Kombo Gangjeong Spicy Chicken (harga dari RM18.90): 4 ketul ayam Gangjeong yang disaluti sos istimewa, dihidangkan bersama 6 ketul wedges dan minuman Fanta® Strawberry.
  • Gangjeong Spicy Chicken Box Meal (harga dari RM24.50): Hidangan lengkap yang menggabungkan 2 ketul Gangjeong Spicy Chicken, Gangjeong Chicken Burger, 6 ketul wedges, dan minuman Fanta® Strawberry.
  • 3-pc Korean Dumplings (harga dari RM4.50): Dumpling rangup berinti campuran ayam, kimchi dan cendawan, pelengkap sempurna kepada hidangan Gangjeong anda.
  • Pai Kastard Strawberi (harga dari RM4.99): Pastri rangup berinti kastard dan strawberi yang lazat.

“Di Marrybrown®, kami komited untuk memperkenalkan kelainan melalui inovasi rasa sambil mengekalkan elemen yang digemari pelanggan. MB Gangjeong Chicken versi terbaharu ini merupakan bukti pendekatan kami dalam menyajikan pengalaman kulinari yang segar dan menarik,” tambah Encik Daniel.

“Sebagai jenama yang berkembang bersama rakyat Malaysia, kami memahami bahawa makanan bukan sekadar santapan – ia menyatukan komuniti. Kembalinya MB Gangjeong Chicken adalah simbolik kepada nilai kekeluargaan, persahabatan dan detik istimewa yang dikongsi bersama,” ujar beliau lagi.

Kini beroperasi di lebih 600 lokasi merentasi 16 buah negara, Marrybrown® terus mengekalkan standard tertinggi dalam aspek kualiti, perkhidmatan, kebersihan dan nilai, demi memberikan pengalaman menjamu selera yang luar biasa kepada para pelanggan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown®, aplikasi MB, promosi terkini serta perkhidmatan penghantaran, sila layari laman rasmi Marrybrown® atau muat turun aplikasi MB hari ini.

© 2024 BlackButterfly DesignArts