Nikmati Citarasa Sebenar Kafe Perancis Bersama Carte d’Or dalam Dua Perisa Baharu

Kuala Lumpur, 6 Disember 2022 – Amati citarasa kafe Perancis bersama Carte d’Or menerusi dua ahli baharu dalam rangkaian produk aiskrim bertaraf premiumnya. Diilhamkan oleh gastronomi (ilmu makanan) Perancis sejak tahun 1978, Carte d’Or merupakan jenama pencuci mulut premium dari Paris yang merumus khas aneka aiskrim yang bersifat mulus, berkrim lagi menikmatkan menggunakan ramuan-ramuan yang terbaik dari serata dunia, ia mempersembahkan pencuci mulut dari Paris yang tiada bandingannya buat seluruh rakyat Malaysia.

Selepas Carte d’Or memperkenalkan diri dengan satu rangkaian produk aiskrim pada tahun 2021, terdiri daripada Dark Chocolate Truffles, French Vanilla Crème Glace, Caramel Glace with Almond Tarte Crumbles dan Glace à La Strawberry, Wall’s Malaysia ingin membawakan citarasa sebenar kafe Perancis ke Malaysia dengan memperkenalkan dua lagi perisa baharu. Ia hadir dengan nama Café Latte Brownie, yang diperbuat daripada kepingan coklat dan brownie dari Itali, manakala Butter Almond Fudge diperbuat daripada badam yang dituai di Australia, di samping brownie dan juga sos fudge coklat.

Dengan sentuhan istimewa yang diberikan kepada kedua-dua aiskrim baharu ini, detik yang anda nikmati bersamanya pasti tidak dapat dilupakan, membangkitkan keseronokan, romansa dan juga kepuasan. Juadah ini membawakan citarasa Paris yang sebenar ke tangan anda.

Abhijit Kulkarni, Pengurus Besar Kluster merangkap Ketua Inovasi Serantau di Unilever Ice Cream Southeast Asia (SEA) berkongsi, “Dari Perancis ke Malaysia, dua perisa baharu yang menyertai rangkaian produk aiskrim Carte d’Or telah dirumus khas untuk membantu anda mencipta dan menggamit detik manis dari keselesaan rumah anda. Disempurnakan dengan ramuan-ramuan berkualiti tinggi dari serata dunia, aiskrim premium ini pasti dapat menambah secubit kenikmatan pada hari anda.”

#BonjourCartedOr

Aiskrim Café Latte Brownie dan Butter Almond Fudge daripada Carte d’Or boleh didapati di seluruh negara menerusi kebanyakan platform e-dagang dan penghantaran makanan, serta di pasar raya dan kedai serbaneka 7-Eleven berhampiran anda. Harga runcit yang disarankan ialah RM20 bagi setiap bekas.

Dan memandangkan kini aiskrim ini boleh didapati dengan mudah, anda juga berpeluang untuk memenangi tiket penerbangan ke Paris (#FromCartedOrToParis), selain kredit e-dompet bernilai RM7,000 dengan menyertai peraduan nasional Carte d’Or.

Anda hanya perlu membeli sekurang-kurangnya 2 bekas (pint) aiskrim Carte d’Or yang baharu ini (Café Latte BrowniedanButter Almond Fudge) di kedai runcit berhampiran anda*! Peraduan ini akan berlangsung dari 1 Disember hingga 31 Disember 2022.

Kunjungi laman rasmi Wall’s Malaysia di https://www.walls.com.my/brands/carte_d_or/contest-n-events.html untuk maklumat lanjut mengenai aiskrim keluaran Carte d’Or.

*Tertakluk kepada terma dan syarat

© 2023 BlackButterfly DesignArts