Nikmati Barangan Hasil Kepulauan Solomon, Pertama Kali dan Eksklusif di Malaysia

Perkongsian perdagangan membawa jenama premium yang dibangunkan dengan menghormati alam sekitar dan komuniti tempatan, kini boleh diperoleh secara dalam talian dan di kedai Jaya Grocer

Nikmati Barangan Hasil Kepulauan Solomon, Pertama Kali dan Eksklusif di Malaysia

Kuala Lumpur, 7 Disember 2023 – Air lautan yang jernih dan pantai berpasir putih di Kepulauan Solomon adalah rumah kepada populasi ikan tuna yang berkembang pesat, kebun kelapa dan pelbagai sumber semula jadi yang menyokong industri tempatan.

Kini, rakyat Malaysia dapat menikmati produk eksklusif #madeinsolomons yang mempamerkan yang terbaik dari Kepulauan Solomon, termasuk SolTuna, tuna asal tunggal dan sumber lestari yang enak dari Lautan Pasifik yang diproses secara tempatan dengan pantas justeru mengekalkan kesegaran, serta jenama barangan berasaskan kelapa yang disumberkan dan dikilang secara tempatan seperti produk penjagaan diri Coco Soap oleh Islands’ Own dan KOSI oleh Kokonut Pacific Solomon Islands, kesemuanya diedarkan oleh Bountiful Ventures Sdn Bhd (terkenal dengan jenama utamanya Medella, jenama minyak masak kelapa nombor 1 di Malaysia).

Nikmati Barangan Hasil Kepulauan Solomon, Pertama Kali dan Eksklusif di Malaysia
Nikmati Barangan Hasil Kepulauan Solomon, Pertama Kali dan Eksklusif di Malaysia

“Kami berbangga untuk membawa yang terbaik dari Kepulauan Solomon ke Malaysia, negara pertama di rantau ASEAN yang membawa jenama barangan kami. Ini merupakan peristiwa penting bagi kami, kerana perkongsian perdagangan ini menyokong kehidupan nelayan dan petani tempatan serta keluarga mereka. Negara kita mempunyai banyak persamaan sebagai negara membangun dan kami berharap untuk berkongsi yang terbaik antara kedua-dua negara dan mencari cara baharu untuk bekerjasama,” kata Tuan Yang Terutama Salana Kalu, Duta Besar Kepulauan Solomon.

Perkongsian perdagangan ini disokong oleh kerajaan Australia melalui inisiatif Strongim Bisnis, yang memudahkan penglibatan antara sektor swasta dan kerajaan Kepulauan Solomon, memupuk pertumbuhan ekonomi inklusif yang bertujuan untuk mengurangkan kemiskinan dengan impak yang positif dan berpanjangan.

“Australia dan Kepulauan Solomon telah lama menjadi sahabat dan rakan kongsi yang rapat. Dengan rakyat Malaysia sebagai pengguna setia jenama Australia, kami berbangga untuk menyokong rakan kongsi kami di Kepulauan Solomon bagi menyertai kami dalam menyampaikan produk berkualiti tinggi kepada pelanggan Malaysia. Hubungan perdagangan yang lebih kukuh di seluruh rantau Indo-Pasifik memberi manfaat kepada semua pihak dan kami teruja melihat peningkatan jumlah produk dari kedua-dua negara kami di rak pasar raya Malaysia,” kata Encik Simon Fellows, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia.

Penghormatan terhadap alam sekitar dan pemerkasaan komuniti adalah tulang belakang #madeinsolomons. SolTuna (yang merangkumi jenama utamanya Solomon Blue) adalah bebas daripada membahayakan ikan lumba-lumba, diperakui Halal dan diberi pengiktirafan Perdagangan Adil, serta telah mencapai pensijilan Marine Stewardship Council (MSC) yang menunjukkan produknya diurus dengan baik, dengan amalan penangkapan ikan yang memenuhi kemampanan piawaian ketat majlis itu, manakala Coco Soap oleh Islands’ Own dan KOSI oleh Kokonut Pacific Solomon Islands menyediakan pekerjaan, latihan dan pembangunan kemahiran untuk pekerja tempatan, dan menggunakan kelapa yang diperoleh semata-mata daripada petani tempatan yang mengekalkan pemilikan tanah mereka sendiri.

Nikmati Barangan Hasil Kepulauan Solomon, Pertama Kali dan Eksklusif di Malaysia

Dapatkan jenama #madeinsolomons pertama dan eksklusif di kedai Jaya Grocer dan secara dalam talian di https://medellamy.easy.co/.

© 2023 BlackButterfly DesignArts