Nikmati 48 Jam yang tidak dapat dilupakan di İstanbul!

Kuala Lumpur, 31 Januari 2024 – İstanbul, salah satu daripada kota yang paling mempesona di dunia, menawarkan sejarah yang menarik, sajian masakan tersendiri, kemeriahan latar seni dan budaya, serta pelbagai peluang membeli-belah. Kota metropolis yang paling terkenal di Türkiye ini menyediakan pelbagai pilihan yang tiada kesudahan kepada pengunjung sepanjang tahun dan, meneruskan kerancakannya sepanjang musim sejuk, kekal sebagai destinasi penting pada musim berkenaan untuk menikmati pengalaman kota yang hebat. Luangkan 48 jam di İstanbul untuk meneroka sejarah kota ini, mengunjungi tempat yang paling menarik dan mencuba hidangan asli berbintang Michelin!

Nikmati 48 Jam yang tidak dapat dilupakan di İstanbul!
Istanbul – Taksim Beyoglu

Jumaat – Selamat Datang ke kota İstanbul yang Indah!

Penginapan yang selesa dan santai

Sama ada anda melancong secara sendirian atau bersama keluarga, İstanbul menyediakan pelbagai hotel yang menampilkan pemandangan Bosphorus yang menakjubkan, berhampiran dengan tapak bersejarah dan kemudahan mewah. Kebanyakan hotel ini mempunyai pensijilan kelestarian daripada Majlis Pelancongan Lestari Global (GSTC), dan pelbagai kemudahan lain termasuk spa mewah dan hammam.

Sabtu – Ayuh Mula!

08.00-10.00: Cara terbaik untuk  bermula: Sarapan Turki yang agak berlainan

Cara terbaik untuk memulakan hari anda adalah dengan menikmati sarapan Turki yang menyelerakan dan lazat. Apabila anda memesan “hidangan” sarapan di salah satu restoran di Historic Peninsula –

kebanyakannya mempunyai pemandangan bandar atau Bosphorus yang mempesona – anda mungkin terkejut dengan makanan yang tiba di meja anda. Sekiranya anda belum pernah menikmati sarapan tradisional Turki, inilah gambarannya: pelbagai jenis keju termasuk keju putih, tulum dan kaşar, çökelek atau mihaliç; buah zaitun hijau dan dan hitam yang enak dari wilayah Marmara, Aegean dan

Aegean Utara; timun, tomato, lada benggala dan sayuran hijau yang segar; dan madu, jem buatan sendiri dan kaymak (krim pekat). Cubalah menemen, sarapan yang amat diperlukan dihasilkan dengan telur, lada benggala dan tomato. Dan tentu sekali, kesemuanya disajikan dengan simit, roti hangat dan teh yang baru dibancuh dihidangkan dalam gelas berbentuk tulip.

Nikmati 48 Jam yang tidak dapat dilupakan di İstanbul!
Sarapan Turki

10.00-14.00: Historical Peninsula, muzium terbuka di tengah kota

Selepas bersarapan, anda boleh meneroka Historical Peninsula yang mempamerkan tekstur bersejarah bandar ini.  Lokasi utama muzium terbuka ini termasuklah Hagia Sophia yang berdiri megah dan tidak dapat digambarkan keindahannya, Masjid Biru yang dramatik, Basilica Cistern yang menarik serta  Topkapı Palace, tempat Sultan Uthmaniyyah bersemayam, dan Muzium Arkeologi İstanbul. Beberapa langkah dari Hagia Sophia pula terletak Muzium Sejarah dan Pengalaman Hagia Sophia. Kawasan ini juga menempatkan beberapa tempat makan bersejarah yang mana anda boleh berehat untuk makan tengah hari dan mencuba bebola daging terkenal Sultanahmet.

Nikmati 48 Jam yang tidak dapat dilupakan di İstanbul!
İstanbul Blue Mosque

14.00-16.00: Grand Bazaar, menyediakan ‘terapi membeli-belah’ kepada pengunjung berkurun lamanya

Hanya dengan berjalan kaki bakal membawa anda ke Grand Bazaar selepas menikmati makan tengah hari di Sultanahmet. Menempatkan pelbagai khazanah kota ini, Grand Bazaar mengajak anda untuk mencari pelbagai pilihan yang serba mempesona daripada hamparan permaidani, seramik dan jubin, barang kemas – dan banyak lagi!

16.00-18.00: Keindahan matahari terbenam di Bosphorus

Kini tiba masanya untuk menaiki trem ke Eminönü dan mengunjungi Spice Bazaar. Berwarna-warni dan penuh aroma, pasar berbumbung ini mengetengahkan gerai-gerai dengan pelbagai bahan makanan dan herba perubatan, rempah-ratus, buah-buahan kering dan makanan Turki. Dari Spice Bazaar pula, hanya berjalan kaki lima minit ke jeti feri dan mengikuti lawatan Bosphorus. Kebiasaannya ia berlepas mengikut jam, lawatan pula berbeza berdasarkan tempohnya. Bagi lawatan singkat – kira-kira 90 minit – anda boleh menyaksikan kedua-dua bahagian İstanbul dari Bosphorus sambil menghayati pemandangan matahari terbenam. Sebelum memulakan lawatan, anda boleh menikmati roti ikan dari bot nostalgia di pelabuhan.

Nikmati 48 Jam yang tidak dapat dilupakan di İstanbul!
Matahari terbenam di Bosphorus

19:30-22:30: Sajian masakan Turki mengagumkan menanti anda

Selepas perjalanan bot sepanjang Bosphorus, raikan hari pertama anda di İstanbul dengan makan malam yang enak di salah satu daripada restoran berbintang Michelin di kota ini. Latar gastronomi tersendiri di İstanbul menyajikan hidangan daripada barisan cef yang inovatif dan berani yang berbangga dengan warisan tradisi mereka. Nikmati sajian makanan yang tidak dapat dilupakan berserta wain Turki enak.

Ahad – Banyak lagi yang perlu dilakukan sebelum mengucapkan Selamat Tinggal!

Nikmati 48 Jam yang tidak dapat dilupakan di İstanbul!
İstanbul Karakoy and Galataport

10.00-14.00: Nikmati kehidupan seperti penghuni İstanbul pada hari Ahad

Anda boleh memulakan hari kedua anda di kota ini dengan sarapan simit rangup, keju putih dan teh di jalanan Karaköy, seperti penghuni biasa İstanbul. Kemudian, bersantailah di Karaköy yang terkenal dengan kafe bohemian dan galeri seninya. Jalan berkenaan menuju ke Galataport İstanbul, pelabuhan yang diperbaharui dan pusat tarikan Karaköy. Anda boleh berehat untuk menikmati hidangan ringan di oasis moden ini yang menempatkan restoran mewah, kafe dan kedai di sepanjang pantai, sehingga ke İstanbul Modern, muzium seni moden dan kontemporari pertama di Türkiye. Bangunan lima tingkat İstanbul Modern yang direka oleh arkitek ternama Renzo Piano, begitu mengagumkan seperti karya seni. Seterusnya, anda boleh melangkah ke dewan Muzium Lukisan dan Arca İstanbul yang terletak berhampiran untuk menyaksikan pameran artis terbaik  Türkiye.

14.00-18.30: Begitu banyak tempat boleh dikunjungi di Taksim, terletak di tengah kota

Tünel (Terowong) bersejarah, sistem kereta api bawah tanah pertama di Türkiye dan yang kedua tertua di dunia, menghubungkan Karaköy ke İstiklal Street. Turun dari kereta api, susur ke jalanan dan dakilah  Menara Galata, salah satu daripada simbol paling ikonik  di İstanbul untuk menyaksikan pemandangan indah bandar purba ini. Apabila kembali semula ke İstiklal Street, anda boleh terokai tempat bersiar-siar ini dengan berjalan kaki atau menaiki trem merah yang penuh nostalgia. Bangunan, arked, kedai besar dan kecil, galeri, kedai buku dan gereja terkenal terutamanya St. Antuan, serta pelbagai lagi… Sepanjang lawatan anda di İstanbul, kota yang terkenal dengan citarasa jalanannya, anda akan terhidu pelbagai bau makanan lazat termasuk buah berangan panggang dan jagung bakar yang harum baunya, kupang berinti atau goreng, kokoreç dan makanan ringan lazat yang lain.

Nikmati 48 Jam yang tidak dapat dilupakan di İstanbul!
Stuffed Mussels

19.00-23.30: Berseronoklah seperti penghuni İstanbul

Bersiar-siar di İstiklal Street berakhir di Taksim Square dan salah satu daripada pusat seni yang hebat di kota ini, Pusat Kebudayaan Atatürk (AKM) yang mengagumkan. Dewan Opera AKM, dengan kapasiti lebih daripada 2,000 orang, menjadi pentas kepada persembahan dan konsert bertaraf dunia. Selepas persembahan, anda boleh kembali ke İstiklal Street dan menyempurnakan malam anda dengan meze, ikan dan raki di salah satu daripada kedai minuman terkenal di kawasan berkenaan.

© 2023 BlackButterfly DesignArts