Ni Hsin Meterai Mou Dengan Tailg Untuk Kolaborasi Kenderaan Elektrik

Kuala Lumpur, 17 September 2021 – Ni Hsin EV Tech Sdn Bhd, subsidiary milik penuh syarikat tersenarai di Papan Utama Ni Hsin Group Berhad (sebelum ini dikenali sebagai Ni Hsin Resources Berhad) (“Ni Hsin”), hari ini memeterai Memorandum Persefahaman dengan Dongguan Tailing Motor Vehicle Co., Ltd. (“TAILG”) bagi tujuan kolaborasi dan meneroka peluang-peluang di dalam kajian, penyelidikan, pembangunan, pemasangan dan pengedaran Kenderaan Elektrik (“EV”) disesuaikan untuk tujuan komersial di Malaysia dan rantau ASEAN (“Cadangan”).

Ditubuhkan pada 2004, TAILG merupakan satu daripada tiga pengeluar utama kenderaan dua roda elektrik di China yang memiliki kehadiran di lebih 75 negara dan sayap penyelidikan dan pembangunan yang telah menghasilkan lebih 420 paten berkaitan EV berprestasi tinggi, kecekapan dipertingkatkan dan perkhidmatan awan.

TAILG telah memenangi pelbagai anugerah termasuk Perusahaan Berteknologi Tinggi Kebangsaan dan Asas Latihan Kualiti Kebangsaan China, dan menyediakan model-model EV kepada China Telekom, Baidu Takeaway serta Proctor & Gamble, sekadar menyebut beberapa contoh. Kritieria Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir urus (“ESG”) merupakan fokus kuat di dalam operasi TAILG, dan syarikat ini juga merupakan rakan kepada ‘’Program E-mobiliti Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu’’.

Khoo Chee Kong, Pengarah Urusan Ni Hsin EV Tech Sdn Bhd, berkata: “Sektor pengangkutan bertanggungjawab kepada 14% pelepasan gas rumah hijau global. Cabaran untuk mengurangkan pelepasan asap pengangkutan terbukti semakin penting. Ia meletakkan penekanan terhadap perubahan teknologi dan organisasi, memacu dunia ke arah elektromobiliti dan pengangkutan sifar pelepasan asap dengan kesan kemuncak mengurangkan pelepasan asap di dalam sektor ini dan menambah baik kesihatan penduduk planet ini.’’

Perniagaan-perniagaan sudah mula menggunakan EV untuk penghantaran kerana ia memberikan penjimatan ketara dari segi penyenggaraan dan kos operasi disebabkan sistem mekanikal yang secara radikal lebih mudah iaitu tidak perlu disenggara selalu, seperti memerlukan penukaran minyak yang sangat mahal. Gergasi industri seperti Amazon, Flipkart, IKEA, Swiggy dan Grofers sudah pun menggunakan motosikal elektrik untuk penghantaran di kebanyakan bandar raya.

Khoo menambah, “Penerokaan Ni Hsin Group ke dalam perniagaan e-mobiliti adalah berkaitan kelestarian perniagaan serta komitmen kepada kriteria kemampanan ESG. Menyokong perniagaan konsep cafe@anywhere Syarikat ini, kami telah mewujudkan prorietari   Mesin Minuman Bergerak yang menggunakan motosikal EV untuk menggerakkan operasi mesin kopi untuk bru dan menyajikan kopi BLACKBIXON kami kepada pelanggan di pelbagai lokasi popular di seluruh negara ini. Kami juga menyasarkan untuk meluaskan model perniagaan ini ke seluruh ASEAN.

Menerusi kolaborasi ini kami akan bekerja bersama TAILG untuk membangunkan motosikal EV bagi tujuan di atas dan tujuan-tujuan komersial lain.’’

© 2023 BlackButterfly DesignArts