Ni Hsin Meterai Hoa Bersama MNA Energy Bagi Membangunkan Teknologi Bateri Untuk EV Dua Roda

Kolaborasi merangkumi penyediaan platform tukar bateri dan penyertaan di dalam pembangunan MNAE

Kuala Lumpur, 12 Oktober 2021 Ni Hsin EV Tech Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh syarikat tersenarai di Papan Utama, Ni Hsin Group Berhad (dulunya dikenali sebagai Ni Hsin Resources Berhad) (“Ni Hsin”), hari ini memeterai Perjanjian Induk  (“HOA”) dengan MNA Energy Sdn Bhd (“MNAE”) bagi membangunkan teknololgi bateri untuk motorsikal elektrik (EV Dua Roda) selain turut serta di dalam perniagaan dan pertumbuhan MNAE.

MNAE ditubuhkan pada 2016 dan telah menerima geran penyelidikan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk membangunkan teknologi bateri generasi akan datang. MNAE menghasilkan sistem simpanan tenaga bateri bagi pergerakan elektrik dan aplikasi tidak bergerak seperti menara telekomunikasi dan ladang tenaga solar. Ia telah merintis Electric Mobility-as-a-Service (EMaaS) di Malaysia, dengan membangunkan SmartSwap – rumusan pasang siap yang merubah industri bagi prasarana pertukaran bateri untuk Motorsikal Elektrik.

Majlis pemeteraian HOA tersebut disaksikan oleh Encik Muhammad Syukri Ibrahim, Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri MOSTI.

Khoo Chee Kong, Pengarah Urusan Ni Hsin EV Tech Sdn Bhd, berkata: “Kami melihat EV Dua Roda menerajui langkah ke arah penggunaan sumber tenaga alternatif yang boleh mengurangkan jejak karbon dan anjakan ke arah ekonomi lebih hijau. Kami sedang membangunkan, dengan koloborasi bersama MNAE, sebuah sistem bateri maju dan prasarana pertukaran bateri distandardkan untuk EV Dua Roda yang akan memudahkan penunggang untuk menukar bateri kosong mereka kepada bateri penuh di stesen-stesen yang akan kami bina. Kami percaya ia akan meningkatkan penggunaan EV Dua Roda di kawasan bandar’’.

“Kolaborasi kami dengan MNAE menyokong usaha kami ke dalam perniagaan e-mobiliti kerana sistem bateri adalah kritikal kepada EV Dua Roda yang kami bangunkan secara kolaborasi dengan Dongguan Tailing Electric Vehicle Co., Ltd. Kini kami berusaha mendapatkan permit Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan untuk EV Dua Roda ini kerana VTA adalah mustahak bagi program SmartSwap MNAE ini”.

Sistem pertukaran bateri yang dibangunkan oleh MNAE akan memaparkan ciri penjejakan bateri dan pengurusan menerusi rangkaian disambungkan kepada awan yang mana hayat bateri boleh dipantau. Sistem tersebut boleh dibandingkan dengan yang dilancarkan oleh Gogoro, platform penjanaan pertukaran bateri Taiwan bagi EV Dua Roda di bandar.

Khoo menambah, “Kolaborasi kami dengan MNAE juga berkaitan menyokong keupayaan tempatan di dalam pembangunan teknologi hijau dan pada masa sama, mempromosi kelestarian seiring dengan tanggungjawab alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) kami. Ia juga sejajar dengan usaha Malaysia menggalakkan pemilikan kenderaan elektrik dan pembangunan prasarana berkaitan di negara ini’’. Ekosistem EV disokong oleh Dasar Automotif Negara, yang mana terdapat inisiatif khusus untuk mengukuhkan ekosistem ini. Menurut Dato’ Seri Mohamed Azmin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam ucapan penggulungannya bagi Rancangan Malaysia Ke-12, inisiatif-inisiatif tersebut merangkumi pengeluaran bahagian-bahagian kritikal, penetapan standard serta penyelidikan dan pembangunan membawa kepada pengkomersialan teknologi EV tempatan.

© 2023 BlackButterfly DesignArts