Ni Hsin Group Lancarkan Motosikal EV BB2GO Untuk Perniagaan F&B

Penggunaan moto EV adalah sebahagian daripada strategi kelestarian dan tanggungjawab ESG syarikat

Kuala Lumpur, 13 Disember 2021NI HSIN GROUP BERHAD’S (sebelum ini dikenali sebagai Ni Hsin Resources Berhad) (“Ni Hsin”) menerusi subsidiarinya, BlackBixon2Go Sdn Bhd (“BlackBixon2Go”), dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran Motosikal Kopi EV (“kenderaan elektrik”) BB2GO atau BB2GO EV Coffee Bike bagi kegunaan penjualan minuman kopi BlackBixon.

Motor-motor elektrik ini dijana menerusi sistem bateri yang dikonfigurasi khas bagi menyalurkan tenaga kepada mesin pembuatan kopi dan merupakan perluasan konsep kafe@dimanajua Ni Hsin di bawah perniagaan makanan dan minumannya. Motor-motor elektrik ini dilengkapi dengan GPS bagi memudahkan menjejak tempahan dan lokasi BB2GO EV Coffee Bike oleh penggemar kopi menerusi aplikasi BB2GO.

BlackBixon2Go turut memeterai MoU dengan Acasia Communications Sdn Bhd (“Acasia”) untuk mendigitalkan konsep perniagaan baharu menerusi sambungan dan perkhidmatan awan, menyokong app BB2GO. Acasia, syarikat bersekutu Kumpulan Telekom Malaysia, yang merupakan kolaborasi antara tujuh syarikat peneraju telekomunikasi yang menawarkan suite menyeluruh perkhidmatan sambungan dan prasarana digital di rantau ASEAN.

En. Khoo Chee Kong, Pengarah Urusan BlackBixon2Go, berkata, “Kami telah memulakan laluan transformasi, daripada pengeluar produk besi keluli tahan karat tradisional kepada model perniagaan zaman terkini dengan memanfaatkan Revolusi EV menerusi BB2GO EV Coffee Bike menggabungkan kesukaan rakyat Malaysia terhadap kopi dan keinginan untuk mengekalkan persekitaran hijau dan sihat. Konsep perniagaan ini adalah tepat dan sesuai bagi indutri makanan jalanan, dan sangat sesuai bagi katering, rumah terbuka dan parti keraian.’’

BB2GO EV Coffee Bike adalah sebuah bar yang beroperasi sendiri dan tidak memerlukan sambungan elektrik untuk menjana tenaga kepada mesin kopi. Bateri-bateri dari Moto EV adalah secara teknikalnya dikonfigurasi bagi menghasilkan sehingga 400 cawan kopi dan boleh dicaj semula kemudiannya. Dengan BB2GO EV Coffee Bike anda boleh menjadi barista, seperti di sebuah kafe moden, menghidangkan kopi espresso ayau cappuccino disediakan di depan mata pelanggan anda.”

Penggunaan Ni Hsin terhadap motosikal elektrik ini adalah sebahagian daripada komitmen syarikat theradap tanggungjawab alam sekitar, sosial dan tadbir urus (“ESG”) selain melaksanakan perubahan cara berfikir bagi kelestarian perniagaan ketika berdepan kemajuan teknologi. Ni Hsin juga mematuhi, mempelajari dan menginovasi untuk menambah baik caranya melaksanakan perniagaan, juga sebahagian daripada tanggungjawab ESGnya. Syarikat ini merancang untuk mengembangkan konsep BB2GO EV Coffee Bike ke seluruh ASEAN dan juga merancang untuk mengilang dan memasang motosikal elektrik secara berkolaborasi dengan pengeluar EV terkemuka dari China untuk pasaran komersial dan konsumer di Malaysia dan ASEAN.

© 2023 BlackButterfly DesignArts