Nestlé Omega Plus Umum Kerjasama Dengan Kumpulan AEON

Sempena Bulan Jantung Sedunia, Rakyat Malaysia boleh mendapatkan pemeriksaan kolesterol secara percuma sepanjang bulan September ini

NESTLÉ OMEGA PLUS terus menerajui kesedaran kesihatan jantung melalui kerjasama dengan Kumpulan AEON. Sempena Bulan Jantung Sedunia ini, rakyat Malaysia boleh berkunjung ke cawangan-cawangan AEON terpilih untuk mendapatkan pemeriksaan kolesterol secara percuma.

Penyakit jantung merupakan antara punca utama kematian di Malaysia. Statistik Malaysia menunjukkan kolesterol tinggi, yang merupakan faktor risiko utama penyakit jantung, menjejaskan 8 juta atau 40% orang dewasa. Namun, tidak ramai yang cakna akan bahaya kolesterol tinggi disebabkan kurangnya kesedaran tentang isu berkenaan.

Kam Yi Ling, Eksekutif Jenama, Unit Perniagaan Susu, Nestlé (Malaysia) berkata, “Sebagai sebahagian daripada inisiatif jangkauan komuniti kami, kami telah menawarkan pemeriksaan kolesterol kepada masyarakat umum sejak 10 tahun lalu. Sempena Bulan Jantung Sedunia ini, kami berbesar hati kerana dapat meneruskan usaha ini yang sebelumnya telah ditangguhkan akibat pandemik COVID-19. Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Kumpulan AEON tahun ini bagi membawa kesedaran kepada komuniti kami tentang inisiatif bermakna ini,”

“Bagi menginspirasikan rakyat Malaysia untuk meningkatkan kesihatan jantung mereka, NESTLÉ OMEGA PLUS menawarkan satu rangkaian produk yang dihasilkan sebagai cara yang hebat dan lazat bagi membantu merendahkan paras kolesterol. Dua gelas NESTLÉ OMEGA PLUS sehari mengandungi ActiCol®, 1.2g sterol tumbuhan yang terbukti dapat membantu merendahkan paras kolesterol, apabila digandingkan dengan diet seimbang dan gaya hidup aktif. Baru-baru ini, NESTLÉ OMEGA PLUS Dark Choc dalam format serbuk yang diperbuat dengan kebaikan susu dan koko yang lazat telah dilancarkan, sekali gus menggalakkan rakyat Malaysia untuk menguruskan paras kolesterol mereka dengan perisa coklat gelap yang lazat,” tambahnya.

Encik Wan Zia’uddin Haizam Harun, Ketua Unit Barangan Runcit, Bukan Makanan & Penjagaan Kecantikan Kesihatan, Kumpulan AEON, berkata, “Kami gembira dapat bekerjasama dengan NESTLÉ OMEGA PLUS dan menyertai misi untuk memberi kesedaran tentang kesihatan jantung kepada rakyat Malaysia dan pembeli setia kami. Semoga melalui inisiatif pemeriksaan kolesterol ini, lebih ramai lagi rakyat Malaysia akan menjaga kesihatan diri dengan lebih baik dan mengambil tindakan proaktif untuk meminimumkan risiko penyakit jantung.”

Jadual Pemeriksaan Kolesterol di AEON
Jadual Pemeriksaan Kolesterol di AEON

NESTLÉ OMEGA PLUS telah menjadi penyokong penting terhadap kesihatan jantung di Malaysia selama lebih 20 tahun. Sempena Bulan Jantung Sedunia pada September ini, Nestle Omega Plus akan menerajui kesihatan jantung dengan meningkatkan kesedaran tentangnya serta faktor-faktor yang mempengaruhinya, termasuk kolesterol tinggi. Tahun ini, acara Walk A Million Miles NESTLÉ OMEGA PLUS yang berlangsung sebulan akan kembali untuk menggalakkan rakyat Malaysia menjaga kesihatan jantung dan menguruskan paras kolesterol mereka. NESTLÉ OMEGA PLUS juga akan menyumbangkan RM100,000 kepada rakan kongsinya, Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF) bagi menyokong pesakit jantung di Malaysia apabila jarak terkumpul satu juta batu dicapai dalam acara Walk A Million Miles 2022. Untuk maklumat lanjut tentang jadual pemeriksaan kolesterol di AEON, layari (https://www.facebook.com/NestleOmegaPlus/posts/AEONRoadshowSchedule).

© 2023 BlackButterfly DesignArts