NESTLÉ OMEGA PLUS Menyatukan Seluruh Rakyat Malaysia Berjalan Bersama demi Memerangi Penyakit Jantung Sempena Bulan Jantung Sedunia ini

Acara Walk A Million Miles NESTLÉ OMEGA PLUS kembali lagi September ini buat tahun ketiga berturut-turut. Acara akan berlangsung selama sebulan bermula 1 September.
Bertemakan ‘Jom Malaysia, Langkah Bersama, Jantung Dijaga’, Walk A Million Miles 2022 bertujuan memperkasakan rakyat Malaysia untuk  mula melangkah menuju ke arah negara yang mempunyai jantung yang sihat.
NESTLÉ OMEGA PLUS juga akan menyumbangkan RM100,000 kepada Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF) bagi membantu pesakit jantung yang memerlukan. Ini akan dilaksanakan setelah jumlah langkah yang terkumpul sepanjang acara berlangsung mencecah satu juta batu.

Acara Walk A Million Miles NESTLÉ OMEGA PLUS yang berlangsung selama sebulan bakal kembali memeriahkan September ini untuk tahun ketiga berturut-turut. Bertemakan ‘Jom Malaysia, Langkah Bersama, Jantung Dijaga’, Walk A Million Miles 2022 bertujuan memupuk keprihatinan rakyat Malaysia di seluruh negara untuk memelihara kesihatan jantung dan sama-sama berjalan selama 30 hari sempena Bulan Jantung Sedunia ini.

“Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kolesterol tinggi menjejaskan lebih 8 juta orang dewasa di Malaysia dan merupakan faktor risiko utama penyakit jantung, iaitu pembunuh nombor satu di negara ini. Sebagai peneraju produk kesihatan jantung di Malaysia, NESTLÉ OMEGA PLUS telah memacu kesedaran kesihatan jantung selama lebih 20 tahun dengan mengetengahkan isu-isu berkaitan kesihatan jantung, term`asuk kolesterol tinggi. Justeru, kami bergabung tenaga dengan rakan kerjasama seperti Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF) untuk menganjurkan acara seperti Walk A Million Miles,” kata Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif NESTLÉ Malaysia.

“Setakat ini, lebih 25,000 rakyat Malaysia telah menyertai acara Walk A Million Miles NESTLÉ OMEGA PLUS dari seluruh negara dan berjalan sejauh lebih 2.5 juta batu menerusi dua edisi acara sebelum ini. Tahun ini, kami ingin menggalakkan lebih ramai lagi untuk menyertai kami dalam usaha memerangi penyakit jantung dan kolesterol tinggi. Kami menggesa rakyat Malaysia untuk bukan sahaja menjaga kesihatan jantung diri mereka, malahan menggalakkan keluarga, sahabat handai serta rakan-rakan sekerja mereka untuk bersama-sama kami dalam perjalanan ke arah negara yang sihat jantung,” tambahnya.

Bagi memperkasakan rakyat Malaysia untuk mengorak langkah memerangi penyakit jantung dan kolesterol tinggi demi mencapai negara yang sihat jantung, NESTLÉ OMEGA PLUS komited untuk menyumbangkan RM100,000 kepada rakan kerjasama Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF) bagi membantu pesakit jantung yang memerlukan apabila jarak terkumpul satu juta batu dicapai dalam acara Walk A Million Miles 2022.

Walk a Mile 2019
Walk a Mile 2019

“Kami ingin merakamkan penghargaan kepada NESTLÉ OMEGA PLUS dan orang ramai atas sokongan padu mereka kepada YJM saban tahun melalui inisiatif berjalan kaki yang sungguh bermakna ini. Sumbangan selama ini telah menyokong inisiatif komuniti rumah perantaraan (halfway house) kami yang menawarkan penginapan mampu milik kepada keluarga berpendapatan rendah yang mempunyai pesakit jantung untuk menjalani rawatan di hospital berdekatan,” kata Dato’ Dr. Aljafri Abdul Majid, Pengerusi YJM.

Toh Puan Dr Aishah Ong, Pengerusi IJNF pula berkata, “Kami bersyukur kerana kerjasama ini menyokong usaha kami untuk menampung kos rawatan perubatan dan pembedahan pesakit jantung bagi yang kurang berkemampuan. Kami berusaha menyelamatkan nyawa pesakit jantung yang kurang berkemampuan ini seramai yang mungkin dan sentiasa mengalu-alukan kerjasama daripada pihak korporat untuk menyokong misi kami seperti yang dilakukan oleh NESTLÉ OMEGA PLUS.”

Berdasarkan statistik di Malaysia, penyakit jantung meningkat dengan usia, khususnya bagi mereka yang berumur 40 tahun ke atas. Rentak kehidupan yang pantas, gaya hidup tidak aktif, dan diet yang tidak sihat merupakan antara faktor penyumbang kepada paras kolesterol tinggi. Namun, faktor risiko seperti kolesterol tinggi boleh dikurangkan dengan diet yang sihat dan seimbang serta gaya hidup aktif. Berjalan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari serta digandingkan dengan diet yang seimbang dapat merendahkan kolesterol.

Lam Pui Yuee, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Susu, Nestlé (Malaysia) berkata, “Bagi menyokong perjalanan rakyat ke arah jantung lebih sihat, rangkaian produk NESTLÉ OMEGA PLUS telah dihasilkan dengan mengambil kira keperluan pengguna Malaysia. 1.2g sterol tumbuhan ACTICOL dalam dua gelas NESTLÉ OMEGA PLUS sehari terbukti berkesan merendahkan paras kolesterol.”

“Bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menyertai perjalanan ini, kami baru-baru ini telah melancarkan NESTLÉ OMEGA PLUS Dark Choc dalam format serbuk yang diperbuat daripada kebaikan susu dan koko yang lazat. Kami ingin mengujakan rakyat Malaysia dengan pilihan serta rasa yang hebat agar mereka dapat menikmati kelazatan dalam menguruskan paras kolesterol. Jadi, jangan lupa mendaftar untuk acara Walk A Million Miles dan berjalan sambil menikmati segelas NESTLÉ OMEGA PLUS Dark Choc pada bulan September ini. Percayalah, penjagaan kesihatan jantung tidak pernah selazat ini!” tambahnya.

Lebih menarik lagi, tahun ini rakyat Malaysia dapat menyertai acara Walk A Million Miles 2022 secara percuma tidak kira di mana jua mereka berada dan mereka hanya perlu mendaftar melalui aplikasi BookDoc sahaja.

Bagi menikmati pelbagai tawaran, hadiah mingguan dan cabutan bertuah yang menarik, peserta juga boleh mengambil bahagian secara berbayar dengan yuran serendah RM25. Setelah mencapai sekurang-kurangnya 150,000 langkah, peserta akan menerima kemeja-T Penamat Walk a Million Miles eksklusif serta produk dan baucar NESTLÉ OMEGA PLUS bernilai sehingga RM60.

Untuk maklumat lanjut tentang Walk A Million Miles 2022 dan NESTLÉ OMEGA PLUS, layari www.nestle.com.my atau laman Facebook https://www.facebook.com/NestleOmegaPlus.

© 2024 BlackButterfly DesignArts