You are currently viewing Nak Emas? Sertai Peraduan ‘I NUT EMAS’ Julie’s dan rebut peluang untuk menangi 100g Emas & Hadiah-hadiah bernilai sejumlah RM100,000!

Nak Emas? Sertai Peraduan ‘I NUT EMAS’ Julie’s dan rebut peluang untuk menangi 100g Emas & Hadiah-hadiah bernilai sejumlah RM100,000!

Peraduan ‘I NUT EMAS’ adalah yang julung kali diadakan bagi Biskut Sandwic Mentega Kacang Julie’s tahun ini dan ia diilhamkan oleh rupa bentuk biskut yang dibakar sehingga warna keemasan dan intinya dengan lemak berkrim yang seakan emas.
Peraduan ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia di seluruh negara mulai 1 Julai hingga 15 Ogos 2022, dengan Hadiah Utama yang merupakan emas seberat 100g bernilai RM30,000.

Diasaskan di Melaka pada tahun 1985, Julie’s adalah jenama biskut tempatan yang dikenali ramai di mana reputasi produknya yang menggunakan resipi warisan dan bahan berkualiti. Orang remain kini dapat menikmati pelbagai jenis biskut di bawah jenama Julie’s di serata dunia. Ini termasuklah penggemar Biskut Sandwic Mentega Kacang yang klasik dan digemari ramai dari dulu sehingga hari ini.

Tzy Horng Sai, Pengarah Julie’s Biscuits, percaya bahawa Julie’s Biscuits bukan hanya sebuah syarikat biskut. “Tidak kira dimana jua, kami memastikan keenakan biskut Julie’s akan menemani anda untuk mencipta memori indah serta memberikan semangat untuk mengharungi pelbagai cabaran,” ujar beliau.

“Sepanjang tempoh 38 tahun sejak penubuhan kami, Biskut Sandwic Mentega Kacang sentiasa menjadi legasi telah menjadi kegemaran dan makan ruji bagi setiap isi rumah Malaysia. Aroma haruman kacang pada setiap pek memang ikonik dan tiada bandingannya.”

Biskut Sandwic Mentega Kacang Julie’s yang asli dan tulen mempunyai kombinasi unik rasa manis dan masin. Inti mentega kacang biskut ini yang lemak berkrim dan semerbak baunya ini begitu sesuai digandingkan dengan biskut keemasan yang sedikit masin. Ia begitu enak sekali untuk dijadikan sebagai biskut celup atau dimakan dengan begitu saja.

Sertai Peraduan ‘I NUT EMAS’ Julie’s dan rebut peluang untuk menangi 100g Emas

Rebut Peluang dan Sertai Peraduan ‘I NUT EMAS’ Julie’s!

Untuk meraikan ulang tahunnya yang ke-38, Julie’s bangga membawakan peraduan ‘I NUT EMAS’ di mana pelanggan berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang jumlah keseluruhannya bernilai RM100,000, termasuk Hadiah Utama emas 100g bernilai RM30,000.

Peraduan ‘I NUT EMAS’ Julie’s yang berinspirasikan bentuk dan penampilan Biskut Sandwic Mentega Kacang yang seakan emas ini adalah mainan kata yang berbunyi seakan ‘Saya Nak Emas’. Ini adalah cara yang menarik bagi jenama ini untuk menggandingkan perkataan ‘nut’ dari ‘peanut’ (‘kacang’ dalam Bahasa Inggeris) dan ‘nak’ dalam Bahasa Malaysia, di dalam slogan yang dapat dihayati oleh semua rakyat Malaysia.

Bagaimanakah untuk Menyertainya?

  1. Mulai 1 Julai 2022 hingga 15 Ogos 2022, beli pek Biskut Sandwic Mentega Kacang Julie’s pada sebarang saiz yang bernilai RM5.00 dan ke atas dalam satu resit.
  2. Ambil gambar resit yang jelas. Pastikan nama kedai, tarikh resit, nombor resit, dan produk yang dibeli dapat dilihat dengan jelas dalam foto tersebut.
  3. Imbas kod QR yang terpapar di tempat jualan (contohnya poster), atau layari http://juliesinutemas.com/ untuk menghantar foto resit.
  4. Jangan lupa simpan resit yang asal kerana ia akan diperlukan untuk pengesahan pemenang!

Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia di seluruh negara mulai 1 Julai 2022 hingga 15 Ogos 2022. Biskut Sandwic Mentega Kacang Julie’s boleh didapati di mana-mana laman e-dagang atau cawangan runcit yang menyediakan resit yang sah sebagai bukti pembelian.

Hadiah-hadiah* bagi peraduan ini adalah –

Hadiah & KeteranganKuantiti
Hadiah MingguanRM85 kredit e-Wallet Touch ’n Go396 pemenang
(66 pemenang x 6 minggu)  
Hadiah Pertama10g Emas (bernilai RM3,000)  10 pemenang
Hadiah Utama100g Emas (bernilai RM30,000)1 pemenang  

*Tertakluk kepada terma dan syarat peraduan.                          

Ketahui dengan lebih lanjut mengenai peraduan ‘I NUT EMAS’ Julie’s di https://www.julies.com.my/julies-i-nut-emas-tnc/.

“Biskut bukan setakat hidangan yang enak, ia membantu mengeratkan hubungan, merapatkan jurang, dan menjadi penghubung antara satu sama lain. Kami berharap agar peraduan I NUT EMAS ini dapat mengubah hidup seseorang. Sepanjang 37 tahun yang lalu, kami memandang ke hadapan dengan penuh keyakinan seperti Julie, ikon tanda dagangan kami, dan kami harap ia akan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk turut berbuat sedemikian – pandang ke depan, senyum, dan mula melangkah dengan penuh semangat, membawa pulang pek Biskut Sandwic Mentega Kacang Julie’s kegemaran anda untuk kita menuju ke arah hidup yang positif bersama,” kata Sai.

Biskut Sandwic Mentega Kacang Julie’s boleh didapati dalam pek beraneka jenis yang sedia dibawa dengan mudah. Antaranya pek saiz jenis tub dan tin yang sesuai untuk seisi keluarga, pek mudah untuk mereka yang sentiasa aktif di perjalanan atau sebagai snek yang mudah dimakan sewaktu di sekolah atau di pejabat. Pek parti juga boleh didapati dalam bentuk kotak dan karton.

Ikutilah perkembangan jenama ini di saluran media sosial rasminya di Facebook dan Instagram @JuliesBiscuits