You are currently viewing Naik Taraf Rakaman Aksi dengan DJI Action 2, Peranti Modular Baharu

Naik Taraf Rakaman Aksi dengan DJI Action 2, Peranti Modular Baharu

Reka Bentuk Inovatif – Rakam Detik Kehidupan Anda dengan Bebas dalam Definisi 4K

KUALA LUMPUR, 27 Oktober 2021 – DJI, peneraju di persada global dalam arena dron awam serta teknologi kamera kreatif, hari ini mendefinisikan semula kamera kompak dengan DJI Action 2. Reka bentuk yang mengetengahkan fungsi ganti suai, magnetik adaptif, turut didatangkan dengan pelbagai alatan unik untuk memenuhi segala keperluan pengguna untuk membikin sebuah video, ia menampilkan kepakaran DJI yang tiada tandingannya dalam teknologi sistem penstabilan. DJI Action 2 lebih kecil, lebih versatil, hadir dengan prestasi yang lebih tinggi berbanding model terdahulu, ia membekalkan pengguna alatan dan keyakinan untuk merakam aksi hidup mereka dengan jelas dalam definisi 4K.

Naik Taraf Rakaman Aksi dengan DJI Action 2, Peranti Modular Baharu

“Ketika menyusuri denai di atas gunung, atau bermain kejar-kejar dengan si cilik di taman permainan, setiap individu berhak untuk memiliki sebuah alat yang ringkas dan intuitif untuk merakam dan menggamit detik-detik ini,” ujar Paul Pan, Pengurus Kanan Kumpulan Produk DJI. “Kami telah membangunkan semula kamera ini dari peringkat asas untuk melahirkan DJI Action 2. Anda boleh mengkonfigurasi kamera ini agar ia sesuai untuk merakam apa jua aktiviti anda seperti bersiar di kawasan kejiranan misalnya, meluncur angin, berpesta di festival muzik, atau detik-detik kehidupan anda yang lain. DJI Action 2 memanfaatkan teknologi hebat DJI menerusi aneka peralatan cagakan (mount) dan kelengkapan baharu yang luar biasa, memudahkan anda untuk membuat penggambaran aksi kehidupan anda.”

Berciri Modular, Boleh Dipakai pada Badan

Dengan berat serendah 56 gram, reka bentuk kompak dan modular serba inovatif yang baharu ini membolehkan pengguna membawa DJI Action 2 milik mereka ke mana-mana sahaja. Anda boleh memasangnya pada topi keledar untuk merakam aksi tunggangan motosikal dari sudut pandangan diri pertama, dicagak pada papan luncur, atau disematkan pada baju anda dengan sempurna, maka anda boleh melakukan aktiviti dan membuat rakaman pada masa yang sama dengan lebih bebas. Biar bagi tujuan ‘vlogging’ mahupun sukan ekstrem, DJI Action 2 berciri kalis habuk, kalis air [[1]] dan kalis impak jatuh[[2]] – juga lasak untuk mengharungi pengembaraan hidup anda. DJI Action 2 terdiri daripada sebuah unit kamera dan pelbagai modul, iaitu modul skrin sentuh hadapan, modul kuasa, dan aneka peralatan cagakan – yang dapat diganti suai. Berbekalkan pelbagai keupayaan konfigurasi dan kombinasi cagakan, pengguna mempunyai kebebasan untuk merakam detik-detik kehidupan mereka seperti yang mereka mahukan. 

Skrin sentuh DJI Action 2 telah diperbaharui agar pengguna dapat mengawal segala aspek fotografi dengan lebih mudah, maka fokus anda tidak lagi perlu dialihkan ke perkara lain selain aktiviti utama anda. Unit kameranya menampilkan skrin sentuh OLED 1.76 inci dengan skrin OLED tambahan pada modul skrin sentuh hadapan, yang dapat disambungkan kepada bahagian dasar unit kamera melalui fungsi pengunci magnetik, justeru memudahkan tetapan swafoto dan vlog dalam sekelip mata sahaja. Dilindungi dengan Gorilla Glass, skrin sentuh ini turut membekalkan maklum balas haptik untuk memudahkan pengoperasian peranti tersebut. Dengan fungsi SnapShot juga, maka tiada detik epik anda yang akan tersia, pengguna dapat menghidupkan kamera dan mula merakam dalam tempoh satu saat sahaja dengan menekan butang kuasa secara berterusan.

Naik Taraf Rakaman Aksi dengan DJI Action 2, Peranti Modular Baharu

Sistem Pengimejan yang Hebat

Sensor 1/1.7 inci mampu merakam video 4K/120fps untuk membuahkan tahap perincian yang tinggi, di samping sudut pandangan lebar 155° yang dapat meluaskan lagi perspektif rakaman anda. Sensor Suhu Warna yang baharu juga membolehkan kamera ini memulihkan tona warna dalam kondisi pencahayaan yang rumit, di samping fungsi rakaman dalam air untuk memperoleh hasil rakaman yang kaya dengan warna semula jadi.

Seperti model terdahulu, DJI Action 2 hadir dengan RockSteady 2.0, iaitu teknologi Penstabilan Imej Elektronik (EIS) milik DJI. Untuk menjamin penggunaan yang lebih lancar, HorizonSteady memastikan rakaman anda kekal stabil biarpun dalam detik yang dinamik. Unit kamera DJI Action 2 menampilkan bateri dengan jangka operasi sehingga 70 minit, 160 minit apabila disambungkan dengan modul skrin sentuh hadapan, dan 180 minit dengan modul kuasa.[[3]] Penggunaan DJI Action 2 dengan modul skrin sentuh hadapan juga membolehkan pengguna memanfaatkan teknologi DJI Matrix Stereo, pertama kali diperkenalkan menerusi DJI Pocket 2. Mikrofon tunggal pada unit kamera ini dapat digandingkan dengan tiga mikrofon daripada modul berkenaan untuk merakam audio dari setiap arah, lantas menyempurnakan lagi aspek bunyi bagi peranti ini.

Lengkap dengan Fungsi-Fungsi Pintar

DJI Action 2 menawarkan pelbagai ciri-ciri kefungsian pintar, termasuk:

  • ‘Slow Motion’: Rekod video dalam gerak perlahan (4x dalam 4K/120fps dan 8x 1080p/240fps) untuk menikmati detik yang singkat dengan sepuas-puasnya.
  • ‘Hyperlapse’ dan ‘Timelapse’: Kawal persepsi masa dengan fungsi Timelapse dan Hyperlapse untuk merakam konten yang unik dengan efek yang menampakkan dunia sekeliling anda bergerak lebih laju. Ketika rakaman Hyperlapse, anda boleh tukar kepada dan daripada rakaman kelajuan biasa, jadi pengguna lebih bebas untuk menerokai kreativiti mereka.
  • ‘QuickClip’: Tetapkan peranti tersebut untuk mengambil video bertempoh 10, 15, atau 30 saat, sempurna untuk media sosial.
  • ‘Livestream’: Gunakan DJI Action 2 untuk mengudarakan strim siaran langsung anda dengan output strim yang stabil sehingga 1080p/30fps.
  • ‘UVC’: Gunakan DJI Action 2 sebagai kelas peranti video USB (UVC) untuk komputer anda dan rakam video berkualiti tinggi bagi tujuan panggilan sidang dan siaran permainan video misalnya.
Naik Taraf Rakaman Aksi dengan DJI Action 2, Peranti Modular Baharu

Kemungkinan Tanpa Batas[[4]]

DJI Action 2 dapat dihubungkan dengan aplikasi DJI Mimo pada peranti mudah alih anda melalui Wi-Fi atau Bluetooth untuk memperbanyakkan lagi fungsi kegunaannya, termasuk suapan kamera secara langsung, pelbagai templat cerita dan banyak lagi. Bagi pengguna yang kesuntukan masa atau masih baharu dalam bidang pembikinan konten, Mimo turut membawakan fungsi AI Editor yang serba intuitif – secara automatik, ia dapat memilih dan menggabungkan detik-detik epik anda dengan transisi yang sempurna serta muzik yang ranggi, lantas membuahkan video yang menarik untuk dikongsikan di media sosial.

Sebuah ekosistem aksesori yang membantu anda memaksimumkan keupayaan DJI Action 2, ia termasuk:

  • Modul Skrin Sentuh Hadapan DJI Action 2: Skrin sentuh OLED yang menghala ke hadapan serta tiga mikrofon terintegrasi membawakan teknologi 4-mic Matrix Stereo, ia membolehkan anda membentuk video atau swafoto serta merakam audio yang jelas pada bila-bila masa. Setelah disambungkan dengan Action 2, jangka operasi baterinya dapat ditingkatkan sehingga 160 minit.
  • Modul Kuasa DJI Action 2: Memaksimumkan jangka operasi Action 2 sehingga 180 minit, turut hadir dengan slot kad microSD tambahan. Reka bentuknya membolehkan anda membuat pertukaran antara modul-modul kuasa yang lain untuk menggunakan peranti ini lebih lama.
  • Lanyard Magnetik DJI Action 2:Gantungkan lanyard yang menarik ini bersama DJI Action 2 pada tubuh anda, maka anda boleh membebaskan kedua-dua tangan anda di samping membuat rakaman dari sudut pandangan diri pertama yang unik dengan aksesori ini.
  • Cagak Adaptor Bersendi Bola Magnetik DJI Action 2: Bahagian dasar DJI Action 2 yang berperekat membolehkan peranti ini dipautkan pada mana-mana permukaan, dan anda juga dapat menikmati kebebasan 360° untuk menetapkan arah pandangan kamera tersebut. Lubang skru 1/4” pada peranti ini dapat digunakan bersama kebanyakan aksesori kamera.
  • Cagak Adaptor Magnetik DJI Action 2: Cagak ini dapat menahan kedudukan DJI Action 2 ketika melakukan sukan ekstrem atau aktiviti yang lasak. Ia hadir dengan jejari yang boleh dilipat di bawah untuk membolehkan Action 2 digunakan bersama aksesori kamera aksi pihak ketiga yang lain.
  • Batang Pelanjut dengan Alat Kawalan Jauh: Aksesori 3 dalam 1 yang versatil ini berfungsi sebagai batang pelanjut, tripod, serta alat kawalan jauh yang boleh ditanggalkan, dirumus untuk memenuhi segala keperluan pembikinan video anda.
  • ●       Hendal Apung DJI: Reka bentuk berongga membantu DJI Action 2 kekal terapung, jadi anda boleh bergambar dalam air tanpa khuatir lagi. Ciri genggaman antigelincir memudahkan peranti ini untuk dipegang, serta hendalnya boleh disambungkan kepada tripod atau selongsong kalis air DJI Action 2.
  • Selongsong Kalis Air DJI Action 2: Selongsong kalis air ini dapat memuatkan unit kamera DJI Action 2 serta modul skrin sentuh hadapan atau modul kuasa dan boleh ditenggelamkan dalam air sehingga 60 meter.
  • Pengikat Kepala Magnetik DJI Action 2: Satu lagi alternatif yang dapat membebaskan tangan pengguna ketika merakam video, juga membekalkan sudut pandangan diri pertama yang unik.
  • Lensa Makro DJI Action 2: Kaca optik dengan berbilang lapisan ini dapat disambungkan secara magnetik pada lensa unit kamera, menjadikan penggambaran berjarak dekat lebih ideal dengan tahap perincian yang lebih tajam dan diperkayakan.
  • DJI Mic: Sistem rakaman suara dwisaluran tanpa wayar ini membekalkan kualiti audio yang jelas dan tajam. DJI Mic berupaya untuk merakam suara sejauh 200 meter dan dapat disambungkan dengan Action 2, telefon pintar, serta mana-mana peranti yang mempunyai input audio 3.5mm. Nikmati jangka operasi bateri sehingga 7.5 jam daripada komponen pemancar (transmitter), 5 jam daripada komponen penerima (receiver), dan 18 jam daripada selongsong pengecas.

Harga dan Ketersediaan

DJI Action 2 boleh didapati mulai hari ini menerusi pelbagai platform seperti kedai dalam talian rasmi milik DJI di Lazada dan Shopee, termasuk kedai-kedai runcit yang bertauliah.DJI Action 2 Dual-Screen Combo dijual pada harga RM2,499 dan ia merangkumi Unit Kamera DJI Action 2, Modul Skrin Sentuh Hadapan, Lanyard Magnetik, Cagak Adaptor Sendi Bola Magnetik, dan Cagak Adaptor Magnetik. DJI Action 2 Power Combo dijual pada harga RM1,999 dan ia merangkumi Unit Kamera DJI Action 2, Modul Kuasa, Lanyard Magnetik, dan Cagak Adaptor Magnetik. Aksesori lain dijual secara berasingan.

Untuk maklumat lanjut mengenai ciri-ciri kefungsian, aksesori, dan keupayaannya, sila layari:

Laman Sesawang Rasmi DJI: www.dji.com    

Saluran YouTube Rasmi DJI: www.youtube.com/DJI  

Laman Facebook Rasmi DJI Malaysia: www.facebook.com/DJIMYOfficial

Laman Instagram Rasmi DJI Malaysia: www.instagram.com/DJI_Malaysia_Official


[1] Unit kamera DJI Action 2 diberikan penarafan IP68, beroperasi pada tahap kedalaman air sehingga 10 meter tanpa memerlukan selongsong kalis air tambahan.

[2] DJI Action 2 telah menjalani ujian impak jatuh dengan jaya.

[3] Ketika merakam video 1080p/30fps dalam mod Power Reserve.

[4] Seluruh nilai parameter yang disenaraikan di sini telah dinilai menggunakan DJI Action 2 versi produksi dalam persekitaran ujian yang terkawal. Hasil sebenar mungkin berbeza mengikut persekitaran, kaedah penggunaan, serta versi perisian tegar.